header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Friday, September 6, 2013

Mary Kay True Dimensions Lipstick

Satu lagi produk terbaru dari MK, yg baru tiba dari US ke Malaysia, iaitu dari range cosmetic lip color, iaitu True Dimension Lipstick.






Apa istimewa dan kelebihan True Dimension Lipstick ini?

(1) Membasahi bibir dengan lembapan dan 'lock' lembapan tersebut untuk keselesaan bibir yg berpanjangan

(2) 'Infuse' atau diperkaya dengan ramuan penjagaan kulit di mana formulanya meratakan/mengurangkan garis halus dan menjadikan bibir lebih 'penuh' dan 'berisi'

(3) Memberikan warna yg asli dan berseri/radiant

(4) Hanya tekan sahaja punat atau clear-top button di atas untuk mengeluarkan lipstick dari bekas yg ultrastylish =)

Antara bahan2 penting lipstick ini ialah:-

(1) Ekstrak Portulaca Pilosa 
- ekstrak dari sejenis tumbuhan bunga dari selatan Amerika dan Brazil yg memberi kontur dan dimensi kepada bibir utk lebih berisi, sihat dan pejal

(2) Palmitoyl tripeptide-38 
- gabungan bahan ini dgn ekstrak Portulaca Pilosa memberikan penampilan yg tampak lebih muda. Ekstrak tumbuhan dan peptida berkuasa ini biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit

(3) Vitamin E 
- antioksidan yg membantu melindungi bibir daripada radikal bebas dan kerosakan alam sekitar

(4) Sunflower Seed Oil, Jojoba dan Mango Butter 
- formula yg ringan, ultra berkrim mengandungi campuran minyak bunga matahari, jojoba dan mango butter yg terkenal dgn benefit/kelebihan pelembapannya.

True Dimension Lipstick ada 8 shades semuanya.. 

TrueDimension Lipstick shades
More info, boleh klik sini ya =)

Pengalaman saya bila apply lipstick ini, ianya senang utk glide atas bibir saya. saya rasa bibir saya lebih lembap dan still rasa selesa. tidak mengeringkan dan warna yg saya cuba ialah First Blush yg memberi natural look pada bibir saya. Cantik warnanya! (saya akan upload gambar kemudian, hehe)

Jika anda ingin merasai sendiri kemewahan dan kelembapan bibir anda dgn True Dimensions ini, boleh hubungi consultant MK anda ataupun boleh juga hubungi saya jika anda pertama kali ingin mencuba produk MK =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Thursday, September 5, 2013

Kenali Jenis Kulit Anda

Mary Kay telah mencipta dan mengeluarkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit untuk memenuhi keperluan setiap individu. Kerana setiap individu mempunyai jenis dan keperluan kulit yg berbeza.

images from google.com

Secara asasnya, terdapat 4 jenis kulit:-

1. Kulit Normal


- kelihatan licin, halus dan mempunyai rona kulit yang sihat

- tekstur kulit yg halus serta pori porinya tidak ketara
- tumpuan atau matlamat utk kulit normal ialah untuk mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kekal sihat


2. Kulit Berminyak


- pori porinya kasar, besar dan kulit kelihatan berkilat

- sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan ini menyebabkan jerawat
- rawatan atau matlamat utk kulit berminyak ialah untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yg tersumbat dgn kotoran dan minyak yg berlebihan


3. Kulit Kering


- selalu berasa ketat, dan adakalanya ada garisan halus

- porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh
- keperluan atau matlamat utk kulit kering ini iakah untuk menambahkan kelembapan dan menghidratkan semula kukit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan


4. Kulit Kombinasi


- orang asia lebih ramai mempunyai kulit jenis kombinasi

- kawasan dahi dan hidung (T zone) adalah berminyak manakala selain kawasan T Zone adalah sama ada kering atau normal.
- keperluan untuk kulit kombinasi ialah memastikan kulit sihat dan seimbang dgn menghidratkan kawasan kering dan mengawal penghasilan sebum di kawasan berminyak


Memilih produk penjagaan kulit yg betul dan mengamalkan langkah2 yg teratur akan memberi hasil yang terbaik.

Sebab itulah, antara tujuan kami Perunding MK di sini ialah untuk membantu client kami untuk memilih regimen dan range skincare yang sesuai untuk keperluan kulit mereka.

Untuk sesi percubaan percuma atau jika ada apa2 pertanyaan, boleh terus hubungi kami 
ya =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com



Wednesday, September 4, 2013

Lipstick Party Mary Kay




Wahhh.. kami Consultant Mary Kay mmg suka anjurkan gathering yg berkaitan kecantikan. Di samping berpeluang memanjakan diri, participants atau tetamu juga dapat menambah pengetahuan tentang tips kecantikan, teknik solekan dll.

Mary Kay Lip Care and Lip Color

Salah satu acara yg kami anjurkan utk tetamu kami ialah Lipstick Party dimana tetamu dpt merasai spa bibir, mencuba koleksi gincu yg mewah dgn pelbagai warna/shades dan mempelajari tips ttg penjagaan bibir dan teknik mengenakan gincu. Acara ini tidak mengambil masa yg lama pun, so amatlah sesuai utk diselitkan dalam acara gathering sesama kawan2 wanita, dan boleh diadakan di rumah, di pejabat dll.

Dalam acara LP ini, kita akan pamper dan buat makeover special utk bibir anda. ErK? Bibir pun ada makeover tau, don't play play heheh.

Salah satu bahan yg anda akan gunakan semasa LP ini ialah Satin Lips set dan Nourishine Lip Gloss! Best tau Satin Lips & Gloss nie, you're going to love it =)

Plus, ada sesuatu yg ekstra utk para tetamu yg menjemput kami utk Lipstick Party ini... jeng jeng.. surprise hihi =)

True Dimension Lip Color

MK Creme Lipstick
Nak cuba gathering dgn acara Lipstick Party ini? Hubungi saya utk keterangan lanjut =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia


Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 / 013-2500 507


Email
intanjufflisa@gmail.com


Monday, September 2, 2013

Mary Kay Botanical Effects - Set Penjagaan Wajah Asas

Salah satu produk terlaris dalam Mary Kay ialah Botanical Effects Skincare. Ianya adalah skincare yang mudah dan sesuai untuk customized skincare yg mengikut keperluan kulit yg berbeza.



BE dipadatkan dengan element botanical kompleks seperti silymarin (milk thistle) dan Luo Han Guo (dikenali sebagai Longetivity Fruit) yang merupakan sumber antioksidan yang tinggi/berkuasa. Malah, ia tidak mengandungi bahan dye syntethic, tanpa wangian serta sesuai untuk kulit yg sensitif.



BE didatangkan dalam 3 jenis utk kesesuaian kulit  iaitu Formula Dry, Normal dan Oily. Kita boleh menggabungkan ketiga2 jenis formula ini utk menyesuaikan dgn keperluan kulit. Kerana setiap orang mempunyai keadaan dan jenis kulit yg berbeza. Sila lihat video di bawah:-



Formula 1 : Dry Skin
- ekstrak Flaxseed yg kaya dgn sumber Omega-3 utk menyuburkan kulit
- ekstrak Sea Kelp untuk pelembapan kulit

Formula 2 : Normal Skin
- ekstrak Frangipani Flower untuk melindungi dari serangan radikal bebas di persekitaran
- ekstrak Water Lily pula untuk menggalakkan kesihatan kulit yg seimbang

Formula 3 : Oily Skin
- ekstrak Kanuka (White Tea Tree) untuk fungsi pembersihan menyeluruh
- ekstrak Guava (Jambu Baru) yg kaya dgn salicylic acid untuk rawatan utk kulit berjerawat, acne

Ada 4 item dalam regimen BE ini:-

(1) Pencuci/Cleanser 3 dalam 1
(2) Mask
(3) Freshener
(4) Hydrate / Moisturizer

Set ini boleh bertahan sehingga 5 atau 6 bulan penggunaan secara konsistent dengan kos yg rendah dan berpatutan.

Untuk pengguna yg berumur 25 tahun ke bawah (kulit muda dan belum matang) dan pengguna yg mempunyai masalah kulit yg memerlukan perhatian, disarankan untuk mencuba Botanical Effects skincare untuk rutin penjagaan wajah harian mereka.

Untuk anda yg ingin mencubanya boleh hubungi consultant anda atau jika anda pertama kali ingin mencuba dan tidak mempunyai consultant, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan sesi temujanji =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Friday, August 30, 2013

Jamuan Aidilfitri 2013

Hai Hai Hai..

Baru2 ini, saya telah menghadiri jamuan Hari Raya anjuran Directors dari ESSD Nafisah Area. Bertempat di pusat latihan kami FSTC di Dataran Sunway Kota Damansara.

Wah aneka juadah raya disediakan. Semua sedap2 lak tu. Dan consultant n tetamu yg hadir pun semua cantik2 berpakaian tema Hari Raya. Meriah sgt2. Terima kasih akak2 Directors sekalian kerana mengadakan jamuan ini. Alhamdulillah murah rezeki kami malam itu. =)

Oh ada cabutan hadiah bertuah n duit raya lagi.. sgt2 lah seronok kami di malam itu! 
Hehe

Sekaligus selepas jamuan tersebut, diadakan Majlis Penganugerahan atau Recognition Ceremony utk kami Consultants dari area beliau. Di majlis inilah segala pencapaian kami di bulan lepas diiktiraf dan dihargai. Untuk semua achievers diberi hadiah2 oleh Sales Directors unit masing2. Macam penyampaian hadiah kat sekolah dulu2, cuma Recognition Nite ini diadakan setiap bulan, bukan setahun sekali dua ya hihi. Tu yg best jadi Consultant di Mary Kay =)

Sekali lagi, Alhamdullillah, saya antara Achievers untuk Kategori Sharing (Top 3) dalam unit saya Beaute Butterfly di bawah pimpinan SSD Rokie. Dan pada malam tu juga saya diberi penghargaan kerana move up sebagai Senior Consultant. Syukur, kerana saya telah perkenalkan MK kepada team mates baru saya. Bila dah move up or naik pangkat nie, tanggungjawab sebagai seorang Leader sudah bermula. Semoga saya bersama2 pasukan saya dapat melalui perjalanan kami di MK dgn jayanya. Doakan kami ya! =)



Yang ni pula saya bersama Sales Director di  bawah Area ESSD Kak Nafisah. Ada beberapa orang lagi yg takde dalam gambar nie huhu. Apa2 pun, semuanya sgt2 best dan byk ilmu dikongsi bersama kami. dan macam keluarga dah rasanya.

InsyaAllah saya akan bersama mereka sbg Sales Director juga suatu hari nanti. 
Aminnn.... =)


They're all my inspiration! TQ semua... love u ladies !!


INTAN ALIAS
Independent Senior Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, August 29, 2013

Bengkel Jom Cantik Bersama Mary Kay - Ogos 2013

Syukur saya telah sempat berkongsi sedikit pengetahuan dan informasi bersama warga kerja Klinik Kesihatan Peramu Jaya, Pekan, Pahang baru2 ini.

Seramai 15 orang termasuk doktor, pengarah kesihatan dan staf-staf klinik telah meluangkan masa bersama kami. Amat teruja dan seronok apabila melihat wajah2 mereka di-transform oleh kami. Kami telah berkongsi tips penjagaan kulit dan solekan yg sesuai utk mereka. Di samping itu, mereka juga amat2 seronok bila dapat free gifts dan hadiah cabutan bertuah. "Kelasss ko jah!"



Menurut mereka, mereka memerlukan transformation dari segi penampilan kerana seharian mereka berhadapan dengan pesakit dan pelawat di klinik. Oleh itu, mereka perlu mula menjaga kesihatan kulit dan mengubah penampilan untuk memastikan mereka sentiasa ceria dan lebih berkeyakinan. Pesakit2 yg datang jumpa doktor, bila tgk doktor berwajah ceria, cantik dan manis, lagi lah mereka seronok n cepat sembuh kan. heheh. Bila di kaunter untuk registration dan nak ambil ubat, pesakit pun sejuk mata memandang bila staf2 di kaunter ceria2 sokmo kan. "kata-nyerrhhhh..!" haha.

Begitulah kita sebagai wanita, hatta kerja di pantry atau duduk dalam bilik air-con sekalipun, perlu menjaga kecantikan dan penampilan. Bukan untuk dilihat cantik dari pandangan orang luar, malah yg lagi penting adalah untuk suami dan keluarga. Yang penting juga untuk diri sendiri dan niat untuk mendapat redha-Nya. Agama kita juga menuntut kita untuk menjaga kecantikan, sentiasa kemas dan bersederhana, kan. Bukan untuk bermegah-megah di pandangan orang lain. Moga2 usaha dan perkongsian kita sedikit sebanyak dapat membantu.

Kami sedia untuk berkongsi dan menemui para wanita di luar sana yg ingin mendapatkan perkhidmatan kami, bersama Mary Kay.

Jangan malu2, silalah berhubung dengan saya jika berminat untuk mengadakan workshop atau makeover session seperti ini.

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, August 28, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Wahh.. dah hampir sebulan Syawal bertandang. Masih lagi ada jemputan open house, jalan2 cari makan raya dan seangkatan dengannya.

Apa2 pun, rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada keluarga, sanak saudara, sahabat handai. Tak dilupa juga kepada rakan2 seperjuangan MK sisters, para pelanggan dan  pengguna MK serta semua pembaca setia intanjufflisa.blogspot.com ... 

walau di mana anda berada

Thank you for all your supports.

Stay safe, stay happy, stay beautiful, stay healthy y'alls =)



INTAN ALIAS
Independent Senior Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com





Monday, August 5, 2013

Ramadhan bersama MK

Alhamdulillah, tahun ini merupakan kali kedua saya menyambut Ramadhan sebagai seorang Perunding Kecantikan Mary Kay. Beberapa hari lagi kita bakal menyambut Syawal pula. Kejapnya masa berlalu kan..

Suprisingly, Ramadhan kali ini membawa rezeki lebih sedikit drp biasa, dan jadual saya setiap minggu dlm bulan ini sgt2 pack. Penuh dgn aktiviti2 Memperkayakan Kehidupan Wanita, syukur alhamdulillah.

Bulan ini rasanya saya telah all out sepenuh tenaga dan minda saya utk membantu para wanita yg memerlukan. Dari utara ke selatan tanahair saya travel utk bertemu wanita2 yg ingin mengubah kehidupan mereka bersama Mary Kay. Baik dari segi ingin mencuba dan merasai kehebatan produk skincare dan kosmetik sempena Aidilfitri mahupun majlis istimewa mereka, saya juga telah berkongsi peluang keusahawanan Mary Kay bersama beberapa wanita yg serius utk mengubah kehidupan mereka. Mereka sgt2 teruja lalu sign up sbg consultant di bwh bimbingan unit kami.

Di samping itu, saya juga telah mengadakan mini workshop saya sendiri di utara tanahair. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar =)

Adalah satu perasaan yg menyeronokkan apabila dpt berkongsi ttg ilmu kecantikan dan perniagaan kpd mereka. At the end of the day, kesemua mereka kelihatan lebih cantik dan menawan serta lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri.

Saya harap akan dpt membawa mereka ke arah mencapai impian mereka melalui MK ini, insya Allah. Doakan kami ya... =)

bersama salah seorang rakan consultant sepasukan saya



bersama peserta2 dan bakal consultant sepasukan saya semasa Mini Workshop Jom Cantik saya di Kuala Perlis baru2 ini


INTAN ALIAS
Independant Senior Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Alhamdulillah.. My Achievement as Mary Kay Star Consultant

Laluan karier sebagai MK Consultant masih panjang. Ladder of Success atau Star Consultant adalah antara program yg harus seorang BC sertai. Kerana melalui program challenge ini, seorang BC akan lebih berusaha untuk mencapai target atau sasaran jualannya dengan lebih gigih dan mendapat income yg lebih tinggi. Kerana di akhir program ini BC yg berjaya mencapai tahap2 tertentu akan dianugerahi gelaran Star Consultant di samping mendapat hadiah2 menarik.

Sekali lagi, syukur kerana saya telah berjaya mencapai Star Consultant sekali lagi pada suku tahun ke-4 Seminar 2013. Kali ini saya mencapai tahap Ruby Consultant iaitu Star di tahap kedua selepas Sapphire.

Untuk Quarter 4 tahun 2013 ini, saya memang sasarkan untuk mencapai Ruby, sebab hadiahnya amat2 saya minati iaitu Special MK One Woman Can Overnight Bag dan Multipurpose Bag yg cantik ini. Selain itu, nama kita juga tersenarai dalam majalah MK Applause pada Ogos baru2 ini. Semakin tinggi star nya, semakin menarik dan besar hadiahnya =)






Dengan mencapai Ladder of Success ini juga, saya mampu mencapai income sehingga RM3k ++. Alhamdulillah rezeki Allah.. Dengan program ini juga, keyakinan saya terhadap perniagaan kecantikan MK semakin tinggi.

Ini menunjukkan MK amat menitikberatkan Consultant nya untuk mencapai impian mereka. Atas sebab itulah MK banyak mengadakan program cabaran seperti ini untum memajukan perniagaan consultant kecantikannya.

Saya ingin kongsikan peluang perniagaan ini untuk sesiapa yg berminat untuk mengubah kehidupan mereka. 

* Salah satu criteria bakal MK Consultant ialah : "Suka Dapat Hadiah"... Memang calon yg sgt2 sesuai.. Hubungi saya ya =)

INTAN ALIAS
Senior Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Aktiviti July 2013 - BC Makeup Class, SCC, Booth, Mini Workshop

Aktiviti di bulan July kali ini, saya banyak ke luar KL untuk mengadakan skincare class dan mini workshop dari utara hinggalah ke selatan tanahair. Alhamdulillah, saya lihat mereka sangat teruja dan enjoy setiap sesi yg saya adakan untuk mereka.

Tak kurang juga yg berpotensi untuk menjadi Beauty Consultant, syukur kerana saya telah berjaya berkongsi pengalaman dan ilmu kepada mereka. walaupun takde la banyak mana dan saya sendiri masih belajar, tapi cukup utk membuka minda dan hati mereka untuk bergelar MK Consultant suatu hari nnt. InsyaAllah =)

Saya telah ke Cyberjaya, Kota Damansara, Johor Bahru, Alor Setar dan Kuala Perlis untuk menemui mereka ini... Alhamdulillah. I am Enriching Women's Lives thru MK that Allah has granted me.




Anda berminat untuk menyertai aktiviti2 seperti ini? Jom hubungi saya untuk keterangan lanjut..

INTAN ALIAS
Senior Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Sunday, July 14, 2013

Happy Girl Time... =)

Saya bertemu dgn ramai wanita yg hebat2 sejak sertai MK. 

Kita raikan kawan2 yg baru.. pada masa yg sama kita hargai kawan2 lama.. =)

"Happy Girls are the PRETTIEST !"

"FRIENDS are like STARS. Even we do not see them every time, even they are far far away, but they are always there for you" =) 

Kawan-kawan yg telah bersama saya lebih 15 tahun =)


Kawan-kawan dan sisters di MK =)



JOM! Sertai kami di MK untuk Sisterhood yg teguh dan seronok (sometimes GILA-GILA oso lor, hehe) !


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Kenapa Saya Pilih Karier sebagai Perunding Kecantikan di Mary Kay

Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa saya suka dan pilih karier Beauty Consultant di Mary Kay.

Secara ringkasnya, saya rumuskan dengan yg berikut:-

(1) Pekerjaan yg mulia - memperkayakan kehidupan wanita - in any way possible. sama ada wanita itu seorang surirumah, pelajar, pekerja, peniaga dsb.

Ini kerana keinginan setiap wanita ini ialah "kaya dan cantik" bukan setakat kecantikan luaran, malah dlm institusi kekeluargaan, suami isteri, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhan. Dari segi perhubungan, kewangan, pembangunan diri dan nilai2 murni.

(2) Karier yg membuatkan saya rasa dihargai dan menghargai serta menambah nilai diri saya sebagai seorang individu yg boleh menyumbang kepada individu lain dalam masyarakat.

MK adalah platform atau landasan utk saya contribute kepada masyarakat. Contohnya melalui ilmu kecantikan dan peluang keusahawanan MK, saya boleh menyumbang kepada kaum wanita dalam badan2 / persatuan wanita, kebajikan dan sebagainya dlm bentuk pendidikan, pembangunan sosial dan peluang perniagaan. Semua ini dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Malah dgn hasil perolehan income dari MK boleh juga sedikit sebanyak saya membantu mereka yg memerlukan dalam bentuk derma dan sumbangan kewangan. Sesuatu yg saya rasa tidak selalu saya lakukan dengan hanya bekerja makan gaji.

(3) Saya sukakan kecantikan - luaran dan dalaman - dan saya boleh menyebarkan dan menawarkan peluang untuk menjadi lebih cantik kepada wanita lain. di samping belajar tentang menjaga kulit wajah dan penampilan yg kini menjadi keutamaan wanita, mereka juga boleh meraih pendapatan daripadanya.

(4) Karier yg sentiasa mendidik, melatih dan mengingatkan diri saya dengan nilai-nilai positif - bersyukur dengan nikmat Allah, pergantungan 100% kepada Allah, yakin kpd diri sendiri, tidak putus asa, lebih banyak memberi, sabar, bersangka baik, ikhlas dll

(5) Karier yg menggembirakan saya - saya tidak pernah stress dalam kerjaya ini. kerana saya sendiri boleh menentukan hala tuju perniagaan saya, masa yg fleksible, corak perniagaan yg lebih kepada perkongsian dan pendidikan kecantikan dan penampilan, bukan keuntungan semata-mata. Perniagaan MK ialah perniagaan yg mempunyai misi dan visi yg sesuai dengan naluri dan jiwa kewanitaan saya =)

(6) Kerjaya yg rewarding dan fleksibel, untuk backup plan yang boleh membantu saya dalam persediaan saya di masa hadapan utk sebarang kemungkinan. Bagaimana?

contohnya:-

- jika terjadi apa2 yg tak best dalam pekerjaan full time saya (minta2 dijauhkan), saya boleh switch dan fokus sepenuhnya kepada kerjaya dgn MK yg mampu memberikan kestabilan kewangan dan ianya menyeronokkan kerana saya boleh menentukan masa saya bekerja dan saya boleh tentukan paycheck saya setiap masa!

- jika apa2 yg berlaku dalam keluarga saya, yg memerlukan perhatian dan masa saya untuk menjaga mereka. contohnya, saya mampu utk bercuti panjang demi menjaga kebajikan dan keperluan ibubapa saya di kampung yg semakin meningkat umur mereka. atau jika mereka sakit dan perlukan penjagaan yg rapi, saya mampu utk membahagikan masa dan tenaga saya tanpa perlu risaukan komitmen masa jika bekerja makan gaji. Saya boleh melakukan ini kerana fleksibility yg ditawarkan oleh kerjaya BC di MK.

- saya boleh mengadakan tabung kecemasan / tabung percutian / tabung shopping saya dengan jumlah yg lebih selesa, kerana saya ada part time career yg boleh menyumbang, tidak hanya bergantung kepada gaji bulanan full time job saya.

KESIMPULANNYA..

Saya boleh katakan peluang keusahawanan bersama MK sesuai buat semua wanita yg inginkan perubahan positif dalam kehidupan mereka. Tidak kira anda seorang surirumah, pekerja kerajaan atau swasta, pelajar atau apa2 profesion anda. Yang penting, MK adalah  untuk wanita.



Saya bangga menjadi sebahagian dari keluarga MK kerana saya berpeluang untuk MEMPERKAYAKAN KEHIDUPAN WANITA, moga dipermudahkanNya.. insya Allah =)

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang peluang perniagaan kecantikan ini, jangan malu2 untuk berhubung terus dengan saya ya =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, July 4, 2013

Sample Produk Mary Kay



"Anda nak cuba produk MK?"

Ya, saya juga memberikan sample percuma kepada sesiapa yang nak mencuba rangkaian produk Mary Kay. 

Biasanya saya berikan sample2 ini kepada yg saya jumpa personally, yg membuat pembelian dengan saya atau yang hubungi saya dari luar kawasan Lembah Kelang untuk minta solution kepada masalah kulit mereka (long distance customers) yg tidak dapat hadir ke sesi consultation saya.

Antaranya sample lengkap skincare Botanical, Timewise Anti Ageing, serum dan kosmetik.

Kepada yg ingin merasai sendiri kehebatan produk MK yg byk memenangi Anugerah Kecantikan, Reader's Favourite dan lain2, sila jangan malu2 untuk berhubung dgn saya untuk personalized consultation khas untuk sesuaikan dengan keperluan kulit anda =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Jemputan Bengkel Kecantikan July 2013 - BERSERI DI HARI RAYA

Alhamdulillah.. Syukur, Ramadhan bakal menjelma lagi. Kita sekali lagi bakal bertemu dengan bulan penuh barakah ini insyaAllah. Macam mana persediaan anda menjelang Ramadhan dan Syawal nanti?


Sempena persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, kami akan mengadakan Bengkel Kecantikan bertemakan "JOM BERSERI DI AIDILFITRI" pada tarikh berikut:


Tarikh: Sabtu, 20 July 2013

Masa: 9.30am - 1.30pm
Tempat: Dewan PUSMA, Aras 2 Medan MARA, Jln Raja Laut, Kuala Lumpur
Bayaran: RM15 sahaja



Aktiviti:-

1. Hands Lips Spa
2. Eye & Skin Care Session
3. Make-Up Session
4. MK Business Opportunity
5. Lucky Draws, special Sign-Up Gift, etc
6. Individual Consultation



Semua peralatan akan disediakan. Anda hanya perlu RELAX dan ENJOY sepanjang sesi nanti. Sekiranya anda membawa 2 org kawan, akan mendapat cenderahati istimewa dari saya.



Boleh berhubung terus dgn saya dengan segera sekiranya anda ingin menghadiri Bengkel ini. Cepat cepat tau.. tempat adalah TERHAD.


Jumpa anda di sanaaa.. =)




INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com