Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Wednesday, January 29, 2014

Jemputan ke JOM CANTIK Beauty Workshop - Februari 2014

Hai hai hai..

Alhamdulillah, bengkel JOM CANTIK kami siri SECANTIK RAMA-RAMA pada 26 Januari lalu telah berlangsung dgn jayanya, dengan penyertaan peserta dan consultant seramai lebih kurang 30 orang y'alls .. semoga para peserta pulang dgn senyuman setelah wajah mereka di-makeover dgn cunz nya, dengan bantuan dan guidance para consultant. Dan untuk consultant pula, especially consultant yg baru join team kami, mereka pulang dgn ilmu tentang penjagaan kulit wajah dan makeup yg telah ditampilkan. =)

Bengkel Kecantikan Secantik Rama-rama 26 Jan 2014
@ VSQ Petaling Jaya

Untuk aktiviti bulan Februari pula, kami bakal mengadakan kelas solekan dan kecantikan 'JOM Main-main Makeup" pula. Details nya seperti berikut:-



"JOM Main-main Makeup" Beauty Workshop

Tarikh & Masa
16 February 2014 (Ahad)
10 pagi - 230petang

Tempat
FSTC, 28-3 Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara
(berhampiran Starbucks, Kayu Nasi Kandar, Paparich)

Aktiviti
Mempelajari teknik solekan untuk acara malam & harian
Sesi Facial Langkah demi Langkah
Hands & Lips Spa
Career Opportunity
Cabutan Bertuah & Kuiz

Anda dijemput hadir untuk menyertai workshop ini, kerana kami ada MUA Undangan Khas yg istimewa yang akan memberi talk dan demonstrasi solekan. Beliau amat berpengalaman dalam andaman dan solekan pengantin dan kini baru membuka butik pengantinnya sendiri dalam umurnya yg sangat muda. Hebatnya MUA ini.. =)

Limited Seatings iaitu 30 tempat shj. First come first serve ya!

Jom bersama kami, merasai pengalaman baru yg menyeronokkan, di samping mempelajari pelbagai ilmu dan tips kecantikan yg diminati wanita =)

Untuk tempahan & info lanjut, sila cepat2 hubungi saya ya..


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, January 22, 2014

Timewise Supplement & Serum

Dear all,

Entry ni dah lama saya nak tulis, selama ni asyik tersimpan di benak fikiranku, huhu. Akhirnya, dapat juga dikeluarkan utk tatapan semua. Moga2 bermanfaat ya insyaAllah =)

Ehem ehem..

Hari ini saya nak cerita experience saya memakai Supplement untuk menambah nilai dan pelengkap kepada rutin skincare saya, hehe. Dah kata supplement kan, mesti function nya adding value or adding nutrition. Well saya bukan pakar pemakanan, tapi saya boleh beritahu apa yg saya rasa apabila saya mengamalkan supplement skincare dari Mary Kay.

iaitu SERUM.. =)

Seperti kita makan nasi, adalah tidak lengkap hidangan makanan kita jika kita tak ambil lauk pauk seperti sayur, ayam, ikan, buah-buahan dll. Sama juga dgn skincare kita. Serum adalah pelengkap kepada rutin penjagaan kulit harian/minggu kita yang membekalkan lebih vitamin dan keperluan2 lain seperti mencerah dan anti penuaan.

Mengikut konteks skincare, Serum ialah cairan yg mengandungi bahan2 aktif yg mengikut jenis dan fungsi tertentu. Mempunyai saiz molekul yg lebih kecil dan halus untuk membolehkannya menyerap ke dalam kulit lebih cepat dan bertindak dgn lebih berkesan untuk melaksanakan fungsi bahan aktif tersebut. Bahan2 aktif yg dimaksudkan contohnya seperti Hyaluronic Acid (utk mengurangkan garisan halus dan kedutan), Vitamin C (utk mencerahkan dan memudarkan pigmentasi/jeragat) atau Glycolic Acid (utk pengelupasan).

Apakah  perbezaan Serum dengan Pelembap (Moisturiser) ?

Pelembap diformulasi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menyerap ke lapisan epidermis (bahagian kulit atas), manakala Serum pula bertindak menyerap lebih dalam ke lapisan dermis (lapisan kulit kedua) yg mengandungi kolagen dan sel fibre elastin.

Sumber Rujukan : http://www.destinationskin.com/skincare-why-use-a-serum/

OK, dah macam saintis lak rasanya. haha. 

Saya dah amalkan beberapa jenis Serum dalam skincare range MK, semuanya dari jenis Timewise (set untuk anti-ageing).

Tadaaaa... inilah dia.. =)

Timewise Skincare - Serum dan Renewing Softener

(1) Timewise Replenishing Serum-C
(2) Timewise Day & Night Solution
(3) Timewise Plus Regena-Firm Day Treatment with SPF30/PA+++
(4) Timewise Moisture Renewing Softener

(1) TW Replenishing Serum-C

Saya pernah tulis satu entri tentang Replenishing Serum-C, boleh baca di sini .. Basically, TW Replenishing Serum-C ialah untuk boost up collagen untuk menganjalkan kulit. Ia kaya dgn antioksidan dan dirumus dgn campuran ekstrak beberapa jenis bahan botani yg terkenal dgn fungsi antioksidan seperti delima, kakadu plum, blackberry, biji argan dll. 

(2) Timewise Plus Regena-Firm Day Treatment with SPF30/PA+++



Ini serum siang yg terbaru yg telah saya cuba, and I Loved It!!

Selain bertindak sebagai sun protector broad spectrum, Regena-Firm ialah formula complex yg menggabungkan 3 bahan aktif yg berkuasa:-

(a) Plant Stem Cell (yg glemer zaman sekarang)
- membantu melindungi integriti matriks kulit yg menjadi asas atau sumber ketegangan kulit.

(b) Tripeptide 1
- iaitu Biomimetic Peptide yang menyokong proses kritikal pemulihan kulit / skin renewal.

(c) Potent Botanicals - Hyaluronic Acid
- membantu menyediakan kulit yg muda dan terangkat/lifted, lock the moisture up to 12 hours.

Saya baru pakai 3  minggu (bermula Januari 2014), saya rasa tekstur kulit saya lebih licin, lembut, plumpy (pipi terangkat2..), kedutan di dahi berkurangan, lebih tegang. Eventho umur di awal 30-an, disebabkan cuaca, persekitaran yg sibuk dan tekanan, lebih cepat menampakkan tanda2 penuaan. In my case here, lps saya pakai Day Treatment nie, saya rasa kelainan sedikit lebih daripada sebelum saya mengamalkannya. Oh ya, efeknya.. finishing foundation saya lebih cantik n licin..  =)

Saya juga sukakan botol/bekas packaging nya yg tidak membenarkan sentuhan direct kpd cream ini semasa ia dipicit keluar dari bekas. So, less polluted =)

(3) Timewise Day & Night Solution
Sebelum saya pakai (2) TW Plus Regena-Firm Day Treatment, saya pernah pakai Day Solution. Ia berfungsi sebagai sun protector kerana ia ada SPF35 (broad spectrum). Ia melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB yg menyebabkan kulit cepat menua dan terbakar. Bila dah pakai Regena-Firm tadi, saya tak perlu lagi apply Day Solution ini. 


Night Solution pula, saya sgt suka, kerana kesannya boleh dapat immediately lps apply - kulit lembbuttttt sgt sgt sgt, dan ada efek sejuk. Suka je pegang2 pipi nie. Perasan tak ada butiran manik2 warna warni tu? Itulah kapsul yg ada vitamin A,C,E yg membaikpulih dan menyuburkan kulit setelah penat bekerja sepanjang hari. Bila kita press, butiran kapsul tu akan pecah dan mengeluarkan vitamin yg fresh untuk bertindak atas kulit kita. Best kan.. fresh vitamin from the bottle ya =)

(4) Timewise Moisture Renewing Softener
Saya add in sekali Timewise Renewing Softener, sbb fungsinya untuk membantu menyediakan kulit saya untuk menerima manfaat2 serum yg bakal saya apply dan membuatkan kulit saya lemmmmbuttt sgt =) Ia juga berfungsi seperti toner, kita dab dab dia dgn facial cotton yg square tu selepas kita cuci muka dgn cleanser =)


Ok, dah panjang lebar juga saya bercerita kali ini. Harap dapat memberi manfaat kepada semua pembaca insyaAllah.

Seriously, serum amat membantu utk tambahan kpd keperluan kulit kita. tidak hanya bergantung kepada skincare asas semata2. lebih2 lagi jika usia kita di awal 30an di mana tanda2 penuaan kulit mulai terbit. selain anti penuaan, ada juga serum untuk pencerahan dan lain2 kegunaan. Kita pilih mana yg sesuai dgn keperluan kulit kita ya =)

Jom kawan2.. Kita upgrade skincare sedia ada kita dgn menambahkan rutin serum =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, January 8, 2014

Ambang Tahun Baru 2014 - Activity Updates January 2014 - beauty Workshop & Open Skincare Class


Hai hai hai.. 

Kita sudah melangkah ke ambang tahun 2014. Sudah pasti banyak peristiwa suka duka yg telah berlaku sepanjang tahun 2013, yang saya  yakin sedikit sebanyak memberi peringatan dan pengajaran untuk kita di masa depan.

Terima kasih, syukur Alhamdulillah, pelbagai peristiwa dan pengalaman yg telah berlaku kpd saya sepanjang 2013. 

Antara yg manis tidak dapat saya lupakan ialah.. saya telah moving up sebagai seorang Red Jacket, ianya satu pencapaian yg membanggakan buat diri saya yg sebelum ini susah nak percaya yang saya akan capai juga. Ianya merupakan satu langkah permulaan untuk saya membimbing wanita lain untuk mencapai impian mereka, mudah2an dipermudahkan, insyaAllah =)

Selain itu, saya juga telah mencapai Star Consultant, Queen of Sales.. dan yg penting ialah saya telah transform 360 darjah bersama Mary Kay di bawah bimbingan para SD di Unit dan Area saya bernaung. Terima kasih Allah kerana menemukan saya dgn rakan2 di MK yg banyak memberi semangat dan sokongan dalam kerjaya saya. =)

Semoga uols had a blast 2013 ya, and moving on to a better self.. insyaAllah =)

Sempena tahun 2014 ini, saya membuka lembaran baru di Januari 2014 ini dengan pelbagai aktiviti menarik untuk rakan2 yg saya hormati sekalian =)

Jom kita tengok apa yang tersedia special dari saya, untuk rakan2 semua.. =)

(1) Open Skincare Class - di JOHOR BAHRU

Saya bakal mengadakan Skincare Class (SCC) di Mary Kay Beauty Centre Johor Bahru.

Tarikh : 25 Januari 2014 (Sabtu)
Tempat : Mary Kay Beauty Centre JB, Aras 13A Menara Pelangi, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Masa : 10 pagi hingga 3 petang.

Aktiviti :-
- Penjagaan Wajah Langkah demi Langkah
- Urutan Wajah Awet Muda 
- Sesi Make up
- Individual Consultation

(2) Beauty Workshop Secantik Rama-rama di PETALING JAYA


Saya juga bakal mengadakan Bengkel Kecantikan di Mary Kay Beauty Centre Petaling Jaya.

Tarikh : 26 Januari 2014 (Ahad)
Tempat : Mary Kay Beauty Centre, Aras 8 Blok 6, VSQ@PJCC, Jalan Utara, Petaling Jaya
Masa : 10 pagi hingga 3 petang.

Aktiviti :-
- Penjagaan Wajah Langkah demi Langkah
- Urutan Wajah Awet Muda 
- Sesi Make up
- Career Opportunity Preview bersama MK
- Individual Consultation
- Quiz, Hadiah Cabutan Bertuah

Kepada yg mendaftar kelas ini dengan menghubungi saya, saya akan berikan cenderahati istimewa untuk anda =)

InsyaAllah saya akan update lagi tentang event2 dan program terkini. Stay tuned ladies.. =)

Untuk sebarang pertanyaan dan request, boleh terus hubungi saya ya =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com