Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Friday, September 27, 2013

50th Anniversary Mary Kay Seminar 2013 [Part 2]

Sekali lagi, saya menghadiri Seminar MK 2013, event terbesar dalam MK pada 13 dan 14 September yg lepas. Bertempat di Berjaya Timesquare Convention Centre di Kuala Lumpur, MK bersama consultant nya meraikan ulangtahun ke 50 sejak penubuhannya pada 1963.

Ini merupakan kali ke 2 saya menyertai event ini, saya dapati event kali ini lebih GEMPAK daripada tahun lepas. Mungkin kerana tahun ini merupakan tahun Jubli Emas Mary Kay, jadi mestilah kita sambut dgn gilang gemilang kan. Warna tema Seminar tahun ini ialah Merah dan Emas. Wahhh, sgt2 gah gitu =)

Event ini berlangsung selama 2 hari, kami berkampung di sini bersama2 consultants dari Malaysia dan Singapura yg melebihi 10k org consultant. Tapi yg hadir takde la sampai 10k orang, mau roboh dewan Timesquare ni huhu..
Saya bersama sebahagian members dari Beaute Butterfly Unit, Mary Kay Malaysia
di Seminar 2013 @ Berjaya Timesquare

Seminar adalah bertujuan utk meraikan kejayaan para consultants dari Malaysia dan Singapura yg telah berkhidmat dgn cemerlang di peringkat Malaysia dan Singapura. Di samping itu, ada beberapa org mentor yg berkaliber dari Taiwan, China, USA dan Malaysia berucap dan menyampaikan training dan kelas khas untuk consultants, Sales Directors dan para suami consultant juga! Dahsat kan.. ini adalah kerana, pasangan dan keluarga merupakan tulang belakang dan faktor sokongan yg penting dlam kejayaan seorang wanita. Justeru itu, ini menunjukkan MK ialah people company yg menitik beratkan kehidupan wanita dan keluarganya.


ESSD Nafisah dan SSD Rokie bersama hubby masing2

Hari pertama kita ada slot penyampaian anugerah kepada para leaders di MK, serta pertabalan (cewah) New Sales Director Debut. Salah seorang SD yg dinobatkan pada masa itu ialah offspring kepada SSD saya iaitu SD Zeb. Kami semua dari unit Beaute Butterfly amat gembira dan bangga kerana seorang lagi SD telah lahir dari unit kami, yg kini telah menubuhkan unitnya sendiri. Ini menjadikan SSD Rokie mempunyai 4 offsprings sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang ini. Hebat kan?

SSD Rokie bersama anak-anak didiknya : SD Nadia, SD Jumie, SD Niza dan SD Zeb
SD Zeb bersama SD baru yg lain yg ditabalkan (debut) di pentas Seminar 2013

SD Zeb yg memakai robe utk Red Jacket University Graduation,
bersama Red Jacket @ Team Builder Sha dan Senior Consultant Min.
We ols sgt2 mesra.. hihi =)

Pada malamnya pula, ada Royal Reception utk leaders dan penerima awards kecemerlangan bersama pasangan masing2. Disusuli oleh majlis penyampaian anugerah kpd semua consultant n sales directors yg cemerlang pd 2012. Masa ni lah kita boleh lihat semua org melaram glamour dgn pakaian yg cantik2 belaka. Especially yg naik pentas utk menerima awards masing2. Semua queens of courts pelbagai kategori akan menaiki pentas dn menerima awards masing2. Salah seorangnya ialah SSD saya iaitu Rokie Arifin. 

SSD Rokie dinobatkan sebagai 2nd Runner Up, dan SD Hasni sbg Queen utk 
kategori Court or Sharing 2013.
Kedua-dua mereka adalah dari Pam-Fortenberry Slate Area di Malaysia
Barisan Queens dalam pelbagai Courts di MK
Setelah selesai majlis anugerah tu, kami semua bergambar2 sakan, penat juga. Hehe.

Keesokannya ada satu hari lagi utk agenda dalam Seminar 2013. Ada motivational talk, product sharing talk dll. Salah satu acara yg ditunggu2 consultants dan SD ialah Moving Up Recognition di mana semua consultant yg menaiki tangga kerjaya mereka di MK (bermula dari Senior Consultant hingga DIQ) akan menaiki pentas utk diraikan.

Actually ada banyak lagi segmen yg menarik semasa Seminar 2013 ini berlangsung. Semuanya tentang inspirasi, penghargaan, motivasi dan perkongsian dari para consultant yg berkhidmat dgn cemerlang pada tahun 2012.

Seminar 2013 banyak memberi peringatan, semangat baru dan inspirasi untuk saya terus melangkah maju dalam kerjaya ini. Semoga saya dapat teruskan misi kami di MK, iaitu Enriching Women's Lives di serata Malaysia ini, insyaAllah.



INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Pam Fortenberry-Slate Area Awards Nite September 2013 [Part 1]

Fuhh, baru sempat update peristiwa2 yg telah berlaku sepanjang September ini. Maklumlah, cuti peristiwa haha. 

Anyway, secara keseluruhannya, September was AWESOME !

Kenapa?

(1) Pam's Area Awards Nite 2013
Event ini dinamakan sedemikian kerana Senior National Sales Director kami dari United States datang utk bertemu dgn lesders dan consultant di bawah area beliau di Malaysia. Beliau ialah SNSD Pam Fortenberry - Slate yg sgt down to earth yet auranya sgt woww! Kehadiran Pam bersama suaminya amatlah dinantikan kami di sini.

Event ini diadakan di Bukit Kiara Equestarian Resort, bertemakan  "Girls On Fire". Sebab tu kami semua pakai baju tema warna terang2.

Pam datang ke Malaysia setahun dlm 2 kali utk Career Conference dan Seminar yg merupakan event yg penting dalam MK. Tujuannya ialah untuk bertemu dan memberi motivasi serta semangat kpd kami untuk terus berjaya dlm karier kami di MK. Pam juga selalu membawa pelbagai hadiah dan recognition utk leaders dan consultsnt nya yg perform dgn cemerlang. Sebab tu Sales Directors (SD) di bawah area nya sgt2 menantikan kehadiran Pam. Kerana for sure, SD lah yg paling byk dapat hadiah maa..! Best nya jadi SD!

Ini adalah kerana Pam amat menghargai jasa dan usaha keras para Pengarah Jualan atau Sales Director nya di Malaysia yg sentiasa komited dalam membantu para wanita yg ingin mengubah kehidupan mereka. Melalui event inilah Pam menyampaikan penghargaannya kpd SD dan consultant yg mencapai performance yg cemerlang sepanjang tahun Seminar MK 2012. Dah macam Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang la lebih kurang, hehe.

Antara yg mendapat recognition pada malam itu ialah... hihi =)

Miss Go Give for Beaute' Butterfly Unit & Ruby Star Consultant
Saya diberi pengiktirafan sebagai Miss Go Give 2012 untuk Unit Beaute' Butterfly di bawah pimpinan SSD Rokie. Walaupun dalam kategori Unit shj, tapi amat mengesankan dalam hati saya kerana saya rasa sgt2 dihargai. Bukannya saya meminta begini tapi at  least dapat memberi inspirasi kepada yg lain untuk terus berkhidmat dgn seikhlas mungkin. 

Go Give ni apa? Go Give ialah satu semangat memberi dgn ikhlas kepada semua orang yg memerlukan, tanpa mengira utk mendapatkan balasan (giving out of yourself without expecting anything in return). SD saya melihat saya sebagai seorang yg selalu turun padang membantu consultant yg lain, walaupun saya tidak gain apa2 benefit pun daripada mereka. Inilah salah satu sifat yg diterapkan dalam nilai kami di MK. Best kan..

Selain itu, saya juga merupakan salah seorang Ruby Consultant yg telah mencatatkan jualan melebihi 3600pt semasa penggal Quarter 4 2012.

Dan, pada malam tu, saya juga tidak ketinggalan krn dapat memenangi Lucky Draw!! Jarang dapat lucky draw nie, hehe. Alhamdulillah, rezeki dapat beg baru hehe..

Semestinya, SSD saya dapat byk hadiah dan recognition daripada Pam. tengoklah hadiah2 nya. macam baru balik shopping je, haha.. Kami amat bangga berada di bawah pimpinan beliau dan Seniors mentor yg sgt2 best seperti ESSD Nafisah, SSD Norfiza dan lain2.

Setelah selesai, kami pulang dgn perasaan motivasi yg lebih tinggi dari sebelumnya setelah di-pep talk oleh Pam dan leaders yg lain.

Pam's Awards Nite 2013
Saya dah Sharol Sha, my power partner =)
Great food! Alhamdulillah =)

Kenangan yg tak dapat dilupakan =) 

Thank You Allah for blessing me with MK and their awesome, positive and motivated women!

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Sunday, September 8, 2013

Product Workshop September 2013


Aktiviti minggu pertama September 2013, ialah Product Workshop yg dikelolakan oleh Sales Directors kami di Mary Kay. Bertempat di pusat latihan dan aktiviti kami di Kota Damansara, bengkel yg dihadiri oleh lebih 20 org consultants dan beberapa org Sales Directors yg sama2 belajar dan menambah pengetahuan product sedia ada.

Tenaga pengajar pada hari tersebut ialah SD Kak Hasnah, antara pakar product dalam area kami. Pengalaman beliau dlm kerjaya ini yg lebih 4 tahun telah byk membantu kami dalam solution consultation dan skin analysis. Yang lain seperti SSD Ruby, SD Zabrina dan SSD Rokie juga hadir untuk sama2 take part dlm sesi training ini. Perkongsian dan penerangan dari para SD amat membantu kami untuk lebih memahami kegunaan setiap product dan bagaimana nak sesuaikan dgn keperluan client kami.

Selain Unit Meeting kami sbyk sekali seminggu, penglibatan kami dalam aktiviti2 seperti ini juga amat penting dalam menjalankan tugas kami dgn baik dan cemerlang. Kerana kami percaya melalui ilmu pengetahuan dan skil yg mantap dapat membantu kami serve customer kami dgn baik, sekaligus membantu kami dalam mencapai impian dlm kerjaya ini.

Ini juga adalah sebab kenapa saya memilih kerjaya sebagai consultant di Mary Kay, kerana di sini kami penuh dgn aktiviti pembelajaran dan latihan seperti ini.

Terima kasih tak terhingga kepada semua seniors, leaders dan Sisters kami di MK kerana tanpa mereka tiadalah kami di sini.

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia


Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 or 013-2500 507


Email
intanjufflisa@gmail.com


Friday, September 6, 2013

Mary Kay True Dimensions Lipstick

Satu lagi produk terbaru dari MK, yg baru tiba dari US ke Malaysia, iaitu dari range cosmetic lip color, iaitu True Dimension Lipstick.






Apa istimewa dan kelebihan True Dimension Lipstick ini?

(1) Membasahi bibir dengan lembapan dan 'lock' lembapan tersebut untuk keselesaan bibir yg berpanjangan

(2) 'Infuse' atau diperkaya dengan ramuan penjagaan kulit di mana formulanya meratakan/mengurangkan garis halus dan menjadikan bibir lebih 'penuh' dan 'berisi'

(3) Memberikan warna yg asli dan berseri/radiant

(4) Hanya tekan sahaja punat atau clear-top button di atas untuk mengeluarkan lipstick dari bekas yg ultrastylish =)

Antara bahan2 penting lipstick ini ialah:-

(1) Ekstrak Portulaca Pilosa 
- ekstrak dari sejenis tumbuhan bunga dari selatan Amerika dan Brazil yg memberi kontur dan dimensi kepada bibir utk lebih berisi, sihat dan pejal

(2) Palmitoyl tripeptide-38 
- gabungan bahan ini dgn ekstrak Portulaca Pilosa memberikan penampilan yg tampak lebih muda. Ekstrak tumbuhan dan peptida berkuasa ini biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit

(3) Vitamin E 
- antioksidan yg membantu melindungi bibir daripada radikal bebas dan kerosakan alam sekitar

(4) Sunflower Seed Oil, Jojoba dan Mango Butter 
- formula yg ringan, ultra berkrim mengandungi campuran minyak bunga matahari, jojoba dan mango butter yg terkenal dgn benefit/kelebihan pelembapannya.

True Dimension Lipstick ada 8 shades semuanya.. 

TrueDimension Lipstick shades
More info, boleh klik sini ya =)

Pengalaman saya bila apply lipstick ini, ianya senang utk glide atas bibir saya. saya rasa bibir saya lebih lembap dan still rasa selesa. tidak mengeringkan dan warna yg saya cuba ialah First Blush yg memberi natural look pada bibir saya. Cantik warnanya! (saya akan upload gambar kemudian, hehe)

Jika anda ingin merasai sendiri kemewahan dan kelembapan bibir anda dgn True Dimensions ini, boleh hubungi consultant MK anda ataupun boleh juga hubungi saya jika anda pertama kali ingin mencuba produk MK =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 atau 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Thursday, September 5, 2013

Kenali Jenis Kulit Anda

Mary Kay telah mencipta dan mengeluarkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit untuk memenuhi keperluan setiap individu. Kerana setiap individu mempunyai jenis dan keperluan kulit yg berbeza.

images from google.com

Secara asasnya, terdapat 4 jenis kulit:-

1. Kulit Normal


- kelihatan licin, halus dan mempunyai rona kulit yang sihat

- tekstur kulit yg halus serta pori porinya tidak ketara
- tumpuan atau matlamat utk kulit normal ialah untuk mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kekal sihat


2. Kulit Berminyak


- pori porinya kasar, besar dan kulit kelihatan berkilat

- sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan ini menyebabkan jerawat
- rawatan atau matlamat utk kulit berminyak ialah untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yg tersumbat dgn kotoran dan minyak yg berlebihan


3. Kulit Kering


- selalu berasa ketat, dan adakalanya ada garisan halus

- porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh
- keperluan atau matlamat utk kulit kering ini iakah untuk menambahkan kelembapan dan menghidratkan semula kukit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan


4. Kulit Kombinasi


- orang asia lebih ramai mempunyai kulit jenis kombinasi

- kawasan dahi dan hidung (T zone) adalah berminyak manakala selain kawasan T Zone adalah sama ada kering atau normal.
- keperluan untuk kulit kombinasi ialah memastikan kulit sihat dan seimbang dgn menghidratkan kawasan kering dan mengawal penghasilan sebum di kawasan berminyak


Memilih produk penjagaan kulit yg betul dan mengamalkan langkah2 yg teratur akan memberi hasil yang terbaik.

Sebab itulah, antara tujuan kami Perunding MK di sini ialah untuk membantu client kami untuk memilih regimen dan range skincare yang sesuai untuk keperluan kulit mereka.

Untuk sesi percubaan percuma atau jika ada apa2 pertanyaan, boleh terus hubungi kami 
ya =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 / 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com



Wednesday, September 4, 2013

Lipstick Party Mary Kay




Wahhh.. kami Consultant Mary Kay mmg suka anjurkan gathering yg berkaitan kecantikan. Di samping berpeluang memanjakan diri, participants atau tetamu juga dapat menambah pengetahuan tentang tips kecantikan, teknik solekan dll.

Mary Kay Lip Care and Lip Color

Salah satu acara yg kami anjurkan utk tetamu kami ialah Lipstick Party dimana tetamu dpt merasai spa bibir, mencuba koleksi gincu yg mewah dgn pelbagai warna/shades dan mempelajari tips ttg penjagaan bibir dan teknik mengenakan gincu. Acara ini tidak mengambil masa yg lama pun, so amatlah sesuai utk diselitkan dalam acara gathering sesama kawan2 wanita, dan boleh diadakan di rumah, di pejabat dll.

Dalam acara LP ini, kita akan pamper dan buat makeover special utk bibir anda. ErK? Bibir pun ada makeover tau, don't play play heheh.

Salah satu bahan yg anda akan gunakan semasa LP ini ialah Satin Lips set dan Nourishine Lip Gloss! Best tau Satin Lips & Gloss nie, you're going to love it =)

Plus, ada sesuatu yg ekstra utk para tetamu yg menjemput kami utk Lipstick Party ini... jeng jeng.. surprise hihi =)

True Dimension Lip Color

MK Creme Lipstick
Nak cuba gathering dgn acara Lipstick Party ini? Hubungi saya utk keterangan lanjut =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia


Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 / 013-2500 507


Email
intanjufflisa@gmail.com


Monday, September 2, 2013

Mary Kay Botanical Effects - Set Penjagaan Wajah Asas

Salah satu produk terlaris dalam Mary Kay ialah Botanical Effects Skincare. Ianya adalah skincare yang mudah dan sesuai untuk customized skincare yg mengikut keperluan kulit yg berbeza.



BE dipadatkan dengan element botanical kompleks seperti silymarin (milk thistle) dan Luo Han Guo (dikenali sebagai Longetivity Fruit) yang merupakan sumber antioksidan yang tinggi/berkuasa. Malah, ia tidak mengandungi bahan dye syntethic, tanpa wangian serta sesuai untuk kulit yg sensitif.



BE didatangkan dalam 3 jenis utk kesesuaian kulit  iaitu Formula Dry, Normal dan Oily. Kita boleh menggabungkan ketiga2 jenis formula ini utk menyesuaikan dgn keperluan kulit. Kerana setiap orang mempunyai keadaan dan jenis kulit yg berbeza. Sila lihat video di bawah:-



Formula 1 : Dry Skin
- ekstrak Flaxseed yg kaya dgn sumber Omega-3 utk menyuburkan kulit
- ekstrak Sea Kelp untuk pelembapan kulit

Formula 2 : Normal Skin
- ekstrak Frangipani Flower untuk melindungi dari serangan radikal bebas di persekitaran
- ekstrak Water Lily pula untuk menggalakkan kesihatan kulit yg seimbang

Formula 3 : Oily Skin
- ekstrak Kanuka (White Tea Tree) untuk fungsi pembersihan menyeluruh
- ekstrak Guava (Jambu Baru) yg kaya dgn salicylic acid untuk rawatan utk kulit berjerawat, acne

Ada 4 item dalam regimen BE ini:-

(1) Pencuci/Cleanser 3 dalam 1
(2) Mask
(3) Freshener
(4) Hydrate / Moisturizer

Set ini boleh bertahan sehingga 5 atau 6 bulan penggunaan secara konsistent dengan kos yg rendah dan berpatutan.

Untuk pengguna yg berumur 25 tahun ke bawah (kulit muda dan belum matang) dan pengguna yg mempunyai masalah kulit yg memerlukan perhatian, disarankan untuk mencuba Botanical Effects skincare untuk rutin penjagaan wajah harian mereka.

Untuk anda yg ingin mencubanya boleh hubungi consultant anda atau jika anda pertama kali ingin mencuba dan tidak mempunyai consultant, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan sesi temujanji =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 / 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com