Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Thursday, April 23, 2015

Tanda Penuaan - Kedutan dan Garis Halus


Antara masalah utama wanita (dan lelaki) yang sering dirunsingkan ialah.. AGEING atau PENUAAN.
Semakin meningkat umur, tanda penuaan semakin menyerlah
Sumber dari google.com

Well, kita tidak boleh lari dari keadaan ini, selagi kita bernama makhluk Tuhan yang bernyawa.

Salah satu tandanya ialah kulit kita mula menampakkan GARIS-GARIS HALUS especially di bahagian mata dan leher serta smiling lines atau garis senyum kita.

Namun begitu, walaupun kita tak boleh elak, tetapi kita boleh KURANGKAN. =)

Proses penuaan ini berlaku seawal usia 26 tahun. 

Apa yang berlaku?

20-AN
Kulit mula mengalami penuaan pra-matang atau pre-mature ageing apabila kita menjalani kehidupan yang serba pantas dan pendedahan kepada cahaya matahari yang berterusan. Orang muda la katakan. Hidup riang ria, aktif, beraktiviti di sana sini dan lain2 =)

30-AN
Kulit mula nampak kekusaman dan tona tidak sekata kerana proses penghasilan sel kulit baru mula perlahan. Kulit nampak suram dan kurang seri.

40-AN
Wanita lebih matang. 
Kulit semakin sensitif, kekusaman semakin menebal. Tanda bintik2 hitam a.k.a JERAGAT mulai terbentuk.

50-AN
Kulit semakin lemah dalam proses penghasilan sel2 baru. Tanda kulit semakin kering dan kusam. Kurang anjal or sagging.

*Gambar dari google.com

Antara kawasan yang mudah nampak tanda2 penuaan ialah di bahagian mata, tangan dan leher.

Namun begitu, jika tidak kena gayanya, even yg berumur awal 20an pun boleh menampakkan garisan halus di peringkat awal. Selalunya orang sebut "Tua sebelum masanya". 

Mari kita ikuti penerangan gambarajah di bawah:-


#skin care
Source from : www.pinterest.com


OK, saya tolong ringkaskan, or translate-kan ya.

Bagaimana Kedutan/Garis Halus Terjadi?

Point #1
Lapisan kulit di bahagian paling luar sekali, yang dipanggil 'EPIDERMIS' adalah lebih kukuh atau tegar sesuai dgn fungsinya untuk MELINDUNGI lapisan kulit yg dalam dan kesemua organ dalaman kita. 

*Fungsinya juga sebagai organ detoksifikasi dan pengawalan suhu badan melalui pengeluaran peluh (bila panas) dan memerangkap haba (bila sejuk).

Point #2
Lapisan yg kedua, di bawahnya dinamakan 'DERMIS' yang mengandungi KOLAGEN dan sel FIBRE ELASTIN yang memberi kulit kita KEANJALAN.

Point #3
Lapisan di bawah sekali dinamakan 'HYPODERMIS' yang mengandungi sel LEMAK.

KEDUTAN terjadi apabila 2 lapisan paling atas kulit iaitu:-

(a) EPIDERMIS kehilangan upayanya untuk menyimpan LEMBAPAN yang cukup lalu menyebabkan GARISAN HALUS muncul. Sebab itu, jenis kulit kering atau kulit yang mengalami kekeringan lebih mudah nampak kedutan dan garis halus.

dan 

(b) DERMIS pula mula kekurangan penghasilan kolagen lalu menyebabkan kulit 'sagging' dan tak anjal. Ini menyebabkan dermis tak boleh lagi menyokong lapisan atasnya.


MACAM MANA NAK KURANGKAN TANDA PENUAAN?

(1) Pastikan kulit mendapat LEMBAPAN yang cukup dengan memakai PELEMBAP muka yang sesuai dgn jenis kulit

(2) Kurangkan exposure atau pendedahan kepada cahaya matahari yang mengakibatkan aktiviti penuaan pra matang.

(3) Mendapatkan rehat yang cukup

(4) Memakai produk ber-SPF (perlindungan dari sinaran UV)

(5) Berhenti merokok kerana bahan2 kimia dalam rokok boleh akibatkan pengaliran oksigen terganggu dan kulit susah untuk mendapat oksigen.

(6) Amalkan produk ber-antioksida dalam skincare dan diet untuk membaiki tisu2 yg rosak

(7) Elakkan minuman beralkohol dan terlalu lama berada dalam persekitaran sejuk kerana ia akan membuatkan kulit kita kering.

(8) Mengamalkan supplement yang mengandungi fatty acids seperti Omega 3 dan Omega 6 untuk menambah kelembapan kulit.


Adalah tidak salah untuk sedikit mengambil berat tentang penampilan kita. Bukan sahaja penampilan, yang tidak kurang penting ialah kesihatan tubuh badan. Dengan tubuh badan anugerahNya inilah banyak perkara dapat kita sumbangkan walaupun ianya hanya pinjaman sementara semata2.

Banyak yang telah diberikan, why not kali ini kita pula menjaganya sebagai tanda syukur atas pinjaman ini.

Saya sedia membantu jika anda decide untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa sihat, segar dan cantik. InsyaAllah.

INTAN ALIAS
Perunding Kecantikan Bebas
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Friday, April 3, 2015

Jemputan ke Bengkel Kecantukan JOM CANTIK! HIJABISTA Edition - April 2015



April datang lagi!

Adakah...

Anda suka selfie?

Anda suka bertatarias?

Suka berpenampilan dengan imej Muslimah yang anggun? 

Atau anda hendak improve penampilan anda tapi tak tahu bagaimana nak bermula..?

YA! Anda adalah yg kami cari..

Alhamdulillah, kami bakal mengadakan event menarik bulan April 2015 ini, sekali lagi, iaitu..

Bengkel Kecantikan JOM CANTIK!

dengan Special Edition HIJABISTA - Muslimah Anggun, Cantik dan Bergaya =)



Bengkel Kecantikan JOM CANTIK!

Edisi HIJABISTA

Tarikh
12 April 2015 (Ahad)

Masa
10 pagi - 2 petang

Tempat
Mary Kay Beauty Centre
Aras 8, Blok 6, Bangunan VSQ@PJCC,
Jalan Utara,
Petaling Jaya.

Aturcara
Skin Analysis | Hands Spa & Pampering | Skincare / Facial Session | Makeover | **Tutorial How To Style your Hijab | Career Opportunity | Lucky Draw & Quizzes | Individual Consultation

ISTIMEWANYA JOMCANTIK! kali ini ialah, kami ada sesi special iaitu HOW TO STYLE YOUR HIJAB yang akan dikendalikan oleh pakar Hijabist kami yg tersendiri. Nak tahu siapa? Jeng jenggg.. jemput datang ya. Anda akan dapat bykkkk tips and tricks macam mana nak pelbagaikan cara penggayaan anda.

Kita semestinya berpakaian sopan dan menjaga aturan dan adab sebagai seorang Muslimah sebaik yg mungkin kan. Tetapi tidaklah salah jika kita selitkan sedikit 'penyeri' untuk kita kelihatan lebih confident dan anggun, namun masih mengekalkan syariah agama. That is what our special edition HIJABISTA is all about.. =)

dan satu lagi part yang best ialah....

IT'S FREE!!


So, jom bersama kami weekend ini ya!

Tempat adalah terhad. First Come First Serve.

Hubungi saya untuk tempah seat anda segera =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, March 5, 2015

Jemputan ke Bengkel Kecantikan JOM CANTIK! - March 2015



Yeay! Beauty Workshop datang lagi untuk Mac 2015 =)

Kali ini bertemakan PEACH. Baju warna peach, kasut warna peach, nak bawa buah peach pun boleh hihi =)

Details adalah seperti berikut:-




JOM CANTIK!
Beauty Workshop

PEACH Edition

Tarikh
22 Mac 2015 (Ahad)

Masa
10 pagi ke 2 petang

Tempat
Mary Kay Beauty Centre
Aras 8, Blok 6, Bangunan VSQ @ PJ City Centre
Jalan Utara, Petaling Jaya

Pakaian
Kasual, ada elemen PEACH =)

Aturcara
Skin Analysis | Hands Spa & Pampering | Skincare / Facial Session | Makeover | Career Opportunity | Lucky Draw & Quizzes | Individual Consultation


Anda dijemput beramai-ramai datang ke Bengkel Kecantikan kami, anda akan berasa sgt2 seronok. Anda akan mengetahui jenis & keadaan kulit anda dan akan pelajari tips bagaimana menjaga kulit yang mudah dan boleh diamalkan di rumah. Di samping itu anda juga boleh mengenali MARY KAY dengan lebih dekat.

Penerangan/briefing tentang kerjaya juga akan diadakan semasa Bengkel ini. Jika anda berminat untuk mencari pendapatan sampingan atau untuk mendalami bidang kecantikan, anda amatlah dialukan untuk bersama kami di Bengkel ini =)

Berminat nak turut serta? Jom cantik2 dan cun2 dgn menghubungi Intan ya.

Semuanya PERCUMA =)

Seating adalah terhad, better hurry ladies!

See you there =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, February 26, 2015

BARU! : Mary Kay True Dimension Sheer Lipstick 2015


Bulan Februari 2015 MK Malaysia baru launch koleksi gincu siri True Dimension dgn 4 shades yg baru yg sangaattt cantik u olss!

Namanya TRUE DIMENSION SHEER LIPSTICK. Ronanya hanya sheer sahaja (tak seterang True Dimension sebelum ini).

4 shades yg terbaru ialah:-

Arctic Apricot - utk yg suka orangy shade.
Magenta Chill - shade yg ala2 pinkish terang, purple sikit.
Sparkling Rose - bagi yg suka shade yg natural, sedikit nude.
Flamenco Red - warna kemerahan.

Dengan shades yg terbaru ini, walaupun sheer, tetapi masih membawa pelbagai kebaikan utk kesihatan bibir anda:-

- tekstur yg halus dan licin, so mudah disapu pada bibir anda. Lembap sentiasa.
- diperkaya dgn bahan2 skincare yang canggih/advanced, mampu utk memudarkan garis2 halus pada bibir.
- menjadikan bibir kelihatan lebih mungil dan sihat






Jom kita try on shades ini dan decide yg mana satu yg sesuai dgn bibir anda. Boeh je hello2 kiter ya, hehe. Percubaan adalah percuma =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com