header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Friday, April 19, 2013

Rutin terkini Skincare Saya.. as of 19/4/2013 =)

assalamualaikum, hai semua..

entri kali ni saya nak cerita tentang rutin harian saya untuk penjagaan kulit wajah saya.

alhamdulillah setelah hampir 12 bulan saya menggunakan skincare Mary Kay tanpa jemu dan dengan konsisten, hari ini telah mengubah / transform kulit wajah saya menjadi semakin sihat, lembap sekata dan tampak lebih muda. hehe.. syukur sgt2.


SET ASAS Dulu dik..
dalam entri testimonial saya yg lepas, saya bermula dengan set asas Botanical Effects (BE) Formula 1 dan 3. Saya gabungkan kerana keadaan kulit saya tidak sekata. Berminyak di bahagian hidung dan kering di kawasan pipi dan dagu. Masa tu saya tak sesuai utk bermula dgn set Timewise kerana kulit saya tidak cukup 'tahan' dgn kekuatan formula dalam range Anti Penuaan.

tapi takpe, atas nasihat consultant saya pada masa tu, saya hanya boleh upgrade ke set Timewise selepas kulit saya betul2 sihat dan masalah uneven skin saya dipulihkan terlebih dahulu.

dengan tekun dan sabar selama lebih lurang 10 bulan, saya gunakan set asas botanical sehingga 2 set (4 item iaitu Cleanser, Mask, Freshener dan Moisturizer), then barulah kulit saya betul2 sihat dan seimbang minyak dan air (kelembapan). Tapi Mask BE masih tak bertukar tubenya kerana masih byk (hanya guna 2 kali seminggu shj).

PENJAGAAN MATA - kritikal untuk saya..
Selain itu, from day-1 juga saya telah memakai Timewise Targeted Action Eye Revitiliser untuk mengurangkan hitam dan garisan halus bawah mata. Alhamdulllah lingkaran gelap saya makin pudar sedikit demi sedikit. Bare in mind that cara hidup dan pemakanan juga mempengaruhi result kepada kulit saya especially di bahagian mata. Ini adalah kerana kawasan kulit mata adalah kawasan 8kali lebih sensitif dari bahagian lain. Sbb itu penjagaan rapi dan konsisten amatlah penting.

Untuk itu, saya juga telah menambah rutin penjagaan mata saya dengan TW Eye Firming cream utk anjalkan semula kulit mata saya yg sedikit kendur. huhu, kendur sbb habit saya yg suka gonyoh2 mata. jangan buat ya kawan2... nnt mata kedut macam i kan dah susah nk baiki balik. huhuhu..

YEY.. Dah Boleh Upgrade ke set Anti-Ageing Timewise! =)
Saya juga mula upgrade set skincare saya kepada set Anti Penuaan Timewise. Bermula bulan lepas (Mac 2013) saya mula memakai pelembap Timewise (untuk kulit normal dan kering), supplement Serum-C, oil free hydrating gel untuk menambah dan mengekalkan kelembapan yg sekata. 

Saya juga telah mula menggunakan set Timewise Microdermabrasion (step 1 & 2) untuk mengecilkan pori2 saya dan melicinkan kulit. Micro-D ini ada ditawarkan di spa dan salon tapi kosnya agak mahal. So amatlah berbaloi utk saya buat sendiri di rumah dgn set dari Mary Kay. Senang sgt2..  =)

Bila kulit dah lembap dan licin, tangan ni asik rasa nak belai2 je pipi yg semakin licin. hehe. Seriously!

FOUNDATION dan Mekap
Tidak dilupa juga, saya menggunakan Foundation Primer dengan SPF 15 utk mecantik dan melancarkan aplikasi TW liquid Foundation saya. dan foundation akan tahan lebih lama dan sekata. 

Untuk bedak asas, saya menggunakan TW Liquid Foundation jenis Luminous dan Matte (combine these two utk tampak lebih glow)


Sekarang saya appreciate sgt kelembapan kulit wajah saya. Next mission dan ongoing mission ialah untuk saya merawat kedutan bawah mata saya dan buat brightening treatment pula. wahhhh tak sabar nk lihat hasilnya..


Untuk pertanyaan tentang penggunaan produk dan konsultasi percuma, boleh la hubungi saya ya.

INTAN ALIAS
Independant Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia
013 2500 507 (Call/SMS)
019 236 8847 (Whatsapp/SMS)
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, April 17, 2013

Perniagaan Mary Kay Untuk Golongan Muda @ Gen-Y

Assalam semua,

hari ni saya nak cerita tentang peluang perniagaan kecantikan Mary Kay yang menarik minat saya.

kalau tengok pada tajuk, ya saya mengakui muda mudi zaman sekarang sudah mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan terutamanya perniagaan yg mobile / mudah alih yang senang dikendalikan dan kos yg rendah.

Terus terang saya katakan bahawa Mary Kay ialah jawapan pada golongan ini yg mencari peluang perniagaan yg amat menitikberatkan soal pengurusan/pengendalian masa, kemudahan dan fleksibiliti dalam aktiviti perniagaan mereka.

Sebenarnya, Mary Kay adalah perniagaan yg sgt mudah. Modus operandinya cukup simple dan straight foward, iaitu hanyalah Kelas Penjagaan Kulit Wajah (Skin Care Class). daripada SCC inilah perniagaan seorang consultant Mary Kay berkembang. Ia tidak perlukan premis kedai atau salon, boleh dijalankan dari rumah dan di mana sahaja. Prospect juga luas dalam dan luar negara. Tidak perlukan stock inventory yg banyak, kerana konsepnya tiada stokist dan semua urusan penbelian dan penghantaran dilakukan secara online (internet).

Kesimpulannya, ciri-ciri perniagaan Mary Kay:-

- ringkas, mudah -
- mobile / setempat -
- masa yg fleksibel -
- produk kecantikan yg berkualiti tinggi dan harga mampu milik -
- prospect / pasaran yg luas -
- sesuai utk peringkat umur Gen-Y dari 18 tahun dan ke atas -
- perniagaan secara online / IT savvy -
- modal yg kecil -
- tidak perlu menjadi stokist -
- imej dan kaedah perundingan profesional -

Jadi, untuk anda yang mula ingin berjinak2 dalam bidang perniagaan kecantikan (yg mmg mendapat permintaan hangat) dan mempunyai ciri2 seperti di atas, boleh la menghubungi saya untuk keterangan lanjut tentang perniagaan MK yg amat sesuai utk semua golongan terutamanya Gen-Y. Consultation adalah PERCUMA.. !



INTAN ALIAS
Independant Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

(Call/SMS/Whatsapp)
013 2500 507 

intanjufflisa@gmail.com

Thursday, April 11, 2013

Jemputan ke Beauty Workshop ZUMBA-ZUMBA BEAUTY PARTY - 28/4/2013

Hi Ladies!

Kami sekali lagi akan mengadakan Bengkel Kecantikan dalam April 2013 ini, kali ini bertemakan ZUMBA MEOW MEOW.. heheh unik kan nama tema kita. =)

kerana kita nak celebrate trend terkini dengan memakai pakaian dengan element cat print (harimau, leopard dll). Mesti meriah n vogue gitu.. hihi

Bayaran adalah sebanyak RM10 sahaja utk tempahan tempat duduk dan penyediaan lunch set. Amat2 berbaloi dengan info dan sesi praktikal yg akan anda experience nanti.

So, jom register dan jangan lepaskan peluang ini ya!

Jumpa anda di sanaaaa... =)





Untuk keterangan lanjut dan booking seat anda, sila hubungi..


INTAN ALIAS
Independant Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

013 2500 507 (Whatsapp)

intanjufflisa@gmail.com

Friday, April 5, 2013

JOM Cantik Bersama Kami di Mary Kay

JOM Cantik Bersama Kami di Mary Kay

Just nak share antara beauty workshops dan classes yang telah kami anjurkan.

Antara yang terkini di bulan Feb & Mac 2013 ialah di Tanjung Malim Selangor, Johor Bahru & Yong Peng Johor dan di sekitar Kuala Lumpur & Petaling Jaya.

 Di Medan MARA Kuala Lumpur

Di UPSI Tanjung Malim, Selangor 

Di Johor Bahru, Johor

COMING SOON APRIL di Yong Peng, Johor dan Petaling Jaya, insyaAllah tak lama lagi. Tarikh di-confirm-kan kemudian.

MAKEOVER with Mary Kay

Ini ialah contoh makeover yg dilakukan oleh salah seorang pengguna dan pelanggan saya. Beliau menggunakan Botanical Effects skincare dan cosmetic kami.

Best kan transformation beliau!

Nak buat makeover seperti ini, jom jangan malu2 hubungi Intan atau perunding kecantikan Mary Kay anda ya. =)

Untuk temujanji makeover class / session, atau untuk mengadakan beauty workshop di tempat anda, atau berminat untuk menceburkan diri dalam karier Beauty Consultant Mary Kay, boleh hubungi saya ya.

Saya akan membantu anda.

Book NOW!

INTAN ALIAS
Independant Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, March 6, 2013

Jemputan ke Bengkel Kecantikan / Beauty Workshop Mac 2013


BEAUTY WORKSHOP is here again! Yeayy...!

Untuk Mac 2013 ini, sekali lagi kami anjurkan Bengkel Kecantikan "JOM CANTIK BERSAMA MARY KAY" .

 Yg tak sempat nk register untuk sebelum ini, boleh lah join bulan ini.

Details nya seperti berikut:-

Tarikh / Masa
10 Mac 2013 (Ahad) @ 10am - 3pm

Tempat
Mary Kay HQ, Aras 8 Tower 1 Jaya 33
Jalan Semangat, Seksyen 13, 
Petaling Jaya Selangor

Aktiviti
Spa Tangan & Bibir
Penjagaan Wajah Langkah Demi Langkah
Sesi Solekan
Rundingan Profesional
Preview Karier Bersama Mary Kay
Pencarian Miss Awesome Personality
Cabutan Bertuah

*Jamuan disediakan untuk peserta
*Ada Hadiah Istimewa untuk peserta yang mendaftar bersama sekurang-kurangnya 2 orang
*Bahan dan Peralatan disediakan Penganjur. Anda cuma relax dan ENJOY!

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh berhubung dengan saya ya. Tempat adalah terhad so jom jom daftar hari ini ! =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Tugas Sebagai Perunding Kecantikan / Beauty Consultant


Hai semua pembaca yg dihormati, semoga sentiasa sihat dan gembira hendaknya. terima kasih kerana sudi singgah ya :)

Entry kali ini saya nak cerita tentang selok belok tugas sebagai seorang perunding kecantikan / beauty consultant khususnya di Mary Kay.

Secara asasnya, seorang Perunding Kecantikan Mary Kay bertanggungjawab untuk :-

1. Memberi dan menyebarkan informasi tentang kecantikan dan kesihatan terutamanya kulit wajah dan penampilan
- melalui skin care class (kelas penjagaan kulit wajah), color class (kelas solekan) dan beauty workshop yg dianjurkan, consultant akan mendedahkan tips dan cara penjagaan kulit wajah yg optimum di samping memberi tunjuk ajar tentang warna dan teknik solekan

2. Memberi saranan dan galakan untuk menyelesaikan permasalahan terutamanya berkaitan kesihatan kulit
- setiap orang mempunyai kondisi dan permasalahan kulit yg berbeza2. dan setiap situasi ada penyelesaian yg sesuai dan berkesan. adalah menjadi tugas consultant untuk mengenalpasti masalah kulit client dan memberi jalan penyelesaian yg sesuai dgn client. adalah menjadi etika seorang beauty consultant untuk mendengar dan menganalisa keadaan semasa kulit wajah dan juga menyiasat produk2 dan kaedah yg pernah client gunakan sebelum memberi sebarang saranan dan solution.

3. Memastikan kecantikan dan kesihatan kulit client terjaga
- apabila consultant memberi saranan dan penyelesaian kepada client, adalah menjadi tanggungjawab consultant untuk membuat pemantauan dan memastikan client mendapat result yg mereka mahukan.

4. Membantu memberi saranan terbaik dalam penjagaan kulit wajah dan penampilan
- di samping penjagaan kulit wajah, consultant juga memberi rundingan dan tunjuk ajar tentang teknik solekan wajah dan penampilan diri (contohnya spt gaya tudung dsb) untuk  menambah nilai pengetahuan client.

5. Memastikan client sentiasa berpuas hati dan gembira dgn penampilan mereka
- inilah tujuan dan misi seorang beauty consultant yg paling utama, iaitu memastikan client gembira dan berpuas hati dengan result dan servis yg diberikan. ini adalah kerana consultant di mary kay ingin membina hubungan berkekalan dgn client :)

Jaminan Kepuasan Pelanggan
Dengan sokongan dan panduan dari Syarikat, kami melindungi client kami dengan jaminan kepuasan pelanggan (customer satisfaction guarantee). jika saranan kami tidak sesuai kami boleh menyemaksemula dan akan adjust sehingga client kami berpuas hati. client tidak perlu bimbang kerana sememangnya produk dan perkhidmatan yg kami tawarkan adalah antara yg terbaik, cost-effective dan memberi hasil yg berkualiti. 

Kerana consultant sedar bahawa setiap orang mempunyai perasaan ingin dihargai dan penting atau dengan kata lain setiap dari kita sebenarnya mempunyai 'sign' yg mengatakan "Buat Saya Rasa Penting" atau "Make Me Feel Important". Etika kerja di Mary Kay yg amat mementingkan keperluan pelanggan.

Sebab itu jugalah yg menjadikan Mary Kay sebagai Top 20 Loyalty Leaders dalam BRAND KEYS 2012 Customer Loyalty Index Survey dan Tempat Pertama dalam kategori Kosmetik.

Sila baca di sini 



itulah sebabnya tugas dan peranan seorang consultant amatlah penting. tidak terhad dlm hubungan jual-beli sahaja, ia lebih dari itu. saya sendiri juga inginkan client saya menjadi sebahagian dari kehidupan dan moga kehadiran dan perkhidmatan saya akan memperkayakan kehidupan client saya. Kepuasan seorang consultant adalah apabila melihat client kelihatan lebih cantik dan anggun serta ceria dgn penampilan mereka.

Saya telah banyak terlbat dalam Skin Care Class dan Beauty Workshops,  sepanjang pemerhatian dan pengalaman saya mengendalikannya, rata2 semua participants dan clients amat gembira dan berpuas hati. Alhamdulillah.

antara snapshots semasa Bengkel Kecantikan Jom Cantik Bersama Mary Kay pada February 2013 yg lalu


Jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin dapatkan sesi rundingan PERCUMA dari saya, jom jgn malu2 sila hubungi saya ya. InsyaAllah saya akan cuba berikan yg terbaik utk anda :)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, February 7, 2013

Mary Kay "One Woman Can" Beauty Contest

Assalamualaikum, Hai semua!

PERHATIAN UNTUK SEMUA WANITA

Mary Kay akan menganjurkan peraduan atau beauty contest tak lama lagi.



Bermula 8 Mac 2013 nanti, ONE WOMAN CAN Beauty Contest akan dilancarkan untuk Memperkayakan Kehidupan Wanita.

Pertandingan Makeover atau transformasi bertujuan untuk mencari 'model' untuk menjadi Cover Girl untuk Mary Kay di Asia.

5 Pemenang Hadiah Utama akan diterbang ke HONG KONG untuk percutian dan information/training session bersama profesionals dalam dunia kecantikan dan peragaan antarabangsa, selama 4 hari. Pemenang tidak akan ke sana seorang, malah akan pergi bersama Consultant-nya sekali. Semuanya 100% ditaja oleh Mary Kay. 

Sgt Exciting y'alls..!!

Di samping itu pelbagai lagi hadiah lumayan menanti anda.

Nak menyertainya mudah sahaja. Tidak perlukan wajah dan tubuh tinggi dan langsing persis model. Atau berpengalaman dalam peragaan atau modelling. Kami hanya perlukan wanita2 yg daring enough untuk membuat makeover mereka sendiri, dengan bantuan dari kami, Mary Kay Consultants anda.

Senang je kan? =)

Anda hanya perlu menghubungi Mary Kay consultants anda untuk set sesi temujanji makeover anda. Mereka akan menerangkan kepada anda dgn lebih lanjut.

Untuk yg tidak mempunyai consultants dan berminat untuk menyertai contest ini, mari hubungi Intan Alias untuk sesi temujanji makeover PERCUMA anda ya!

Let's Do Makeover and WIN WIN WIN!! =)

INTAN ALIAS
Mary Kay Beauty Consultant
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Friday, February 1, 2013

Jemputan ke Bengkel Kecantikan "JOM CANTIK" 24/2/2013

Assalamualaikum, Hai semua..!


Bengkel Kecantikan kami kembali lagi.. untuk bulan Februari 2013. Sesiapa yg terlepas tak dapat attend workshop bulan2 lepas, kini kami membuka penyertaan anda untuk workshop kali ini =)

"JOM CANTIK BERSAMA MARY KAY"

Tarikh
24 Feb. 2013 (Ahad)
Masa
930pagi (pendaftaran bermula jam 9pagi)
Tempat
Dewan PUSMA, Aras 2, Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Yuran
RM20 sahaja

*Doorgift & Jamuan disediakan*

Berminat untuk menyertai atau ada apa2 kemusykilan? Jom hubungi saya di talian 013-2500507 atau emel ke intanjufflisa@gmail.com ya

Hope to see u girls soon =)




Sunday, January 20, 2013

Saya dan Beaute' Butterfly

antara percaya dan tidak percaya yg saya sudah hampir 9 bulan berkecimpung dalam bidang ini dan telah banyak saya lihat kejayaan demi kejayaan ahli2 unit di mana saya bernaung sekarang. Alhamdulillah Mary Kay telah membawa perubahan positif dalam diri mereka, dan juga diri saya. Saya rasa pertemuan saya dengan peluang ini dan rakan2 baru di MK, adalah satu BLESSING dan ANUGERAH yg tidak ternilai daripada Tuhan yg Esa.

Sebagai seorang beauty consultant dan usahawan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi peluang kerjaya ini kepada anda semua. dan saya menggalas satu amanah penting utk membantu seberapa ramai wanita yg ingin merubah kehidupan mereka. Memang menjadi misi kami di Mary Kay : Enriching Women Lives (Memperkayakan Kehidupan Wanita).

saya berhasrat ingin kembangkan lagi pasukan saya dan bersedia membantu bakal ahli pasukan saya untuk bergerak jauh dalam karier Mary Kay ini serta ingin memberi mereka peluang untuk meningkatkan kehidupan mereka, Insha Allah. 

3 Sebab untuk menyertai pasukan saya bersama Beaute' Butterfly Unit :-



Reason #1 : Karier di MK telah membantu ramai wanita mencapai matlamat mereka - Kerjaya, Kewangan, Sahsiah & Rohani

Karier di MK sebagai Perunding Kecantikan telah terbukti banyak membantu kaum wanita yg mempunyai impian dan matlamat dan bertindak untuk mencapainya.

Peluang di MK telah membantu wanita yg mempunyai masalah kewangan yg tegar sehingga menjadi usahawan wanita yg berjaya. MK telah membantu wanita yg tidak ada keyakinan diri dan pasif sehingga menjadi wanita yg ceria dan bergaya serta berfikiran positif. Kehidupan di MK juga telah mempertemukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama wanita khususnya. Yang tidak pernah melancong dan beriadah di luar negara, malah dalam negara pun juga tercapai dengan peluang di MK. Tidak kurang yg telah sampai ke Tanah Suci Mekah dengan hasil usaha mereka di MK. Macam2 kisah kejayaan para wanita yg telah saya lihat sendiri di MK.

Secara asasnya, kelebihan atau benefit setelah seseorang menjadi Consultant ialah:-

1) Margin profit sehingga 40%
2) Hadiah dan Bonus berdasarkan performance
3) Recognition dalam event
4) Hadiah percutian luar/dalam negara
5) Latihan intensif luar/dalam negara

Kalau difikirkan lah kan, saya sebagai seorang wanita, apa yg ditawarkan oleh syarikat ini adalah menjadi impian setiap wanita. Kulit dan penampilan yg cantik n sihat, income berterusan (boleh la ada special tabung utk shopping, tabung pendidikan anak2, tabung riadah keluarga etc), holiday, recognition/penghargaan, hadiah lumayan (boleh dapat kereta special edition tau). Betul tak..?

Saya nak share bahawa untuk satu kelas kecantikan yg kami adakan di rumah atau pejabat, kami boleh memperoleh/menjana pendapatan mencecah sehingga ribuan ringgit hanya dengan mengadakan kelas yg kecil selama 2 jam. apatah lagi jika anjurkan workshop. Alhamdulillah syukur atas rezekiNya. Untuk kebanyakan dari kita itu satu jumlah yg lumayan kan. hanya dengan berkongsi tentang produk MK sahaja, mengikut aturan dan kaedah yg betul. 

Adalah satu kepuasan dan kegembiraan bagi seorang Beauty Consultant apabila beliau berjaya membantu ahli dalam unitnya 'grow' dalam karier dan mengembangkan jaringan perniagaannya.

MK adalah platform atau landasan perniagaan barangan kecantikan, apa2pun ianya tetap sebuah perniagaan dan kitalah yg akan 'mencorakkan' warna dalam perjalanan perniagaan kita. Syarikat telah menyediakan system dan pelbagai program dan insentif. Melalui inilah kita akan plan and act to achieve them to get the reward. Senang shj concept nya kan. Yg penting, kita perlu ada ilmu dan ikut apa yg telah diajarkan.

Ternyata MK adalah company yg Memperkayakan Kehidupan Wanita (Enriching Women Lives) sama ada dalam kecantikan dan sahsiah dan rohani diri, personaliti, kekeluargaan dan keusahawanan. Semua aspek luaran dan dalaman. Kerana inilah yg diutamakan n diidamkan oleh setiap wanita.

Perniagaan ini simple dan mudah sebenarnya, dengan syarat sanggup belajar dan berusaha sungguh2 & ikhlas, berani menghadapi cabaran dlm perniagaan dan bertawakal padaNya. Mudahan2 usaha kita Dia permudahkan, aminnn =)

Nak tahu dengan lebih terperinci bagaimana MK boleh membantu anda dari aspek menjana pendapatan tambahan? Sila refer di sini atau anda boleh hubungi saya ya =)


Reason #2 : Mentor yang berkaliber, berkarisma dan berpengalaman luas

Pada mulanya saya menyertai pasukan Beaute' Butterfly di bawah seliaan dan bimbingan mantap oleh salah seorang Senior Sales Director yang 'ternama' dan glamour di MK iaitu SSD Rokiah Arifin (Kak Rokie) yg merupakan recruiter saya. Beliau seorang yg hebat dan telah melahirkan 3 orang Sales Director dan beratus2 beauty consultant dalam masa 4 tahun beliau menyertai karier Beauty Consultant di MK. Selain itu, beliau telah beberapa kali merangkul  anugerah dan gelaran 'Queen of Sales', 'Queen of Sharing' yang merupakan award tertinggi dalam MK. Tahun lepas juga merupakan tahun yg indah utk SSD Kak Rokie kerana beliau telah qualified dan berjaya melancong Honeymoon / Bulan Madu ke PARIS bersama suami beliau, semuanya 1st Class dan 100% ditanggung beres oleh Mary Kay. Begitulah habuan dan hasilnya kerja keras beliau tanpa henti dan mengharungi suka duka bersama2 consultants beliau.

Sales Director di bawah bimbingan SSD Kak Rokie : SD Jumie & SD Niza. One day i'll be one of the SD, Insya Allah =)

Pasukan saya juga menerima bimbingan dan coaching daripada ramai Sales Director yg berkebolehan dan bermotivasi tinggi dalam perniagaan MK. Antara mentor yg saya respek adalah ESSD Nafisah Omar yg sentiasa tidak lokek dgn ilmu dan skil yg diperlukan untuk berjaya dalam MK. Merupakan seorang wanita yg gigih dan dedicated, beliau juga telah melahirkan ramai SSD dan Sales Director (termasuk Kak Rokie) yg juga adalah antara 'tyco' di Mary Kay Malaysia yg sedang meningkat naik untuk menjadi National Sales Director yg pertama di Malaysia, insyaAllah. Beliau amat disegani, disenangi dan disayangi oleh para consultants =)
 ESSD Nafisah & SSD Rokie

Bertemu, berkongsi pengalaman/ilmu dan berbual dgn Kak Nafisah dan Kak Rokie membuatkan saya juga ingin menjadi seperti mereka. Mereka adalah antara idola dan mentor saya tidak kira dalam perniagaan, tapi juga sebagai seorang wanita. Mereka juga telah membantu ramai wanita utk mencapai matlamat mereka.

Reason #3 : Unit pasukan yang sentiasa bergerak aktif, mesra dan ceria

Ahli2 pasukan kami amat aktif dan kerap beraktiviti di serata negara dalam menggerakkan perniagaan kami. Takde lah duduk diam2 kan. Kami kerja, kami peroleh income dan exposure/knowledge & skills. Kami juga banyak organize Skin Care Class dan workshop bersama. Selain itu, kami juga kerap menyertai coaching dan training sessions utk memantapkan pengetahuan dan skil kami dalam perniagaan dan kecantikan. Dah namanya usahawan mana boleh duduk diam2 kat umah je kan. And we LOVE doing it. Siapa tak seronok bila dapat pujian customers yg wajah mereka semakin cantik n cunz dengan workshops & classes kami. Memang satisfied dan puas hati =)

Antara culture karier kami di MK ialah : kami memastikan keperluan keluarga dan spiritual kami dipenuhi terlebih dahulu, sebelum melaksanakan aktiviti perniagaan kami. Kenapa? Kerana prinsip seorang Beauty Consultant di MK ialah mendahulukan TUHAN sbg yg pertama, KELUARGA sbg yg kedua dan KARIER sbg yg terakhir. (God First, Family Second, Career Third). Dan juga prinsip "Do unto others as we would others do unto us" (Kita berbuat sesuatu terhadap org lain seperti kita mahu orang lain berbuat sesuatu kepada kita). Dan dengan ini, kehidupan kita akan lebih seimbang. Seronok kan.. Moga2 lebih berkat.. aminnnnn =)

 









Experience saya, sejak saya bergerak dalam unit BB ni, saya temui kawan2 baru yg sentiasa positif dan ceria. sebab tu, antara perubahan dlm diri saya ialah.. saya sentiasa tenang dan happy walau apapun yg terjadi kerana aura2 dari mereka yg positif telah 'merasuk' ke dalam diri saya. ngeh ngeh ngeh... and i feel like one of the family. rasa warm n best. feel accepted walau cemana pun keadaan saya. 
  
Impian dan cita2 saya 


Wajah terkini saya 19/1/2013. Saya cuba gayakan shawl yg saya tak pernah try hihi. antara azam saya di 2013 - New Image - New Me.. =)

Saya bercita2 suatu hari nanti saya akan mempunyai lebih masa utk diri sendiri, keluarga, rakan2 serta dapat meningkatkan sahsiah dan personaliti sebagai seorang wanita, isteri, anak, ibu serta Muslimah yg lebih baik dan berjaya di dunia & akhirat insyaAllah. 

Saya juga bercita2 suatu hari nanti dengan MK saya dapat membuka butik dan pusat kecantikan saya sendiri dan dengan itu saya dapat menentukan dan membahagikan masa mengikut priority sendiri tanpa terikat dgn majikan seperti kerja makan gaji. 

Saya juga mahu membantu ahli masyarakat dan golongan yg memerlukan seperti kerja2 amal dan kebajikan kerana saya berpendapat jika saya lebih berkemampuan dari segi masa, kesihatan dan kewangan, saya mampu membantu ahli masyarakat di sekeliling saya dengan lebih baik lagi. 

Siapa tidak mahu kebebasan kewangan? Saya juga mahu pendapatan yg berterusan tanpa batasan utk saya dan keluarga. Siapa yg tidak ingin utk berbelanja dan melancong bersama keluarga kan, tidak kira dalam atau luar negara. Suatu hari nnt mudah2an dengan pendapatan dari MK saya mampu untuk ke Tanah Suci untuk utk berdoa di depan Kaabah dan beribadah kepadaNya dan saya akan membawa suami dan keluarga kami bersama. Saya sentiasa mengingatkan diri saya, jika ingin berjaya dan berkat dariNya, semakin rapatlah hubungan kita dengan Maha Pencipta, kan. Tetapi tidak juga dilupakan, tidak kira time susah atau senang, tetaplah kita untuk mendekati dan meminta daripada Nya. =)

Saya yakin MK adalah platform untuk saya kecapi semua itu. Doakan saya ya..  =)

Macam mana nak jadi Beauty Consultant?

Untuk menjadi seorang Beauty Consultant di MK tidaklah susah. Tidak perlu pendidikan/pengalaman dalam kecantikan (believe me, saya seorang Programmer yg sentiasa kerja di depan computer menghadap coding2 yg berjela itu). Atau yg berwajah cantik, bertubuh langsing, kulit gebu dan mulus spt artist terkenal (BMI saya tinggi juga huhuh..). Juga bukanlah seorang yg bermulut manis, berpersonaliti yg pandai berhujah. Seorang perunding kecantikan di MK tidak perlukan semua itu sebagai syarat utama.

Syarat utama yg diperlukan hanyalah:-

#1 : Wanita berumur 18 tahun ke atas
#2 : Suka nak menjadi cantik
#3 : Suka buat orang lain jadi cantik
#4 : Ingin menambah pendapatan (sampingan atau main income)
#5 : Boleh belajar, ingin belajar, mudah diajar (teachable)
#6 : Mempunyai impian / matlamat utk direalisasikan

Untuk pemilik atau penggiat butik, spa, pusat kecantikan juga amatlah dialukan. Saya juga mengenali perunding kecantikan dalam unit saya yg mempunyai butik/salun kecantikan, yg berjaya dengan attach-kan produk dan peluang Mary Kay dalam perniagaan kecantikan mereka. Kata mereka, perniagaan mereka semakin maju dan ramai customers mereka yg menggunakan produk MK dan ada repeat sales dan customers baru atas recommendations. Setiap bulan jualan mereka mencecah ribuan ringgit! Alhamdulillah. Best kan..

Saya dah rakan2 yg lain, termasuk anda, hanyalah wanita biasa2 seperti anda jumpa setiap hari. Apa yg membezakan kami ialah... kami telah terlebih dahulu berjumpa peluang di MK dan kami telah bertindak atas matlamat dan impian kami. Dan kini kami ingin berkongsi dengan peluang ini dengan anda pula.

Tetapi apa2 pun, tugas kami hanyalah menyampaikan, yg membuat keputusan adalah 100% di tangan ANDA =)

Anda atau kenalan anda yg mungkin berminat, bolehlah menghubungi saya untuk keterangan dan perbincangan lanjut tentang bagaiamana MK dapat membantu memenuhi keperluan anda atau membantu menambahkan pendapatan atau memulakan perniagaan kecantikan anda. Mari peruntukkan sedikit masa untuk mengenali Mary Kay bersama kami. Tak kenal maka tak cinta =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 - Jemputan Ke Bengkel Kecantikan "Secantik Rama-Rama"

Assalamualaikum, Hai semua :)

Kita dah pun melangkah ke tahun yang baru 2013. Selamat Tahun Baru y'alls hehe. Semoga tahun ini kita sama2 menghargai n memperingati kenangan2 indah dan memperbaiki kesilapan yg lepas kan. Dan tidak dilupa, mari sama2 kita tanamkan niat baru utk kita capai dalam tahun 2013 ya :)

Bersempena tahun baru ini, dengan azam2 yang baru, Intan juga nak ajak semua, jom kita tanamkan azam yang baru untuk tingkatkan kesedaran dan pengetahuan sedia ada tentang penjagaan kesihatan & kecantikan wajah dan penampilan kita. 

Kenapa?

Kita sebagai wanita di alaf baru ini harus juga menitikberatkan penampilan luaran seiring dengan aspek2 penting yg lain spt moral, spiritual, kesihatan, hubungan sesama manusia dll ke arah mencapai keseimbangan dalam kehidupan kita. Lebih2 lagi kita wanita yang hidup dalam arus pemodenan yang penuh dengan cabaran. Dengan adanya kehidupan yang seimbang, kita akan lebih gembira dan tenang dalam melalui kehidupan seharian.

Oleh itu, dengan permulaan tahun baru ini, Intan nak menjemput semua ke Bengkel Kecantikan kami anjuran Beaute Butterfly Unit dari Mary Kay Malaysia sebagai permulaan anda dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam penjagaan kecantikan dan penampilan diri.

Bengkel/workshop ini akan menampilkan tenaga pengajar dan consultant yg berpengalaman dan mesra yang bakal berkongsi info dan tips kecantikan dengan para peserta. Anda pasti akan seronok ! :)

Tarikh : 13 Januari 2013 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi - 2 petang
Tempat : Dewan PUSMA, Aras 2, Medan MARA, Jalan Raja Laut KL.
Yuran : RM20 sahaja

Aturcara:-
- Skin Analysis
- Hand & Lip Spa session
- Step by Step Facial session
- Makeover session
- Preview Kerjaya Perunding Kecantikan Mary Kay
- Cabutan Bertuah


*Refreshment dan Door Gift utk para peserta. Peralatan dan bahan juga kami akan sediakan.



Kami telah banyak mengadakan bengkel dan kelas kecantikan utk para wanita di area KL, PJ, Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan lain2.

Rata2 peserta bengkel kami telah berpuas hati dan pulang dengan senyuman kerana bukan setakat wajah dan penampilan mereka semakin cantik, mereka juga bakal merubah kehidupan mereka dengan info dan perkongsian daripada kami.

In sha Allah, kami yakin, anda pun akan mempelajari sesuatu untuk anda sendiri dengan menyertai Workshop bersama kami :)

Berminat? Jom hubungi Intan utk keterangan lanjut dan tempahan seating ya. Saya sedia membantu.

Jumpa anda di sana... :))

INTAN ALIAS
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com