header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Sunday, January 20, 2013

Saya dan Beaute' Butterfly

antara percaya dan tidak percaya yg saya sudah hampir 9 bulan berkecimpung dalam bidang ini dan telah banyak saya lihat kejayaan demi kejayaan ahli2 unit di mana saya bernaung sekarang. Alhamdulillah Mary Kay telah membawa perubahan positif dalam diri mereka, dan juga diri saya. Saya rasa pertemuan saya dengan peluang ini dan rakan2 baru di MK, adalah satu BLESSING dan ANUGERAH yg tidak ternilai daripada Tuhan yg Esa.

Sebagai seorang beauty consultant dan usahawan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi peluang kerjaya ini kepada anda semua. dan saya menggalas satu amanah penting utk membantu seberapa ramai wanita yg ingin merubah kehidupan mereka. Memang menjadi misi kami di Mary Kay : Enriching Women Lives (Memperkayakan Kehidupan Wanita).

saya berhasrat ingin kembangkan lagi pasukan saya dan bersedia membantu bakal ahli pasukan saya untuk bergerak jauh dalam karier Mary Kay ini serta ingin memberi mereka peluang untuk meningkatkan kehidupan mereka, Insha Allah. 

3 Sebab untuk menyertai pasukan saya bersama Beaute' Butterfly Unit :-



Reason #1 : Karier di MK telah membantu ramai wanita mencapai matlamat mereka - Kerjaya, Kewangan, Sahsiah & Rohani

Karier di MK sebagai Perunding Kecantikan telah terbukti banyak membantu kaum wanita yg mempunyai impian dan matlamat dan bertindak untuk mencapainya.

Peluang di MK telah membantu wanita yg mempunyai masalah kewangan yg tegar sehingga menjadi usahawan wanita yg berjaya. MK telah membantu wanita yg tidak ada keyakinan diri dan pasif sehingga menjadi wanita yg ceria dan bergaya serta berfikiran positif. Kehidupan di MK juga telah mempertemukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama wanita khususnya. Yang tidak pernah melancong dan beriadah di luar negara, malah dalam negara pun juga tercapai dengan peluang di MK. Tidak kurang yg telah sampai ke Tanah Suci Mekah dengan hasil usaha mereka di MK. Macam2 kisah kejayaan para wanita yg telah saya lihat sendiri di MK.

Secara asasnya, kelebihan atau benefit setelah seseorang menjadi Consultant ialah:-

1) Margin profit sehingga 40%
2) Hadiah dan Bonus berdasarkan performance
3) Recognition dalam event
4) Hadiah percutian luar/dalam negara
5) Latihan intensif luar/dalam negara

Kalau difikirkan lah kan, saya sebagai seorang wanita, apa yg ditawarkan oleh syarikat ini adalah menjadi impian setiap wanita. Kulit dan penampilan yg cantik n sihat, income berterusan (boleh la ada special tabung utk shopping, tabung pendidikan anak2, tabung riadah keluarga etc), holiday, recognition/penghargaan, hadiah lumayan (boleh dapat kereta special edition tau). Betul tak..?

Saya nak share bahawa untuk satu kelas kecantikan yg kami adakan di rumah atau pejabat, kami boleh memperoleh/menjana pendapatan mencecah sehingga ribuan ringgit hanya dengan mengadakan kelas yg kecil selama 2 jam. apatah lagi jika anjurkan workshop. Alhamdulillah syukur atas rezekiNya. Untuk kebanyakan dari kita itu satu jumlah yg lumayan kan. hanya dengan berkongsi tentang produk MK sahaja, mengikut aturan dan kaedah yg betul. 

Adalah satu kepuasan dan kegembiraan bagi seorang Beauty Consultant apabila beliau berjaya membantu ahli dalam unitnya 'grow' dalam karier dan mengembangkan jaringan perniagaannya.

MK adalah platform atau landasan perniagaan barangan kecantikan, apa2pun ianya tetap sebuah perniagaan dan kitalah yg akan 'mencorakkan' warna dalam perjalanan perniagaan kita. Syarikat telah menyediakan system dan pelbagai program dan insentif. Melalui inilah kita akan plan and act to achieve them to get the reward. Senang shj concept nya kan. Yg penting, kita perlu ada ilmu dan ikut apa yg telah diajarkan.

Ternyata MK adalah company yg Memperkayakan Kehidupan Wanita (Enriching Women Lives) sama ada dalam kecantikan dan sahsiah dan rohani diri, personaliti, kekeluargaan dan keusahawanan. Semua aspek luaran dan dalaman. Kerana inilah yg diutamakan n diidamkan oleh setiap wanita.

Perniagaan ini simple dan mudah sebenarnya, dengan syarat sanggup belajar dan berusaha sungguh2 & ikhlas, berani menghadapi cabaran dlm perniagaan dan bertawakal padaNya. Mudahan2 usaha kita Dia permudahkan, aminnn =)

Nak tahu dengan lebih terperinci bagaimana MK boleh membantu anda dari aspek menjana pendapatan tambahan? Sila refer di sini atau anda boleh hubungi saya ya =)


Reason #2 : Mentor yang berkaliber, berkarisma dan berpengalaman luas

Pada mulanya saya menyertai pasukan Beaute' Butterfly di bawah seliaan dan bimbingan mantap oleh salah seorang Senior Sales Director yang 'ternama' dan glamour di MK iaitu SSD Rokiah Arifin (Kak Rokie) yg merupakan recruiter saya. Beliau seorang yg hebat dan telah melahirkan 3 orang Sales Director dan beratus2 beauty consultant dalam masa 4 tahun beliau menyertai karier Beauty Consultant di MK. Selain itu, beliau telah beberapa kali merangkul  anugerah dan gelaran 'Queen of Sales', 'Queen of Sharing' yang merupakan award tertinggi dalam MK. Tahun lepas juga merupakan tahun yg indah utk SSD Kak Rokie kerana beliau telah qualified dan berjaya melancong Honeymoon / Bulan Madu ke PARIS bersama suami beliau, semuanya 1st Class dan 100% ditanggung beres oleh Mary Kay. Begitulah habuan dan hasilnya kerja keras beliau tanpa henti dan mengharungi suka duka bersama2 consultants beliau.

Sales Director di bawah bimbingan SSD Kak Rokie : SD Jumie & SD Niza. One day i'll be one of the SD, Insya Allah =)

Pasukan saya juga menerima bimbingan dan coaching daripada ramai Sales Director yg berkebolehan dan bermotivasi tinggi dalam perniagaan MK. Antara mentor yg saya respek adalah ESSD Nafisah Omar yg sentiasa tidak lokek dgn ilmu dan skil yg diperlukan untuk berjaya dalam MK. Merupakan seorang wanita yg gigih dan dedicated, beliau juga telah melahirkan ramai SSD dan Sales Director (termasuk Kak Rokie) yg juga adalah antara 'tyco' di Mary Kay Malaysia yg sedang meningkat naik untuk menjadi National Sales Director yg pertama di Malaysia, insyaAllah. Beliau amat disegani, disenangi dan disayangi oleh para consultants =)
 ESSD Nafisah & SSD Rokie

Bertemu, berkongsi pengalaman/ilmu dan berbual dgn Kak Nafisah dan Kak Rokie membuatkan saya juga ingin menjadi seperti mereka. Mereka adalah antara idola dan mentor saya tidak kira dalam perniagaan, tapi juga sebagai seorang wanita. Mereka juga telah membantu ramai wanita utk mencapai matlamat mereka.

Reason #3 : Unit pasukan yang sentiasa bergerak aktif, mesra dan ceria

Ahli2 pasukan kami amat aktif dan kerap beraktiviti di serata negara dalam menggerakkan perniagaan kami. Takde lah duduk diam2 kan. Kami kerja, kami peroleh income dan exposure/knowledge & skills. Kami juga banyak organize Skin Care Class dan workshop bersama. Selain itu, kami juga kerap menyertai coaching dan training sessions utk memantapkan pengetahuan dan skil kami dalam perniagaan dan kecantikan. Dah namanya usahawan mana boleh duduk diam2 kat umah je kan. And we LOVE doing it. Siapa tak seronok bila dapat pujian customers yg wajah mereka semakin cantik n cunz dengan workshops & classes kami. Memang satisfied dan puas hati =)

Antara culture karier kami di MK ialah : kami memastikan keperluan keluarga dan spiritual kami dipenuhi terlebih dahulu, sebelum melaksanakan aktiviti perniagaan kami. Kenapa? Kerana prinsip seorang Beauty Consultant di MK ialah mendahulukan TUHAN sbg yg pertama, KELUARGA sbg yg kedua dan KARIER sbg yg terakhir. (God First, Family Second, Career Third). Dan juga prinsip "Do unto others as we would others do unto us" (Kita berbuat sesuatu terhadap org lain seperti kita mahu orang lain berbuat sesuatu kepada kita). Dan dengan ini, kehidupan kita akan lebih seimbang. Seronok kan.. Moga2 lebih berkat.. aminnnnn =)

 









Experience saya, sejak saya bergerak dalam unit BB ni, saya temui kawan2 baru yg sentiasa positif dan ceria. sebab tu, antara perubahan dlm diri saya ialah.. saya sentiasa tenang dan happy walau apapun yg terjadi kerana aura2 dari mereka yg positif telah 'merasuk' ke dalam diri saya. ngeh ngeh ngeh... and i feel like one of the family. rasa warm n best. feel accepted walau cemana pun keadaan saya. 
  
Impian dan cita2 saya 


Wajah terkini saya 19/1/2013. Saya cuba gayakan shawl yg saya tak pernah try hihi. antara azam saya di 2013 - New Image - New Me.. =)

Saya bercita2 suatu hari nanti saya akan mempunyai lebih masa utk diri sendiri, keluarga, rakan2 serta dapat meningkatkan sahsiah dan personaliti sebagai seorang wanita, isteri, anak, ibu serta Muslimah yg lebih baik dan berjaya di dunia & akhirat insyaAllah. 

Saya juga bercita2 suatu hari nanti dengan MK saya dapat membuka butik dan pusat kecantikan saya sendiri dan dengan itu saya dapat menentukan dan membahagikan masa mengikut priority sendiri tanpa terikat dgn majikan seperti kerja makan gaji. 

Saya juga mahu membantu ahli masyarakat dan golongan yg memerlukan seperti kerja2 amal dan kebajikan kerana saya berpendapat jika saya lebih berkemampuan dari segi masa, kesihatan dan kewangan, saya mampu membantu ahli masyarakat di sekeliling saya dengan lebih baik lagi. 

Siapa tidak mahu kebebasan kewangan? Saya juga mahu pendapatan yg berterusan tanpa batasan utk saya dan keluarga. Siapa yg tidak ingin utk berbelanja dan melancong bersama keluarga kan, tidak kira dalam atau luar negara. Suatu hari nnt mudah2an dengan pendapatan dari MK saya mampu untuk ke Tanah Suci untuk utk berdoa di depan Kaabah dan beribadah kepadaNya dan saya akan membawa suami dan keluarga kami bersama. Saya sentiasa mengingatkan diri saya, jika ingin berjaya dan berkat dariNya, semakin rapatlah hubungan kita dengan Maha Pencipta, kan. Tetapi tidak juga dilupakan, tidak kira time susah atau senang, tetaplah kita untuk mendekati dan meminta daripada Nya. =)

Saya yakin MK adalah platform untuk saya kecapi semua itu. Doakan saya ya..  =)

Macam mana nak jadi Beauty Consultant?

Untuk menjadi seorang Beauty Consultant di MK tidaklah susah. Tidak perlu pendidikan/pengalaman dalam kecantikan (believe me, saya seorang Programmer yg sentiasa kerja di depan computer menghadap coding2 yg berjela itu). Atau yg berwajah cantik, bertubuh langsing, kulit gebu dan mulus spt artist terkenal (BMI saya tinggi juga huhuh..). Juga bukanlah seorang yg bermulut manis, berpersonaliti yg pandai berhujah. Seorang perunding kecantikan di MK tidak perlukan semua itu sebagai syarat utama.

Syarat utama yg diperlukan hanyalah:-

#1 : Wanita berumur 18 tahun ke atas
#2 : Suka nak menjadi cantik
#3 : Suka buat orang lain jadi cantik
#4 : Ingin menambah pendapatan (sampingan atau main income)
#5 : Boleh belajar, ingin belajar, mudah diajar (teachable)
#6 : Mempunyai impian / matlamat utk direalisasikan

Untuk pemilik atau penggiat butik, spa, pusat kecantikan juga amatlah dialukan. Saya juga mengenali perunding kecantikan dalam unit saya yg mempunyai butik/salun kecantikan, yg berjaya dengan attach-kan produk dan peluang Mary Kay dalam perniagaan kecantikan mereka. Kata mereka, perniagaan mereka semakin maju dan ramai customers mereka yg menggunakan produk MK dan ada repeat sales dan customers baru atas recommendations. Setiap bulan jualan mereka mencecah ribuan ringgit! Alhamdulillah. Best kan..

Saya dah rakan2 yg lain, termasuk anda, hanyalah wanita biasa2 seperti anda jumpa setiap hari. Apa yg membezakan kami ialah... kami telah terlebih dahulu berjumpa peluang di MK dan kami telah bertindak atas matlamat dan impian kami. Dan kini kami ingin berkongsi dengan peluang ini dengan anda pula.

Tetapi apa2 pun, tugas kami hanyalah menyampaikan, yg membuat keputusan adalah 100% di tangan ANDA =)

Anda atau kenalan anda yg mungkin berminat, bolehlah menghubungi saya untuk keterangan dan perbincangan lanjut tentang bagaiamana MK dapat membantu memenuhi keperluan anda atau membantu menambahkan pendapatan atau memulakan perniagaan kecantikan anda. Mari peruntukkan sedikit masa untuk mengenali Mary Kay bersama kami. Tak kenal maka tak cinta =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

No comments:

Post a Comment