header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Thursday, February 7, 2013

Mary Kay "One Woman Can" Beauty Contest

Assalamualaikum, Hai semua!

PERHATIAN UNTUK SEMUA WANITA

Mary Kay akan menganjurkan peraduan atau beauty contest tak lama lagi.



Bermula 8 Mac 2013 nanti, ONE WOMAN CAN Beauty Contest akan dilancarkan untuk Memperkayakan Kehidupan Wanita.

Pertandingan Makeover atau transformasi bertujuan untuk mencari 'model' untuk menjadi Cover Girl untuk Mary Kay di Asia.

5 Pemenang Hadiah Utama akan diterbang ke HONG KONG untuk percutian dan information/training session bersama profesionals dalam dunia kecantikan dan peragaan antarabangsa, selama 4 hari. Pemenang tidak akan ke sana seorang, malah akan pergi bersama Consultant-nya sekali. Semuanya 100% ditaja oleh Mary Kay. 

Sgt Exciting y'alls..!!

Di samping itu pelbagai lagi hadiah lumayan menanti anda.

Nak menyertainya mudah sahaja. Tidak perlukan wajah dan tubuh tinggi dan langsing persis model. Atau berpengalaman dalam peragaan atau modelling. Kami hanya perlukan wanita2 yg daring enough untuk membuat makeover mereka sendiri, dengan bantuan dari kami, Mary Kay Consultants anda.

Senang je kan? =)

Anda hanya perlu menghubungi Mary Kay consultants anda untuk set sesi temujanji makeover anda. Mereka akan menerangkan kepada anda dgn lebih lanjut.

Untuk yg tidak mempunyai consultants dan berminat untuk menyertai contest ini, mari hubungi Intan Alias untuk sesi temujanji makeover PERCUMA anda ya!

Let's Do Makeover and WIN WIN WIN!! =)

INTAN ALIAS
Mary Kay Beauty Consultant
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Friday, February 1, 2013

Jemputan ke Bengkel Kecantikan "JOM CANTIK" 24/2/2013

Assalamualaikum, Hai semua..!


Bengkel Kecantikan kami kembali lagi.. untuk bulan Februari 2013. Sesiapa yg terlepas tak dapat attend workshop bulan2 lepas, kini kami membuka penyertaan anda untuk workshop kali ini =)

"JOM CANTIK BERSAMA MARY KAY"

Tarikh
24 Feb. 2013 (Ahad)
Masa
930pagi (pendaftaran bermula jam 9pagi)
Tempat
Dewan PUSMA, Aras 2, Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Yuran
RM20 sahaja

*Doorgift & Jamuan disediakan*

Berminat untuk menyertai atau ada apa2 kemusykilan? Jom hubungi saya di talian 013-2500507 atau emel ke intanjufflisa@gmail.com ya

Hope to see u girls soon =)




Sunday, January 20, 2013

Saya dan Beaute' Butterfly

antara percaya dan tidak percaya yg saya sudah hampir 9 bulan berkecimpung dalam bidang ini dan telah banyak saya lihat kejayaan demi kejayaan ahli2 unit di mana saya bernaung sekarang. Alhamdulillah Mary Kay telah membawa perubahan positif dalam diri mereka, dan juga diri saya. Saya rasa pertemuan saya dengan peluang ini dan rakan2 baru di MK, adalah satu BLESSING dan ANUGERAH yg tidak ternilai daripada Tuhan yg Esa.

Sebagai seorang beauty consultant dan usahawan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi peluang kerjaya ini kepada anda semua. dan saya menggalas satu amanah penting utk membantu seberapa ramai wanita yg ingin merubah kehidupan mereka. Memang menjadi misi kami di Mary Kay : Enriching Women Lives (Memperkayakan Kehidupan Wanita).

saya berhasrat ingin kembangkan lagi pasukan saya dan bersedia membantu bakal ahli pasukan saya untuk bergerak jauh dalam karier Mary Kay ini serta ingin memberi mereka peluang untuk meningkatkan kehidupan mereka, Insha Allah. 

3 Sebab untuk menyertai pasukan saya bersama Beaute' Butterfly Unit :-



Reason #1 : Karier di MK telah membantu ramai wanita mencapai matlamat mereka - Kerjaya, Kewangan, Sahsiah & Rohani

Karier di MK sebagai Perunding Kecantikan telah terbukti banyak membantu kaum wanita yg mempunyai impian dan matlamat dan bertindak untuk mencapainya.

Peluang di MK telah membantu wanita yg mempunyai masalah kewangan yg tegar sehingga menjadi usahawan wanita yg berjaya. MK telah membantu wanita yg tidak ada keyakinan diri dan pasif sehingga menjadi wanita yg ceria dan bergaya serta berfikiran positif. Kehidupan di MK juga telah mempertemukan dan mengeratkan tali silaturrahim sesama wanita khususnya. Yang tidak pernah melancong dan beriadah di luar negara, malah dalam negara pun juga tercapai dengan peluang di MK. Tidak kurang yg telah sampai ke Tanah Suci Mekah dengan hasil usaha mereka di MK. Macam2 kisah kejayaan para wanita yg telah saya lihat sendiri di MK.

Secara asasnya, kelebihan atau benefit setelah seseorang menjadi Consultant ialah:-

1) Margin profit sehingga 40%
2) Hadiah dan Bonus berdasarkan performance
3) Recognition dalam event
4) Hadiah percutian luar/dalam negara
5) Latihan intensif luar/dalam negara

Kalau difikirkan lah kan, saya sebagai seorang wanita, apa yg ditawarkan oleh syarikat ini adalah menjadi impian setiap wanita. Kulit dan penampilan yg cantik n sihat, income berterusan (boleh la ada special tabung utk shopping, tabung pendidikan anak2, tabung riadah keluarga etc), holiday, recognition/penghargaan, hadiah lumayan (boleh dapat kereta special edition tau). Betul tak..?

Saya nak share bahawa untuk satu kelas kecantikan yg kami adakan di rumah atau pejabat, kami boleh memperoleh/menjana pendapatan mencecah sehingga ribuan ringgit hanya dengan mengadakan kelas yg kecil selama 2 jam. apatah lagi jika anjurkan workshop. Alhamdulillah syukur atas rezekiNya. Untuk kebanyakan dari kita itu satu jumlah yg lumayan kan. hanya dengan berkongsi tentang produk MK sahaja, mengikut aturan dan kaedah yg betul. 

Adalah satu kepuasan dan kegembiraan bagi seorang Beauty Consultant apabila beliau berjaya membantu ahli dalam unitnya 'grow' dalam karier dan mengembangkan jaringan perniagaannya.

MK adalah platform atau landasan perniagaan barangan kecantikan, apa2pun ianya tetap sebuah perniagaan dan kitalah yg akan 'mencorakkan' warna dalam perjalanan perniagaan kita. Syarikat telah menyediakan system dan pelbagai program dan insentif. Melalui inilah kita akan plan and act to achieve them to get the reward. Senang shj concept nya kan. Yg penting, kita perlu ada ilmu dan ikut apa yg telah diajarkan.

Ternyata MK adalah company yg Memperkayakan Kehidupan Wanita (Enriching Women Lives) sama ada dalam kecantikan dan sahsiah dan rohani diri, personaliti, kekeluargaan dan keusahawanan. Semua aspek luaran dan dalaman. Kerana inilah yg diutamakan n diidamkan oleh setiap wanita.

Perniagaan ini simple dan mudah sebenarnya, dengan syarat sanggup belajar dan berusaha sungguh2 & ikhlas, berani menghadapi cabaran dlm perniagaan dan bertawakal padaNya. Mudahan2 usaha kita Dia permudahkan, aminnn =)

Nak tahu dengan lebih terperinci bagaimana MK boleh membantu anda dari aspek menjana pendapatan tambahan? Sila refer di sini atau anda boleh hubungi saya ya =)


Reason #2 : Mentor yang berkaliber, berkarisma dan berpengalaman luas

Pada mulanya saya menyertai pasukan Beaute' Butterfly di bawah seliaan dan bimbingan mantap oleh salah seorang Senior Sales Director yang 'ternama' dan glamour di MK iaitu SSD Rokiah Arifin (Kak Rokie) yg merupakan recruiter saya. Beliau seorang yg hebat dan telah melahirkan 3 orang Sales Director dan beratus2 beauty consultant dalam masa 4 tahun beliau menyertai karier Beauty Consultant di MK. Selain itu, beliau telah beberapa kali merangkul  anugerah dan gelaran 'Queen of Sales', 'Queen of Sharing' yang merupakan award tertinggi dalam MK. Tahun lepas juga merupakan tahun yg indah utk SSD Kak Rokie kerana beliau telah qualified dan berjaya melancong Honeymoon / Bulan Madu ke PARIS bersama suami beliau, semuanya 1st Class dan 100% ditanggung beres oleh Mary Kay. Begitulah habuan dan hasilnya kerja keras beliau tanpa henti dan mengharungi suka duka bersama2 consultants beliau.

Sales Director di bawah bimbingan SSD Kak Rokie : SD Jumie & SD Niza. One day i'll be one of the SD, Insya Allah =)

Pasukan saya juga menerima bimbingan dan coaching daripada ramai Sales Director yg berkebolehan dan bermotivasi tinggi dalam perniagaan MK. Antara mentor yg saya respek adalah ESSD Nafisah Omar yg sentiasa tidak lokek dgn ilmu dan skil yg diperlukan untuk berjaya dalam MK. Merupakan seorang wanita yg gigih dan dedicated, beliau juga telah melahirkan ramai SSD dan Sales Director (termasuk Kak Rokie) yg juga adalah antara 'tyco' di Mary Kay Malaysia yg sedang meningkat naik untuk menjadi National Sales Director yg pertama di Malaysia, insyaAllah. Beliau amat disegani, disenangi dan disayangi oleh para consultants =)
 ESSD Nafisah & SSD Rokie

Bertemu, berkongsi pengalaman/ilmu dan berbual dgn Kak Nafisah dan Kak Rokie membuatkan saya juga ingin menjadi seperti mereka. Mereka adalah antara idola dan mentor saya tidak kira dalam perniagaan, tapi juga sebagai seorang wanita. Mereka juga telah membantu ramai wanita utk mencapai matlamat mereka.

Reason #3 : Unit pasukan yang sentiasa bergerak aktif, mesra dan ceria

Ahli2 pasukan kami amat aktif dan kerap beraktiviti di serata negara dalam menggerakkan perniagaan kami. Takde lah duduk diam2 kan. Kami kerja, kami peroleh income dan exposure/knowledge & skills. Kami juga banyak organize Skin Care Class dan workshop bersama. Selain itu, kami juga kerap menyertai coaching dan training sessions utk memantapkan pengetahuan dan skil kami dalam perniagaan dan kecantikan. Dah namanya usahawan mana boleh duduk diam2 kat umah je kan. And we LOVE doing it. Siapa tak seronok bila dapat pujian customers yg wajah mereka semakin cantik n cunz dengan workshops & classes kami. Memang satisfied dan puas hati =)

Antara culture karier kami di MK ialah : kami memastikan keperluan keluarga dan spiritual kami dipenuhi terlebih dahulu, sebelum melaksanakan aktiviti perniagaan kami. Kenapa? Kerana prinsip seorang Beauty Consultant di MK ialah mendahulukan TUHAN sbg yg pertama, KELUARGA sbg yg kedua dan KARIER sbg yg terakhir. (God First, Family Second, Career Third). Dan juga prinsip "Do unto others as we would others do unto us" (Kita berbuat sesuatu terhadap org lain seperti kita mahu orang lain berbuat sesuatu kepada kita). Dan dengan ini, kehidupan kita akan lebih seimbang. Seronok kan.. Moga2 lebih berkat.. aminnnnn =)

 









Experience saya, sejak saya bergerak dalam unit BB ni, saya temui kawan2 baru yg sentiasa positif dan ceria. sebab tu, antara perubahan dlm diri saya ialah.. saya sentiasa tenang dan happy walau apapun yg terjadi kerana aura2 dari mereka yg positif telah 'merasuk' ke dalam diri saya. ngeh ngeh ngeh... and i feel like one of the family. rasa warm n best. feel accepted walau cemana pun keadaan saya. 
  
Impian dan cita2 saya 


Wajah terkini saya 19/1/2013. Saya cuba gayakan shawl yg saya tak pernah try hihi. antara azam saya di 2013 - New Image - New Me.. =)

Saya bercita2 suatu hari nanti saya akan mempunyai lebih masa utk diri sendiri, keluarga, rakan2 serta dapat meningkatkan sahsiah dan personaliti sebagai seorang wanita, isteri, anak, ibu serta Muslimah yg lebih baik dan berjaya di dunia & akhirat insyaAllah. 

Saya juga bercita2 suatu hari nanti dengan MK saya dapat membuka butik dan pusat kecantikan saya sendiri dan dengan itu saya dapat menentukan dan membahagikan masa mengikut priority sendiri tanpa terikat dgn majikan seperti kerja makan gaji. 

Saya juga mahu membantu ahli masyarakat dan golongan yg memerlukan seperti kerja2 amal dan kebajikan kerana saya berpendapat jika saya lebih berkemampuan dari segi masa, kesihatan dan kewangan, saya mampu membantu ahli masyarakat di sekeliling saya dengan lebih baik lagi. 

Siapa tidak mahu kebebasan kewangan? Saya juga mahu pendapatan yg berterusan tanpa batasan utk saya dan keluarga. Siapa yg tidak ingin utk berbelanja dan melancong bersama keluarga kan, tidak kira dalam atau luar negara. Suatu hari nnt mudah2an dengan pendapatan dari MK saya mampu untuk ke Tanah Suci untuk utk berdoa di depan Kaabah dan beribadah kepadaNya dan saya akan membawa suami dan keluarga kami bersama. Saya sentiasa mengingatkan diri saya, jika ingin berjaya dan berkat dariNya, semakin rapatlah hubungan kita dengan Maha Pencipta, kan. Tetapi tidak juga dilupakan, tidak kira time susah atau senang, tetaplah kita untuk mendekati dan meminta daripada Nya. =)

Saya yakin MK adalah platform untuk saya kecapi semua itu. Doakan saya ya..  =)

Macam mana nak jadi Beauty Consultant?

Untuk menjadi seorang Beauty Consultant di MK tidaklah susah. Tidak perlu pendidikan/pengalaman dalam kecantikan (believe me, saya seorang Programmer yg sentiasa kerja di depan computer menghadap coding2 yg berjela itu). Atau yg berwajah cantik, bertubuh langsing, kulit gebu dan mulus spt artist terkenal (BMI saya tinggi juga huhuh..). Juga bukanlah seorang yg bermulut manis, berpersonaliti yg pandai berhujah. Seorang perunding kecantikan di MK tidak perlukan semua itu sebagai syarat utama.

Syarat utama yg diperlukan hanyalah:-

#1 : Wanita berumur 18 tahun ke atas
#2 : Suka nak menjadi cantik
#3 : Suka buat orang lain jadi cantik
#4 : Ingin menambah pendapatan (sampingan atau main income)
#5 : Boleh belajar, ingin belajar, mudah diajar (teachable)
#6 : Mempunyai impian / matlamat utk direalisasikan

Untuk pemilik atau penggiat butik, spa, pusat kecantikan juga amatlah dialukan. Saya juga mengenali perunding kecantikan dalam unit saya yg mempunyai butik/salun kecantikan, yg berjaya dengan attach-kan produk dan peluang Mary Kay dalam perniagaan kecantikan mereka. Kata mereka, perniagaan mereka semakin maju dan ramai customers mereka yg menggunakan produk MK dan ada repeat sales dan customers baru atas recommendations. Setiap bulan jualan mereka mencecah ribuan ringgit! Alhamdulillah. Best kan..

Saya dah rakan2 yg lain, termasuk anda, hanyalah wanita biasa2 seperti anda jumpa setiap hari. Apa yg membezakan kami ialah... kami telah terlebih dahulu berjumpa peluang di MK dan kami telah bertindak atas matlamat dan impian kami. Dan kini kami ingin berkongsi dengan peluang ini dengan anda pula.

Tetapi apa2 pun, tugas kami hanyalah menyampaikan, yg membuat keputusan adalah 100% di tangan ANDA =)

Anda atau kenalan anda yg mungkin berminat, bolehlah menghubungi saya untuk keterangan dan perbincangan lanjut tentang bagaiamana MK dapat membantu memenuhi keperluan anda atau membantu menambahkan pendapatan atau memulakan perniagaan kecantikan anda. Mari peruntukkan sedikit masa untuk mengenali Mary Kay bersama kami. Tak kenal maka tak cinta =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 - Jemputan Ke Bengkel Kecantikan "Secantik Rama-Rama"

Assalamualaikum, Hai semua :)

Kita dah pun melangkah ke tahun yang baru 2013. Selamat Tahun Baru y'alls hehe. Semoga tahun ini kita sama2 menghargai n memperingati kenangan2 indah dan memperbaiki kesilapan yg lepas kan. Dan tidak dilupa, mari sama2 kita tanamkan niat baru utk kita capai dalam tahun 2013 ya :)

Bersempena tahun baru ini, dengan azam2 yang baru, Intan juga nak ajak semua, jom kita tanamkan azam yang baru untuk tingkatkan kesedaran dan pengetahuan sedia ada tentang penjagaan kesihatan & kecantikan wajah dan penampilan kita. 

Kenapa?

Kita sebagai wanita di alaf baru ini harus juga menitikberatkan penampilan luaran seiring dengan aspek2 penting yg lain spt moral, spiritual, kesihatan, hubungan sesama manusia dll ke arah mencapai keseimbangan dalam kehidupan kita. Lebih2 lagi kita wanita yang hidup dalam arus pemodenan yang penuh dengan cabaran. Dengan adanya kehidupan yang seimbang, kita akan lebih gembira dan tenang dalam melalui kehidupan seharian.

Oleh itu, dengan permulaan tahun baru ini, Intan nak menjemput semua ke Bengkel Kecantikan kami anjuran Beaute Butterfly Unit dari Mary Kay Malaysia sebagai permulaan anda dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam penjagaan kecantikan dan penampilan diri.

Bengkel/workshop ini akan menampilkan tenaga pengajar dan consultant yg berpengalaman dan mesra yang bakal berkongsi info dan tips kecantikan dengan para peserta. Anda pasti akan seronok ! :)

Tarikh : 13 Januari 2013 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi - 2 petang
Tempat : Dewan PUSMA, Aras 2, Medan MARA, Jalan Raja Laut KL.
Yuran : RM20 sahaja

Aturcara:-
- Skin Analysis
- Hand & Lip Spa session
- Step by Step Facial session
- Makeover session
- Preview Kerjaya Perunding Kecantikan Mary Kay
- Cabutan Bertuah


*Refreshment dan Door Gift utk para peserta. Peralatan dan bahan juga kami akan sediakan.



Kami telah banyak mengadakan bengkel dan kelas kecantikan utk para wanita di area KL, PJ, Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan lain2.

Rata2 peserta bengkel kami telah berpuas hati dan pulang dengan senyuman kerana bukan setakat wajah dan penampilan mereka semakin cantik, mereka juga bakal merubah kehidupan mereka dengan info dan perkongsian daripada kami.

In sha Allah, kami yakin, anda pun akan mempelajari sesuatu untuk anda sendiri dengan menyertai Workshop bersama kami :)

Berminat? Jom hubungi Intan utk keterangan lanjut dan tempahan seating ya. Saya sedia membantu.

Jumpa anda di sana... :))

INTAN ALIAS
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, December 27, 2012

Pictures from G&G Beauty Party 16-12-2012

Yeayy..! it's picture time..

Eh, sebelum tu... kita nak ucapkan terima kasih kepada semua tetamu dan consultants yang hadir utk menjayakan dan memeriahkan GLAMOUR and GLITTER Beauty Party kami di MK Petaling Jaya pada 16/12/2012 yg lepas. Semuanya seronok beronok-ronok hari tu sbb happy dapat buat makeover utk diri sendiri, dapat menangi hadiah Lucky Draw yg meriah-meriah belaka dan yg paling penting semua yg hadir dapat pelbagai info yg sarat dan padat yg berkaitan penjagaan kulit dan kecantikan. 

Selama saya menjadi Beauty Consultant di MK bersama unit Beaute' Butterfly, G&G Beauty Party ni la yg paling meriah dengan tetamu dan peserta. Total peserta melebihi 30 orang dan consultants yg terlibat adalah dlm 11 orang. Caya lahh..! Full house y'all.. sgt meriah giteww.. :P

Rugi oo sape yg tak join we ols hhuhu.. tapi takpe... January 2013 nanti akan ada 2-3  Beauty Workshop lagi. Di mana?? Bila?? Stay tuned ya.. akan diumumkan kelak :)

Meanwhile, lets enjoy the pictures... Jom la join we ols next workshop ya. JOM!



Facial n Skin Care session conducted by Sales Director Niza. Sgt best n informative. Siap ada sesi praktikal. Uihh.. mestilah. Senang nk praktikkan kat umah nanti.


Tuuu dia.. masker kat muka untuk pembersihan yg lebih mendalam. Kebanyakan peserta tak pernah pakai mask. Time ni la boleh try sume steps dalam effective skin care routine.


Cuci dear, cuci bersih2 tau. Guna teknik yg consultant ajar ok.


Lepas sesi facial, sesi belajar make up pula. Siap diberi kertas utk tulis nota lagi. Senang nk jot down point yg penting kan. Excited sungguh they ols nie kan.


Haa, use it dearies.. don't miss anything out.. :)


Finally.. final makeover in progress!


Seperti biasa, kami sediakan hadiah utk cabutan bertuah. Best kann..


Jom tengok video. Video apa tu?? Haa, adalah.. hehehhe.. Nak tahu jom datang workshop kami yg akan datang ya!

HAAA.. best tak ...? Mesti best kan. Kalau tak best cemana boleh full house kan.. :))

JOM!
Sign up utk Beauty Workshop Beaute' Butterfly yg akan datang. 
Trust me, anda akan enjoy :)

If interested, do contact me for more info

INTAN ALIAS
Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia
intanjufflisa@gmail.com
013 2500 507

Thursday, December 6, 2012

Glamorous Glittery Beauty Party Invitation

Yeayyyy...  it's time to shine and be glamorous for our latest Beauty Workshop!

You are invited to

GLAMOUR & GLITTER BEAUTY PARTY
-16 Dec. 2012-




Special Feature
Acoustic Performance by Special Guest Singer.. awesome! :)

Bring your friends and get SPECIAL GIFT from us ya.

Oh yes.. and the most glittering and glamorous guest will be nominated for our special MISS GLITTERY PERSONALITY!

WOW!
A good idea in spending time during your weekends, pampering / do facials and makeover while get some entertainment from a guest star. Also gather knowledge on the effective ways n techniques to maintain a beautiful and healthy skin :)

Interested to attend? Please feel free to contact Intan Alias 013 2500 507 to book your seats and to get more details. 

Don't miss out ladies.. See you there.. ! :)

INTAN ALIAS
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com

Friday, November 23, 2012

MK Timewise Replenishing Serum+C

Hari ini saya nak bercerita tentang salah satu produk MK dalam rangkaian Anti Penuaan (Anti Ageing). Antara yg termantap dan favorite item hehe.

iaitu..


FAKTA : Badan tidak dapat menghasilkan Vitamin C ataupun menyimpannya sendiri. Sebab itu kita memerlukan bekalan yang berterusan. Menurut ahli dermatologi dan ahli sains penyelidikan, Vitamin C memainkan peranan yang signifikan dalam merangsang sintesis kolegen penegang kulit; sebab itulah ekstrak vitamin ini dianggap bermanfaat sebagai ramuan penjagaan kulit.

Kegunaan TWR Serum+C :-
- Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang memperkuat kolagen baru, mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai.

- Serum ini mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membekalkan keanjalan atau “spring” kulit.

Apa istimewa Serum berbanding krim atau gel?
- Serum mempunyai molekul paling halus utk penyerapan nutrien dan vitamin dengan lebih cepat dan lebih jauh ke dalam lapisan kulit berbanding gel / krim. 

- Serum adalah medium utk membawa nutrien dan vitamin yg penting utk kulit. Manakala gel/krim biasanya utk pelembapan di permukaan kulit shj dan tidak meresap jauh ke lapisan bawah kulit. 

- Serum adalah berasaskan air (sbb tu ia jernih), teksturnya ringan dan sesuai utk semua jenis kulit. Selalunya didatangkan dalam skin care rangkaian anti-ageing / anti penuaan.

RAMUAN UTAMA DAN FUNGSINYA



Ekstrak Buah Delima (Punica granatum)

Buah delima sering dirujuk sebagai “buah super” kerana ia mengandungi banyak jenis vitamin. Buah ini mempunyai paras vitamin yang tinggi, vitamin lain dan antioksidan, yang telah digunakan berabad-abad lamanya untuk membantu mengurangkan kesan tekanan pengoksidaan.





Ekstrak Kakadu Plum (Terminalia ferdinandiana)
Ekstrak ini diperoleh daripada kakadu plum, sejenis buah yang mempunyai kepekatan Vitamin C yang tertinggi. Contohnya, jumlah Vitamin C dalam 3 ½ auns kakadu plum ialah 3000 mg, sementara jumlah yang sama bagi oren hanyalah 50mg. sahaja



Ekstrak Camu Camu (Myrciaria dubia)

Buah camu camu, iaitu sumber ekstrak ini dikenal pasti mempunyai Vitamin C pada paras kedua tertinggi berbanding dengan mana-mana buah. Pokok camu camu tumbuh subur di hutan hujan Amerika Selatan dan sangat tahan lasak dengan keadaan cuaca ekstrem di sana.


Ekstrak Ceri Acerola (Malpighia punicifolia)
Ceri acerola sangat kaya dengan Vitamin C dan A, dan buah ini telah terbukti mempunyai faedah antioksidan yang kuat.








Ekstrak Beri Anggur Hitam (Ribes nigrum)

Beri anggur hitam (blackberry) mengandungi paras Vitamin C dan Vitamin lain serta mineral yang tinggi.









Ekstrak Biji Argan (Argania spinosa)
Sejenis ekstrak bahan botani yang diperoleh daripada pokok argan yang tumbuh di Afrika. Dusun pokok argan menjadi sekatan terakhir di gurun.






BASICALLY..

TWR Serum+C adalah serum yg membekalkan vitamin dan mineral yg diperlukan oleh kulit kita utk menjadikannya sihat dan anjal. Diekstrak daripada sumber dan bahan2 yg kaya dengan mineral dan vitamin membuatkan tinggi kandungan kebaikannya utk kulit kita.

Dengan keadaan gaya hidup dan persekitaran yg serba mencabar ini, kita byk terdedah kepada pencemaran dan radikal bebas. Pemakanan yg tidak seimbang serta kurangnya meminum air juga menyebabkan kulit kita lebih berusia daripada usia kita yg sebenar.

Dgn adanya supplement spt TW Serum+C ini dapat membantu mendapatkan kembali keanjalan dan kesihatan kulit kita.

Nanti saya akan upload testimoni oleh pengguna yg telah menggunakan serum ini. mereka sgt2 teruja dan kelihatan muda :)

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hadir ke BEAUTY FAIR 2012 di Petaling Jaya dan Johor Bahru pada 30/11 hingga 2/12 ini utk melihat sendiri keberkesanan TWR Serum+C dan produk2 Timewise yg lain.

Jgn segan2 untuk hubungi INTAN ALIAS utk mencuba Sesi Skin Care dan Pampering session dan experience sendiri kehebatan MK products ya.



INTAN ALIAS
013 2500 507
intanjufflisa@gmail.com


Tuesday, November 20, 2012

Apa Itu Starter Kit?

Hai semua, entri kali ni nk cerita tentang apa itu Starter Kit dan apakah isi kandungannya.

Mesti ramai yg nak tahu kan :)



Starter Kit MK yg terkini - lebih cantik n stylish dgn updated material

Apa itu Starter Kit (SK)?
- SK utk perniagaan MK ialah satu tool/alat yg amat amat amat penting untuk Beauty Consultant untuk menjalankan perniagaan MK nya. Tanpanya, umpama nak pergi shopping mall tapi takde transport. hehe. boleh lak kan. :)

- SK ini amatlah special dari apa yg pernah saya perolehi dari perniagaan sebelum ini kerana ia adalah panduan dan alatan yg lengkap utk saya menjalankan perniagaan dan tugas saya sebagai seorang perunding kecantikan.

p/s : Mula2 saya kenal MK, pertama kali saya tgk SK ni hati saya dah berbunga2 nk tahu lebih lanjut. hehhee...

Apa yg ada dalam SK?

1. Produk Timewise utk kegunaan Skin Care Class (retail size)
- 1 tube Timewise Cleanser 3-in-1 
- 1 tube Timewise Moisturiser 
- 2 tube Timewise Foundation (2 tone)
==> semua ni bernilai RM360

2. Skin Care Class tool - digunakan untuk sesi Kelas Facial & Kecantikan anda
- Facial Cloth 
- facial tray 
- stand mirror
- Customer Profile 
==> semua ni worth lebih RM40

3. Business Tool
- MK Presentation flip chart - yg menerangkan info berkaitan MK - produk & syarikat etc
- Business Guide
- Product Guide
- The Look (mcm katalog produk)
- Brochures
- new BC Registration form
- buku resit pembelian
- price list

4. Product Sample
- sample produk (BE, TW and cosmetics) in sachets n small packaging

5. Bahan bacaan
- Applause (keluaran bulanan) - yg memuatkan program dan promosi terkini utk beauty consultant, tip kecantikan / business etc

6. Beg & bag organizer yg stylish dan cantik (ni yg terbaru, SK yg lama takde bag organizer. so ouls sgt2 untung..)

Semua dlm SK ini hanya berharga RM180 (sehingga December 2012, lps tu akan jadi RM195) yg memuatkan alatan asas, rujukan dan produk MK yg bernilai RM600! Wow.. sgt berbaloi sekali utk mereka yg nak start bisnes yg memerlukan modal yg kecil dan zero risiko. Item (1) + item (2) pun dah total RM400++ kan. apa lagi jika ditambah yg lain-lain tu :)

Seriously, dengan alatan asas ini dan ilmu2 dan skil asas kita dah boleh mulakan perniagaan. Senang kan. dan dengan harga yg rendah tapi berbaloi. Siapa tahu, maybe dgn investment sekecil ini dapat menjana pendapatan dan reward yg berganda2. :)

Terima kasih kepada pengurusan MK yg came out dgn idea yg praktikal ini. Sgt berbaloi dan kosnya murah sertai risiko sifar!

Ok, tools dah ada. Tidak sempurna jika tidak belajar macam mana nak mulakan. Ibarat nak pergi berperang, dah ada senjata yg power tapi tak tahu cemana nk gunakannya n tanpa strategi & matlamat.

Tapi takpe, learning is a continuous process. takkan sekali belajar dah betul2 pandai kan. Saya boleh kata di MK ini, dah disediakan pelbagai program latihan dan pembelajaran yg sgt komprehensif dgn tenaga pengajar yg berpengalaman dlm business dan kecantikan. tak perlu risau kerana mereka2 ini sentiasa ada utk anda. Saya akan share pengalaman training saya kemudian ya :)

Apakah perasaan SAYA bila terima SK ini?

Bila pertama kali lepas saya daftar sebagai Beauty Consultant pada Mei 2012 yg lalu, saya membuka SK saya, saya rasa sgt teruja dan tak sabar nk belajar cemana nk mulakan perniagaan saya. Cara presentation yg cantik dan Welcome Note dari company juga dah buat saya rasa amat dihargai dan berkobar2 utk explore kerjaya yg best ini. Seolah2 macam Mary Kay Ash sendiri yg menyambut saya dan kata2 semangat dlm Welcome Note tu membuatkan saya rasa saya boleh lakukan business ni dgn baik in sya Allah.

Saya akan berusaha sehabis boleh utk menjadikan kerjaya saya dan impian saya bersama MK tercapai dengan langkah kecil pertama saya. Doakan saya ya :)

Dan dengan peluang yg menakjubkan ini dan dengan rasa humble dan terujanya saya nk share dgn kawan2 di luar sana. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada semua :)

Maybe langkah kecil anda juga boleh mengubah hidup anda, bersama MK :)

Untuk tahu dengan lebih lanjut ttg perniagaan MK, jom hubungi saya ya. Saya akan membantu anda :)

INTAN ALIAS
intanjufflisa@gmail.com
013 2500 507