header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Thursday, March 3, 2016

Gallery : JOM CANTIK L.O.V.E Beauty Workshop - February 2016


Hai hai, hallu.. to you =)

Sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini, alhamdulillah, telah berlangsungnya bengkel kecantikan JOM CANTIK siri L.O.V.E pada 28 Februari 2016 yang lalu di Petaling Jaya, telah mendapat sambutan yg hangat uols!

Untuk para peserta tetamu yang hadir, terima kasih banyak2 dan jemput datang lagi ke event kami yang akan datang ya. Crowd seramai lebih 40 orang yang sporting giler beb. 

Thank you sooo much. You all rocks! =)

Seronok lihat para tetamu kami yg 'meriah' dan fun. Mereka sangat2 enjoy dengan aktiviti yang diaturkan. 

Banyak tips dan info kecantikan yang telah dikongsikan, semoga bermanfaat untuk semua ya =)

OKlah, meh saya 'belanja' uols moment2 ketika bengkel tersebut ya.








Amacam, best tak.. diorang ni enjoy betul tau. Seronok sangat2 sesekali pamper dan manjakan diri macam ni kan.

Kami juga telah adakan satu sesi khas di mana para beauty consultant yang telah perform dengan cemerlang pada bulan Januari 2016 diiktiraf dan mereka dapat hadiah dari Sales Director kami.

Best kan, setiap usaha / effort yang dicurahkan mendapat penghargaan. Bukan setakat tahunan, malah bulanan. Tidak semua tempat yang mendapat treatment sebegini.

Ini baru 'pentas' kecil-kecilan, tengoklah macam mana para Beauty Consultant MK yang telah tunjukkan prestasi cemerlang tahunan mereka diberi reward dan recognition di pentas yang lebih besar dan mega, iaitu di majlis Seminar tahunan syarikat yang selalu diadakan dalam bulan September nanti. Later saya akan kongsikan =)

OK, last but not least, lets feast your eyes dengan video pendek ini.

*psst psst, kalau nak experience event macam ni juga, jom hadir ramai2 in next event kami March ini ya. 

Hope to see you soon =)





INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com





Sunday, February 21, 2016

Mary Kay Cleansers - Yang Mana Satu Untuk Anda?

Berapa banyak pencuci / cleanser di dalam range Mary Kay skincare?

Jawapan : Pelbagai jenis cleanser yang disesuaikan dengan jenis n kulit anda.

Total semua ada 8 uolss.. banyak kan.

Tapi bukan jenis stok2 macam kita biasa tgk dlm katalog berwarna-warni tu tau. heehe..

Setiap cleanser dalam MK ni, diformulasi mengikut tujuan masing2, contohnya untuk basic/asas, acne treatment, anti ageing dan sebagainya. Juga mengikut jenis dan keadaan / masalah kulit. There is no such thing as "one cleanser fits all skin types". No no no =)

Senarainya seperti berikut :-

1. Mary Kay Botanical Effects
Asas / Treatment (3 jenis)

Formula 1 : Kulit Kering
Formula 2 : Kulit Normal
Formula 3 : Kulit Berminyak

2. Mary Kay Timewise
Anti Penuaan (2 jenis)

- Normal to Dry
- Oily to Combination

3. Mary Kay Melacep Foaming Cleanser
untuk kulit jernih/cerah/brightening

4. MK Men Face Bar 
(untuk Lelaki)


5. Acne Clarifying Cleanser
treatment khas untuk kulit berjerawat 
(bergantung kepada keadaan jerawat juga)

Begitu juga dengan item2 lain dalam senarai produk kecantikan Mary Kay. Kita perlu memakai range yg bersesuaian dengan keperluan kulit kita sendiri kerana setiap individu mempunyai keadaan dan jenis kulit berbeza2. So that you will achieve the result you desire, right.

Takkan kulit jenis kering nak pakai cleanser utk oily skin, tak kene la kan. Beza tau. Beza dari segi tekstur cleanser dan ingredient dia. Sebab keperluan kulit berminyak berbeza dengan keperluan kulit kering. Begitu juga dengan perbezaan umur, dan beberapa lagi faktor lain.



Antara jenis2 Pencuci Muka di Mary Kay

Disebabkan itu, setiap consultant Mary Kay perlu menjalani dan diberi pendedahan tentang produk so that kami dapat bantu tentukan solution yang paling sesuai untuk client. Knowledge amatlah penting di dalam Mary Kay. 

So, untuk anda yang dah ada beauty consultant yg sedang memantau anda, tahniah saya ucapkan =)

Dengarlah saranan mereka, dan berilah kerjasama sebab mereka lebih tahu tentang keperluan kulit anda dan mereka bertanggungjawab menjaga kesihatan kulit anda. Anda tak perlu bayar gaji mereka, tetapi mereka sepenuh hati menawarkan khidmat untuk anda. 

Kenapa? 

Kerana apabila melihat anda berpuas hati dan gembira dengan keadaan kulit anda yg semakin cantik dan sihat seperti yg anda inginkan, itulah sebenarnya 'gaji' mereka. 

That's what keep us going in Mary Kay : To Serve You To Have Healthy and Beautiful Skin =)

So, jika anda masih belum ada seorang Beauty Consultant, anda nak improve or maintain keadaan kulit anda, saya sedia membantu anda.

Just give me a call ya. We will talk about it =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com




Friday, February 19, 2016

Perbezaan Antara Mary Kay CC Cream dan MK Timewise Liquid Foundation

Saya selalu terima message yang bertanyakan apakah perbezaan antara Mary Kay CC Cream dengan Timewise Liquid Foundation?

Terima kasih atas pertanyaan anda itu. It's a good question =)

Ya, mari saya cerita sikit kawan2 =)

Kedua2nya mempunyai ciri dan kelebihan masing2. Yg paling penting ialah untuk mengetahui keperluan dan jenis kulit anda utk disesuaikan dengan pilihan foundation masing2 dan yang pastinya ia merupakan sebahagian dari rutin penjagaan wajah harian kita =)

Saya senaraikan secara ringkas di bawah ini ya :-

Mary Kay CC Cream Vs Timewise Liquid Foundation (TW LF)


1. CC Cream utk yg mahukan litupan ringan (light coverage), TM LF untuk medium coverage.

2. CC Cream ada SPF15, TW LF tiada SPF.

3. CC Cream lebih sesuai utk yg berkulit kering n normal, tidak berapa sesuai utk yg oily skin. Jika kulit anda berminyak, disarankan TW LF jenis Matte finish.

4. CC Cream ada fungsi melembapkan kulit, TW LF tiada.

5. CC Cream ada 4 shades shj, manakala TW LF ada dlm 10 jenis shades (Matte + Luminous).

6. Kedua2 CC Cream n TW LF mempunyai ciri2 anti penuaan, boleh menutupi cela, buildable coverage, tidak menutupi pori (non comodogenic) so kulit still boleh bernafas dgn baik.

7. Kedua2nya boleh di-top up dgn Mineral Powder atau Translucent Powder untuk flawless finish.


Okay, there you go. Harap dapat bantu clear sikit persoalan anda kan. 

So, mcm mana, anda dah boleh decide yg mana satu idaman kalbu? hehe..

Atau anda nak saya tolong pilihkan dan sesuaikan dgn keperluan n jenis kulit anda?

Boleh je saya tolong, just give me a call/message okay =)

P/S : utk full entry tentang Mary Kay CC Cream, jom klik sini ya


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, February 17, 2016

NEW MARY KAY STARTER KIT 2016 - GORGEOUS!


PERHATIAN kepada SEMUA BAKAL BEAUTY CONSULTANT MK 2016!

Mary Kay telah mengeluarkan Starter Kit baru ladies !

Bermula dari January 2016, semua perunding kecantikan yang mendaftar bersama MK akan menerima *Starter Kit model terkini.  

*jika anda pilih jenis Timewise

Cantik bak ang! Untung sangat2 tau uols. Design lebih simple, elegant dan profesional kan.

Kami yg senior2 ni dah tak dapat dah beg kit mcm ni. Huhu (tapi takpe, kami juga insyaAllah berpeluang dapat beg lain, as hadiah dari MK.. pun best juga, Alhamdulillah. hihi)

OK jom kita tengok mcm mana rupanya ya =)

Yg latest one 2016. Smart giler!
Kalau nak pakai cenggitu je pun cantik tau. Macam handbag jadinya. 
Saiznya tak besar mcm starter kit yg sebelum ini.

Design-nya lebih tampak profesional. Orang tengok pun akan terpegun WOW! 

Okey.

Meh kita tgk evolusi Starter Kit dari Mary Kay ini pula..

Previous MK Starter Kit Bag
The first one ni, rasanya batch sebelum 2012. Tak sure start tahun bila. This one saya pernah nampak my seniors pernah bawa. Simple je kan. Mcm tote bag.



Ahh, this one was in my time, masa 2012 bulan Mei. Saya dapat beg yg ini. besar juga. banyak benda boleh muat dalam ni. sekarang saya gunakan beg ni utk my documents and files =)

Yg ini pula time 2013 kalau tak silap saya. most of my consultants berpeluang dapat beg design yg ini. This one named Timewise Starter Kit.

Sangat spacious, macam2 boleh isi. even your demo set and makeup boleh muat =)

and it came 2 in 1 tau, ada bag organizer sekali. sngat senang nak susun barang2 kita. 
Ada byk ruang dan poket boleh selit2. best juga =)

Last one yg warna pink ni, keluar lewat sikit daripada yg 2013 tadi. iaitu pada 2014. SK ni adalah extension daripada SK Timewise tadi, iaitu Botanical Effects punya. 

Pun 2 in 1 juga, dia ada mini tote bag sekali. boleh la isi makeup items. yg besar warna pink pun best, saiz macam handbag tote yg besar tu. 

sesuailah untuk yg muda2 sikit kan. SK jenis ni masih available sampai ke hari ini.


So, macam mana, cantik2 kan Starter Kit kita?

Dengan SK inilah bermulanya sebuah perjalanan bisnes kecantikan yang penuh bewarna-warni, bermulalah perjalanan karier yang diimpikan oleh setiap wanita.

Mahukan perjalanan karier yg menarik ini untuk anda sendiri?

Mari saya cerita lebih lanjut.

Manalah tahu kan. Maybe Mary Kay is for you too =)

Cepat2 hubungi saya ok =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Saturday, February 13, 2016

Bengkel Kecantikan JOM CANTIK - LOVE - 28 Februari 2016

"LOVE IS IN THE AIR, IT'S FEBRUARY!!"

Yeay, Beauty Workshop untuk tahun 2016 kembali lagi!

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ya. =)



BENGKEL KECANTIKAN JOM CANTIK!

Tema
L.O.V.E

Tarikh/Masa
28 Februari 2016 (Ahad)
10am - 3pm

Tempat
Mary Kay Beauty Centre
Level 8, Blok 6, Bangunan VSQ @ PJCC,
Jalan Utara, Petaling Jaya

*landmark : LRT Asiajaya, Armada Hotel, British-Asia College (BAC) PJ

Attire
Lovey Dovey, Red & White

Aktiviti Menarik!

Sesi Penjagaan Kulit Wajah
Sesi Makeup
Peluang Kerjaya
Lucky Draw
Pencarian Miss LOVE 

*Semua bahan dan peralatan, refreshment disediakan, anda just datang dan rileks =)

Sambil berhujung minggu sambil mempelajari tips dan ilmu kecantikan dari beauty consultant bertauliah, dan menimba pengalaman baru yg sgt seronok.

JOM JOM! Reserve your seats today!

Berminat sila hubungi saya untuk reserve seat dan keterangan lanjut, kerana tempat adalah terhad.

Jumpa di sanaaa.. =)




INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Thursday, April 23, 2015

Tanda Penuaan - Kedutan dan Garis Halus


Antara masalah utama wanita (dan lelaki) yang sering dirunsingkan ialah.. AGEING atau PENUAAN.
Semakin meningkat umur, tanda penuaan semakin menyerlah
Sumber dari google.com

Well, kita tidak boleh lari dari keadaan ini, selagi kita bernama makhluk Tuhan yang bernyawa.

Salah satu tandanya ialah kulit kita mula menampakkan GARIS-GARIS HALUS especially di bahagian mata dan leher serta smiling lines atau garis senyum kita.

Namun begitu, walaupun kita tak boleh elak, tetapi kita boleh KURANGKAN. =)

Proses penuaan ini berlaku seawal usia 26 tahun. 

Apa yang berlaku?

20-AN
Kulit mula mengalami penuaan pra-matang atau pre-mature ageing apabila kita menjalani kehidupan yang serba pantas dan pendedahan kepada cahaya matahari yang berterusan. Orang muda la katakan. Hidup riang ria, aktif, beraktiviti di sana sini dan lain2 =)

30-AN
Kulit mula nampak kekusaman dan tona tidak sekata kerana proses penghasilan sel kulit baru mula perlahan. Kulit nampak suram dan kurang seri.

40-AN
Wanita lebih matang. 
Kulit semakin sensitif, kekusaman semakin menebal. Tanda bintik2 hitam a.k.a JERAGAT mulai terbentuk.

50-AN
Kulit semakin lemah dalam proses penghasilan sel2 baru. Tanda kulit semakin kering dan kusam. Kurang anjal or sagging.

*Gambar dari google.com

Antara kawasan yang mudah nampak tanda2 penuaan ialah di bahagian mata, tangan dan leher.

Namun begitu, jika tidak kena gayanya, even yg berumur awal 20an pun boleh menampakkan garisan halus di peringkat awal. Selalunya orang sebut "Tua sebelum masanya". 

Mari kita ikuti penerangan gambarajah di bawah:-


#skin care
Source from : www.pinterest.com


OK, saya tolong ringkaskan, or translate-kan ya.

Bagaimana Kedutan/Garis Halus Terjadi?

Point #1
Lapisan kulit di bahagian paling luar sekali, yang dipanggil 'EPIDERMIS' adalah lebih kukuh atau tegar sesuai dgn fungsinya untuk MELINDUNGI lapisan kulit yg dalam dan kesemua organ dalaman kita. 

*Fungsinya juga sebagai organ detoksifikasi dan pengawalan suhu badan melalui pengeluaran peluh (bila panas) dan memerangkap haba (bila sejuk).

Point #2
Lapisan yg kedua, di bawahnya dinamakan 'DERMIS' yang mengandungi KOLAGEN dan sel FIBRE ELASTIN yang memberi kulit kita KEANJALAN.

Point #3
Lapisan di bawah sekali dinamakan 'HYPODERMIS' yang mengandungi sel LEMAK.

KEDUTAN terjadi apabila 2 lapisan paling atas kulit iaitu:-

(a) EPIDERMIS kehilangan upayanya untuk menyimpan LEMBAPAN yang cukup lalu menyebabkan GARISAN HALUS muncul. Sebab itu, jenis kulit kering atau kulit yang mengalami kekeringan lebih mudah nampak kedutan dan garis halus.

dan 

(b) DERMIS pula mula kekurangan penghasilan kolagen lalu menyebabkan kulit 'sagging' dan tak anjal. Ini menyebabkan dermis tak boleh lagi menyokong lapisan atasnya.


MACAM MANA NAK KURANGKAN TANDA PENUAAN?

(1) Pastikan kulit mendapat LEMBAPAN yang cukup dengan memakai PELEMBAP muka yang sesuai dgn jenis kulit

(2) Kurangkan exposure atau pendedahan kepada cahaya matahari yang mengakibatkan aktiviti penuaan pra matang.

(3) Mendapatkan rehat yang cukup

(4) Memakai produk ber-SPF (perlindungan dari sinaran UV)

(5) Berhenti merokok kerana bahan2 kimia dalam rokok boleh akibatkan pengaliran oksigen terganggu dan kulit susah untuk mendapat oksigen.

(6) Amalkan produk ber-antioksida dalam skincare dan diet untuk membaiki tisu2 yg rosak

(7) Elakkan minuman beralkohol dan terlalu lama berada dalam persekitaran sejuk kerana ia akan membuatkan kulit kita kering.

(8) Mengamalkan supplement yang mengandungi fatty acids seperti Omega 3 dan Omega 6 untuk menambah kelembapan kulit.


Adalah tidak salah untuk sedikit mengambil berat tentang penampilan kita. Bukan sahaja penampilan, yang tidak kurang penting ialah kesihatan tubuh badan. Dengan tubuh badan anugerahNya inilah banyak perkara dapat kita sumbangkan walaupun ianya hanya pinjaman sementara semata2.

Banyak yang telah diberikan, why not kali ini kita pula menjaganya sebagai tanda syukur atas pinjaman ini.

Saya sedia membantu jika anda decide untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa sihat, segar dan cantik. InsyaAllah.

INTAN ALIAS
Perunding Kecantikan Bebas
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Friday, April 3, 2015

Jemputan ke Bengkel Kecantukan JOM CANTIK! HIJABISTA Edition - April 2015



April datang lagi!

Adakah...

Anda suka selfie?

Anda suka bertatarias?

Suka berpenampilan dengan imej Muslimah yang anggun? 

Atau anda hendak improve penampilan anda tapi tak tahu bagaimana nak bermula..?

YA! Anda adalah yg kami cari..

Alhamdulillah, kami bakal mengadakan event menarik bulan April 2015 ini, sekali lagi, iaitu..

Bengkel Kecantikan JOM CANTIK!

dengan Special Edition HIJABISTA - Muslimah Anggun, Cantik dan Bergaya =)



Bengkel Kecantikan JOM CANTIK!

Edisi HIJABISTA

Tarikh
12 April 2015 (Ahad)

Masa
10 pagi - 2 petang

Tempat
Mary Kay Beauty Centre
Aras 8, Blok 6, Bangunan VSQ@PJCC,
Jalan Utara,
Petaling Jaya.

Aturcara
Skin Analysis | Hands Spa & Pampering | Skincare / Facial Session | Makeover | **Tutorial How To Style your Hijab | Career Opportunity | Lucky Draw & Quizzes | Individual Consultation

ISTIMEWANYA JOMCANTIK! kali ini ialah, kami ada sesi special iaitu HOW TO STYLE YOUR HIJAB yang akan dikendalikan oleh pakar Hijabist kami yg tersendiri. Nak tahu siapa? Jeng jenggg.. jemput datang ya. Anda akan dapat bykkkk tips and tricks macam mana nak pelbagaikan cara penggayaan anda.

Kita semestinya berpakaian sopan dan menjaga aturan dan adab sebagai seorang Muslimah sebaik yg mungkin kan. Tetapi tidaklah salah jika kita selitkan sedikit 'penyeri' untuk kita kelihatan lebih confident dan anggun, namun masih mengekalkan syariah agama. That is what our special edition HIJABISTA is all about.. =)

dan satu lagi part yang best ialah....

IT'S FREE!!


So, jom bersama kami weekend ini ya!

Tempat adalah terhad. First Come First Serve.

Hubungi saya untuk tempah seat anda segera =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, March 5, 2015

Jemputan ke Bengkel Kecantikan JOM CANTIK! - March 2015



Yeay! Beauty Workshop datang lagi untuk Mac 2015 =)

Kali ini bertemakan PEACH. Baju warna peach, kasut warna peach, nak bawa buah peach pun boleh hihi =)

Details adalah seperti berikut:-




JOM CANTIK!
Beauty Workshop

PEACH Edition

Tarikh
22 Mac 2015 (Ahad)

Masa
10 pagi ke 2 petang

Tempat
Mary Kay Beauty Centre
Aras 8, Blok 6, Bangunan VSQ @ PJ City Centre
Jalan Utara, Petaling Jaya

Pakaian
Kasual, ada elemen PEACH =)

Aturcara
Skin Analysis | Hands Spa & Pampering | Skincare / Facial Session | Makeover | Career Opportunity | Lucky Draw & Quizzes | Individual Consultation


Anda dijemput beramai-ramai datang ke Bengkel Kecantikan kami, anda akan berasa sgt2 seronok. Anda akan mengetahui jenis & keadaan kulit anda dan akan pelajari tips bagaimana menjaga kulit yang mudah dan boleh diamalkan di rumah. Di samping itu anda juga boleh mengenali MARY KAY dengan lebih dekat.

Penerangan/briefing tentang kerjaya juga akan diadakan semasa Bengkel ini. Jika anda berminat untuk mencari pendapatan sampingan atau untuk mendalami bidang kecantikan, anda amatlah dialukan untuk bersama kami di Bengkel ini =)

Berminat nak turut serta? Jom cantik2 dan cun2 dgn menghubungi Intan ya.

Semuanya PERCUMA =)

Seating adalah terhad, better hurry ladies!

See you there =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, February 26, 2015

BARU! : Mary Kay True Dimension Sheer Lipstick 2015


Bulan Februari 2015 MK Malaysia baru launch koleksi gincu siri True Dimension dgn 4 shades yg baru yg sangaattt cantik u olss!

Namanya TRUE DIMENSION SHEER LIPSTICK. Ronanya hanya sheer sahaja (tak seterang True Dimension sebelum ini).

4 shades yg terbaru ialah:-

Arctic Apricot - utk yg suka orangy shade.
Magenta Chill - shade yg ala2 pinkish terang, purple sikit.
Sparkling Rose - bagi yg suka shade yg natural, sedikit nude.
Flamenco Red - warna kemerahan.

Dengan shades yg terbaru ini, walaupun sheer, tetapi masih membawa pelbagai kebaikan utk kesihatan bibir anda:-

- tekstur yg halus dan licin, so mudah disapu pada bibir anda. Lembap sentiasa.
- diperkaya dgn bahan2 skincare yang canggih/advanced, mampu utk memudarkan garis2 halus pada bibir.
- menjadikan bibir kelihatan lebih mungil dan sihat






Jom kita try on shades ini dan decide yg mana satu yg sesuai dgn bibir anda. Boeh je hello2 kiter ya, hehe. Percubaan adalah percuma =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com