My Transformation


Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Thursday, April 23, 2015

Tanda Penuaan - Kedutan dan Garis Halus


Antara masalah utama wanita (dan lelaki) yang sering dirunsingkan ialah.. AGEING atau PENUAAN.
Semakin meningkat umur, tanda penuaan semakin menyerlah
Sumber dari google.com

Well, kita tidak boleh lari dari keadaan ini, selagi kita bernama makhluk Tuhan yang bernyawa.

Salah satu tandanya ialah kulit kita mula menampakkan GARIS-GARIS HALUS especially di bahagian mata dan leher serta smiling lines atau garis senyum kita.

Namun begitu, walaupun kita tak boleh elak, tetapi kita boleh KURANGKAN. =)

Proses penuaan ini berlaku seawal usia 26 tahun. 

Apa yang berlaku?

20-AN
Kulit mula mengalami penuaan pra-matang atau pre-mature ageing apabila kita menjalani kehidupan yang serba pantas dan pendedahan kepada cahaya matahari yang berterusan. Orang muda la katakan. Hidup riang ria, aktif, beraktiviti di sana sini dan lain2 =)

30-AN
Kulit mula nampak kekusaman dan tona tidak sekata kerana proses penghasilan sel kulit baru mula perlahan. Kulit nampak suram dan kurang seri.

40-AN
Wanita lebih matang. 
Kulit semakin sensitif, kekusaman semakin menebal. Tanda bintik2 hitam a.k.a JERAGAT mulai terbentuk.

50-AN
Kulit semakin lemah dalam proses penghasilan sel2 baru. Tanda kulit semakin kering dan kusam. Kurang anjal or sagging.

*Gambar dari google.com

Antara kawasan yang mudah nampak tanda2 penuaan ialah di bahagian mata, tangan dan leher.

Namun begitu, jika tidak kena gayanya, even yg berumur awal 20an pun boleh menampakkan garisan halus di peringkat awal. Selalunya orang sebut "Tua sebelum masanya". 

Mari kita ikuti penerangan gambarajah di bawah:-


#skin care
Source from : www.pinterest.com


OK, saya tolong ringkaskan, or translate-kan ya.

Bagaimana Kedutan/Garis Halus Terjadi?

Point #1
Lapisan kulit di bahagian paling luar sekali, yang dipanggil 'EPIDERMIS' adalah lebih kukuh atau tegar sesuai dgn fungsinya untuk MELINDUNGI lapisan kulit yg dalam dan kesemua organ dalaman kita. 

*Fungsinya juga sebagai organ detoksifikasi dan pengawalan suhu badan melalui pengeluaran peluh (bila panas) dan memerangkap haba (bila sejuk).

Point #2
Lapisan yg kedua, di bawahnya dinamakan 'DERMIS' yang mengandungi KOLAGEN dan sel FIBRE ELASTIN yang memberi kulit kita KEANJALAN.

Point #3
Lapisan di bawah sekali dinamakan 'HYPODERMIS' yang mengandungi sel LEMAK.

KEDUTAN terjadi apabila 2 lapisan paling atas kulit iaitu:-

(a) EPIDERMIS kehilangan upayanya untuk menyimpan LEMBAPAN yang cukup lalu menyebabkan GARISAN HALUS muncul. Sebab itu, jenis kulit kering atau kulit yang mengalami kekeringan lebih mudah nampak kedutan dan garis halus.

dan 

(b) DERMIS pula mula kekurangan penghasilan kolagen lalu menyebabkan kulit 'sagging' dan tak anjal. Ini menyebabkan dermis tak boleh lagi menyokong lapisan atasnya.


MACAM MANA NAK KURANGKAN TANDA PENUAAN?

(1) Pastikan kulit mendapat LEMBAPAN yang cukup dengan memakai PELEMBAP muka yang sesuai dgn jenis kulit

(2) Kurangkan exposure atau pendedahan kepada cahaya matahari yang mengakibatkan aktiviti penuaan pra matang.

(3) Mendapatkan rehat yang cukup

(4) Memakai produk ber-SPF (perlindungan dari sinaran UV)

(5) Berhenti merokok kerana bahan2 kimia dalam rokok boleh akibatkan pengaliran oksigen terganggu dan kulit susah untuk mendapat oksigen.

(6) Amalkan produk ber-antioksida dalam skincare dan diet untuk membaiki tisu2 yg rosak

(7) Elakkan minuman beralkohol dan terlalu lama berada dalam persekitaran sejuk kerana ia akan membuatkan kulit kita kering.

(8) Mengamalkan supplement yang mengandungi fatty acids seperti Omega 3 dan Omega 6 untuk menambah kelembapan kulit.


Adalah tidak salah untuk sedikit mengambil berat tentang penampilan kita. Bukan sahaja penampilan, yang tidak kurang penting ialah kesihatan tubuh badan. Dengan tubuh badan anugerahNya inilah banyak perkara dapat kita sumbangkan walaupun ianya hanya pinjaman sementara semata2.

Banyak yang telah diberikan, why not kali ini kita pula menjaganya sebagai tanda syukur atas pinjaman ini.

Saya sedia membantu jika anda decide untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa sihat, segar dan cantik. InsyaAllah.

INTAN ALIAS
Perunding Kecantikan Bebas
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507 @ 019-236 8847

Email
intanjufflisa@gmail.com


No comments:

Post a Comment