header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Wednesday, January 22, 2014

Timewise Supplement & Serum

Dear all,

Entry ni dah lama saya nak tulis, selama ni asyik tersimpan di benak fikiranku, huhu. Akhirnya, dapat juga dikeluarkan utk tatapan semua. Moga2 bermanfaat ya insyaAllah =)

Ehem ehem..

Hari ini saya nak cerita experience saya memakai Supplement untuk menambah nilai dan pelengkap kepada rutin skincare saya, hehe. Dah kata supplement kan, mesti function nya adding value or adding nutrition. Well saya bukan pakar pemakanan, tapi saya boleh beritahu apa yg saya rasa apabila saya mengamalkan supplement skincare dari Mary Kay.

iaitu SERUM.. =)

Seperti kita makan nasi, adalah tidak lengkap hidangan makanan kita jika kita tak ambil lauk pauk seperti sayur, ayam, ikan, buah-buahan dll. Sama juga dgn skincare kita. Serum adalah pelengkap kepada rutin penjagaan kulit harian/minggu kita yang membekalkan lebih vitamin dan keperluan2 lain seperti mencerah dan anti penuaan.

Mengikut konteks skincare, Serum ialah cairan yg mengandungi bahan2 aktif yg mengikut jenis dan fungsi tertentu. Mempunyai saiz molekul yg lebih kecil dan halus untuk membolehkannya menyerap ke dalam kulit lebih cepat dan bertindak dgn lebih berkesan untuk melaksanakan fungsi bahan aktif tersebut. Bahan2 aktif yg dimaksudkan contohnya seperti Hyaluronic Acid (utk mengurangkan garisan halus dan kedutan), Vitamin C (utk mencerahkan dan memudarkan pigmentasi/jeragat) atau Glycolic Acid (utk pengelupasan).

Apakah  perbezaan Serum dengan Pelembap (Moisturiser) ?

Pelembap diformulasi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menyerap ke lapisan epidermis (bahagian kulit atas), manakala Serum pula bertindak menyerap lebih dalam ke lapisan dermis (lapisan kulit kedua) yg mengandungi kolagen dan sel fibre elastin.

Sumber Rujukan : http://www.destinationskin.com/skincare-why-use-a-serum/

OK, dah macam saintis lak rasanya. haha. 

Saya dah amalkan beberapa jenis Serum dalam skincare range MK, semuanya dari jenis Timewise (set untuk anti-ageing).

Tadaaaa... inilah dia.. =)

Timewise Skincare - Serum dan Renewing Softener

(1) Timewise Replenishing Serum-C
(2) Timewise Day & Night Solution
(3) Timewise Plus Regena-Firm Day Treatment with SPF30/PA+++
(4) Timewise Moisture Renewing Softener

(1) TW Replenishing Serum-C

Saya pernah tulis satu entri tentang Replenishing Serum-C, boleh baca di sini .. Basically, TW Replenishing Serum-C ialah untuk boost up collagen untuk menganjalkan kulit. Ia kaya dgn antioksidan dan dirumus dgn campuran ekstrak beberapa jenis bahan botani yg terkenal dgn fungsi antioksidan seperti delima, kakadu plum, blackberry, biji argan dll. 

(2) Timewise Plus Regena-Firm Day Treatment with SPF30/PA+++



Ini serum siang yg terbaru yg telah saya cuba, and I Loved It!!

Selain bertindak sebagai sun protector broad spectrum, Regena-Firm ialah formula complex yg menggabungkan 3 bahan aktif yg berkuasa:-

(a) Plant Stem Cell (yg glemer zaman sekarang)
- membantu melindungi integriti matriks kulit yg menjadi asas atau sumber ketegangan kulit.

(b) Tripeptide 1
- iaitu Biomimetic Peptide yang menyokong proses kritikal pemulihan kulit / skin renewal.

(c) Potent Botanicals - Hyaluronic Acid
- membantu menyediakan kulit yg muda dan terangkat/lifted, lock the moisture up to 12 hours.

Saya baru pakai 3  minggu (bermula Januari 2014), saya rasa tekstur kulit saya lebih licin, lembut, plumpy (pipi terangkat2..), kedutan di dahi berkurangan, lebih tegang. Eventho umur di awal 30-an, disebabkan cuaca, persekitaran yg sibuk dan tekanan, lebih cepat menampakkan tanda2 penuaan. In my case here, lps saya pakai Day Treatment nie, saya rasa kelainan sedikit lebih daripada sebelum saya mengamalkannya. Oh ya, efeknya.. finishing foundation saya lebih cantik n licin..  =)

Saya juga sukakan botol/bekas packaging nya yg tidak membenarkan sentuhan direct kpd cream ini semasa ia dipicit keluar dari bekas. So, less polluted =)

(3) Timewise Day & Night Solution
Sebelum saya pakai (2) TW Plus Regena-Firm Day Treatment, saya pernah pakai Day Solution. Ia berfungsi sebagai sun protector kerana ia ada SPF35 (broad spectrum). Ia melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB yg menyebabkan kulit cepat menua dan terbakar. Bila dah pakai Regena-Firm tadi, saya tak perlu lagi apply Day Solution ini. 


Night Solution pula, saya sgt suka, kerana kesannya boleh dapat immediately lps apply - kulit lembbuttttt sgt sgt sgt, dan ada efek sejuk. Suka je pegang2 pipi nie. Perasan tak ada butiran manik2 warna warni tu? Itulah kapsul yg ada vitamin A,C,E yg membaikpulih dan menyuburkan kulit setelah penat bekerja sepanjang hari. Bila kita press, butiran kapsul tu akan pecah dan mengeluarkan vitamin yg fresh untuk bertindak atas kulit kita. Best kan.. fresh vitamin from the bottle ya =)

(4) Timewise Moisture Renewing Softener
Saya add in sekali Timewise Renewing Softener, sbb fungsinya untuk membantu menyediakan kulit saya untuk menerima manfaat2 serum yg bakal saya apply dan membuatkan kulit saya lemmmmbuttt sgt =) Ia juga berfungsi seperti toner, kita dab dab dia dgn facial cotton yg square tu selepas kita cuci muka dgn cleanser =)


Ok, dah panjang lebar juga saya bercerita kali ini. Harap dapat memberi manfaat kepada semua pembaca insyaAllah.

Seriously, serum amat membantu utk tambahan kpd keperluan kulit kita. tidak hanya bergantung kepada skincare asas semata2. lebih2 lagi jika usia kita di awal 30an di mana tanda2 penuaan kulit mulai terbit. selain anti penuaan, ada juga serum untuk pencerahan dan lain2 kegunaan. Kita pilih mana yg sesuai dgn keperluan kulit kita ya =)

Jom kawan2.. Kita upgrade skincare sedia ada kita dgn menambahkan rutin serum =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Wednesday, January 8, 2014

Ambang Tahun Baru 2014 - Activity Updates January 2014 - beauty Workshop & Open Skincare Class


Hai hai hai.. 

Kita sudah melangkah ke ambang tahun 2014. Sudah pasti banyak peristiwa suka duka yg telah berlaku sepanjang tahun 2013, yang saya  yakin sedikit sebanyak memberi peringatan dan pengajaran untuk kita di masa depan.

Terima kasih, syukur Alhamdulillah, pelbagai peristiwa dan pengalaman yg telah berlaku kpd saya sepanjang 2013. 

Antara yg manis tidak dapat saya lupakan ialah.. saya telah moving up sebagai seorang Red Jacket, ianya satu pencapaian yg membanggakan buat diri saya yg sebelum ini susah nak percaya yang saya akan capai juga. Ianya merupakan satu langkah permulaan untuk saya membimbing wanita lain untuk mencapai impian mereka, mudah2an dipermudahkan, insyaAllah =)

Selain itu, saya juga telah mencapai Star Consultant, Queen of Sales.. dan yg penting ialah saya telah transform 360 darjah bersama Mary Kay di bawah bimbingan para SD di Unit dan Area saya bernaung. Terima kasih Allah kerana menemukan saya dgn rakan2 di MK yg banyak memberi semangat dan sokongan dalam kerjaya saya. =)

Semoga uols had a blast 2013 ya, and moving on to a better self.. insyaAllah =)

Sempena tahun 2014 ini, saya membuka lembaran baru di Januari 2014 ini dengan pelbagai aktiviti menarik untuk rakan2 yg saya hormati sekalian =)

Jom kita tengok apa yang tersedia special dari saya, untuk rakan2 semua.. =)

(1) Open Skincare Class - di JOHOR BAHRU

Saya bakal mengadakan Skincare Class (SCC) di Mary Kay Beauty Centre Johor Bahru.

Tarikh : 25 Januari 2014 (Sabtu)
Tempat : Mary Kay Beauty Centre JB, Aras 13A Menara Pelangi, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Masa : 10 pagi hingga 3 petang.

Aktiviti :-
- Penjagaan Wajah Langkah demi Langkah
- Urutan Wajah Awet Muda 
- Sesi Make up
- Individual Consultation

(2) Beauty Workshop Secantik Rama-rama di PETALING JAYA


Saya juga bakal mengadakan Bengkel Kecantikan di Mary Kay Beauty Centre Petaling Jaya.

Tarikh : 26 Januari 2014 (Ahad)
Tempat : Mary Kay Beauty Centre, Aras 8 Blok 6, VSQ@PJCC, Jalan Utara, Petaling Jaya
Masa : 10 pagi hingga 3 petang.

Aktiviti :-
- Penjagaan Wajah Langkah demi Langkah
- Urutan Wajah Awet Muda 
- Sesi Make up
- Career Opportunity Preview bersama MK
- Individual Consultation
- Quiz, Hadiah Cabutan Bertuah

Kepada yg mendaftar kelas ini dengan menghubungi saya, saya akan berikan cenderahati istimewa untuk anda =)

InsyaAllah saya akan update lagi tentang event2 dan program terkini. Stay tuned ladies.. =)

Untuk sebarang pertanyaan dan request, boleh terus hubungi saya ya =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Saturday, December 14, 2013

Rutin Skincare saya [Updated 14.Dec.2013]

Ramai yg ingin mengetahui rutin skincare dengan produk Mary Kay. alhamdulillah, setakat ni, produk MK tidak mengecewakan saya.



Dalam entri saya bulan April lalu, saya masih menggunakan gabungan range Botanical Effects dan Timewise. Sebab baru nak upgrade masa tu, so saya buat sikit demi sikit untuk transfer dari penjagaan basic ke range anti penuaan yg lebih high-end (cewah). Kini, saya telah fully tukar ke range Timewise =)

Even MK ada Timewise range lagi advanced iaiu Timewise Plus dan Timewise Repair, tetapi dgn faktor umur kulit saya masih  belum sesuai lagi utk range tersebut. Man man yaa... sabo =)

Timewise Skincare Routine
As to date, rutin saya :-

(1) Timewise 3 in 1 Cleanser (Combination to Oily), kekadang saya saja cuba Normal to Dry, hehe. Saya gunakan 2 kali sehari, setiap hari.

(2) Timewise MicroDermabrasion Step 1 and 2 (sgt2 best utk polish kulit saya, utk haluskan pores dan melicinkan permukaan kulit,  seriously..) - Rutin nie saya buat 2 kali seminggu. Alternate dgn mask BE atau Timewise Renewing Gel Mask.

(3) Timewise Softener - untuk melembutkan kulit, juga acting seperti BE Freshener.
(4) Timewise Day Solution - sunscreen dari UV rays, pakai waktu siang
(5) Timewise Replenishing Serum C - sumber vitamin C yg concentrated, utk boost up collagen utk lebih anjal, n menaikkan pipi yg glowing de mowing giteww hehe..

(6) Timewise Night Solution - serum penambahbaik, enriched with vitamin ACE, pakai waktu malam masa nk tidur. Fungsinya utk memberi kulit rehat dan membekalkan vitamin2 yg diperlukan kulit utk membaikpulih setelah seharian terdedah kpd persekitaran luar. n kulit senang menerima vitamin di kala kulit sedang rehat. Lepas apply nie, kulit jadi super smooth n soft hokayy. best sgt =)

(7) Timewise Age Fighting Moisturizer - Combination to Oily. Sgt mudah serap, tidak berminyak. Kadang2 suka juga jenis Normal to Dry punya, especially kalau seharian dalam persekitaran berhawa dingin =)

(8) Timewise Firming Eye Cream dan Timewise Eye Revitiliser - untuk penjagaan kulit bawah mata, enriched in vitamin C, mengurangkan garisan bawah mata dan lingkaran hitam . sedikit oily sbb nk bekalkan moisture pada kulit mata saya yg kering (sbb tu byk garisan huhu). Tapi mmg perasan, lepas amalkan eye cream ni, nak apply eye color atas eyelids pun macam senang, sbb kulit dah firm sedikit.. =)

(9) Timewise Renewing Gel Mask - saya pakai masa nak tido, biarkan semalaman, dlm 2 kali seminggu. bangun pagi esoknya, kulit sgt lembut. i loike.. =)

(10) Satin Lip Mask + Sun care Lip Balm - utk hindarkan bibir kusam, kering. Tak perlu tarik2 kulit mati lagi hehe. Lip balm Suncare ni sgt best, buatkan bibir lembap, automatisnya tidak membuatkan rasa nak 'jilat' bibir lagi (perbuatan menjilat bibir yg kering, actually laaaagi mengeringkan bibir.. so beware ladies). Lagi satu, sbb Suncare Lipbalm ni ada SPF 15, sesuai juga kalau selalu berjemur tengah panas, ada UV protection =)

(11) Timewise Liquid Foundation (Beige 3 Luminous & Beige 5 Matte) - foundation Timewise ini sgt2 best sbb ia ringan, full coverage, tidak menutupi pori (membenarkan kulit bernafas), ada anti ageing properties di mana buat kulit nampak tegang. Saya mix 2 warna ini sbb combination ini adalah yg paling match dan sesuai dgn skintone saya. Ianya bukan sekadar mekap bedak asas, tapi dalam Mary Kay, ia adalah rutin untuk Perlindungan / Protection daripada debu n habuk daripada melekat directly pada kulit saya.

Nah, setakat ini saja dulu saya cerita ttg entry kali ini. Saya akan share lagi dlm entry yg akan datang.. saya lepas nie nak cuba range Pencerahan pula iaitu Melacep range. =)

Boleh contact saya untuk pertanyaan dan consultation percuma... dan kalau berminat nak cuba sendiri range MK yg sesuai dgn anda.  Kita main2 facial n makeover nak, jom ! =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Friday, December 6, 2013

Penghargaan dari MK - Thank You Allah

Setelah baru setahun lebih selepas sy bergelar MK Consultant, as of today, saya dh merasa pengalaman yg pelbagai. Di sini saya berjumpa dgn kakak2 dan adik2 yg sentiasa memberi dorongan dan sokongan yg positif. So, everytime saya bersama mereka, saya sentiasa enjoy dn dpt melupakan seketika penat dan stress yg saya alami.

Di sini juga, saya merasai sebuah culture dan budaya yg tidak terdapat di mana2, hanya bersama rakan2 di MK. Culture n value yg diterapkan dlm MK inilah yg membuatkan MK ini lain dari yg lain, at least yg pernah saya rasai. Even di tempat kerja pun, sukar nak dapat pengalaman sisterhood yg erat seperti di MK.

Selain sisterhood, apa yg saya dapati dan belajar di MK ini, ialah Recognition dan nilai "Make Others Feel Important". Di mana2 pun, tidak kira kita bekerja makan gaji or bekerja sendiri sekalipun, tidak selalu kita nk dpt merasa perasaan dihargai. Memang naluri kita sbg manusia, kita sesekali mahu rasa diri dihargai oleh org lain, or at least semua dari kita ingin dilayani dgn baik, kan. Saya dapatinya dan lebih lagi di Mary Kay. Secara tidak langsung, dengan achievements kecil seperti ini telah melonjakkan keyakinan saya. Anyway.. there are lots of things that i still have to learn. Keep on learning n practising makes perfect kan.




Antara anugerah yg saya telah perolehi sepanjang
Menjadi Consultant Mary Kay. Alhamdulillah.

Sisterhood di MK

Next step saya ialah untuk melayakkan diri ke arah menjadi salah seorang Sales Director, dengan cara Memperkayakan Kehidupan lebih ramai Wanita. Dengan itu, saya akan dapat meraih kepuasan melihat wanita yg saya bimbing mencapai apa yg mereka impikan.

Semua Sales Director yg saya kenali dlm area saya sgt baik, sgt talented dan byk membantu kami. Saya juga ingin menjadi seperti mereka suatu hari nanti, in sya Allah..


My SSD and her SD Offsprings

Sales Directors and Mentors

The Pink Car Drivers - Trophy on Wheels - Only in Mary Kay

Pink Car Rally 2013 - 50th MK Anniversary

Saya masih mencari seberapa ramai wanita yg ingin dibimbing, dan yg inginkan perubahan dlm hidup mereka, tidak kira dr segi self improvement, mencari pendapatan utk membantu keluarga dan mencari sesuatu yg memberi makna dlm kehidupan mereka.


Saya bersedia dan committed dgn anda. Jika saya boleh, mengapa tidak anda =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

*Disclaimer : Images are from personal collection & BB Unit.

Thursday, December 5, 2013

Mary Kay ESRS & RJU Training - Foundation & Moving Up For Consultants

Kali ini saya nak berkongsi ttg sistem pendidikan dan latihan di MK. Selain dari kecantikan dan perniagaan, MK juga menitikberatkan pendidikan kepada consultant nya. Bermula dari peringkat awal lagi, setelah seseorang sign up sbg Beauty Consultant hinggalah untuk ESSD ke peringkat National SD. Kerana pendidikan amat penting untuk perkembangan diri ttg ilmu kecantikan, business dan self development. Bukan shj dalam dunia MK, tetapi boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.



Sebelum sign up as a consultant, seseorang perlu menjalani temuduga saringan or sharing interview yg saya akan kendalikan. Pada pertemuan pertama ini, saya akan berkongsi ttg kerjaya dan kelebihan peluang dari Mary Kay. Dan saya juga akan mendengar tentang apa keperluan calon2 consultant saya itu untuk mencapai impian mereka, dan bagaimana MK boleh membantu mereka. Dan saya juga akan terangkan ciri2 yg perlu ada jika ingin menjadi seorang Consultant. Macam interview kerja tu hehe.. tapi tak formal la. temuduga tu mcm sesi ice breaking dan peluang untuk saya mengenali calon consultant dgn lebih rapat dan peluang untuk saya berkongsi tentang kerjaya. 

Then, if she has what it takes, then she'll be the right candidate, dan saya akan guide beliau all the way. else, we will just be friends and life goes on macam biasa. hihi. senang kan.. takde paksaan, tak pening kepala =)

Setelah seseorang sign up, beliau dikehendaki menjalani sesi latihan orientasi utk consultant baru iaitu New Consultant Orientation dan menghadiri latihan asas yg pertama iaitu Essential Step of Reaching Success (ESRS). Latihan 2 hari ini amat kritikal agar consultant baru itu dpt gambaran yg lebih jelas dan tujuan beliau dalam kerjaya ini. Di ESRS inilah new consultant akan belajar bagaimana tugas seorang consultant dan bagaimana nak menjalankan bisnes MK. semuanya telah tersedia, cuma persoalannya, mahu atau tidak. Simple kan =)

Kemudian, as she is moving up the career ladder, beliau akan menjadi seorang Leader, lalu beliau menghadiri sesi latihan untuk membina pasukannya iaitu Essential Step of Team Building (ESTB) dan Red Jacket University (RJU).

Salah seorang consultant saya yg menghadiri ESRS di MK
Centre Johor Bahru.

Saya ketika menghadiri ESTB dan RJU baru2 ini

Demikian seterusnya, sekiranya beliau layak, beliau akan menjalani beberapa lagi latihan untuk memantapkan skill dan knowledge untuk menjadi seorang Sales Director.

Selain itu, para consultant juga dilengkapkan dgn pelbagai sesi latihan lain seperti Product Knowledge Workshop, Advanced Make up Class dan sesi Education semasa Unit Meeting setiap minggu, dan lain lain latihan yg dianjurkan oleh Company dan Sales Directors. Kita nak jadi consultant nie, mesti kene rajin belajar dan rajin ke kelas ya. Dengan adanya skill dan knowledge ini, amat2 penting apabila kita nak serve customers dan team members kita. =)

Product Knowledge Workshop

Advanced Makeup Classes

Best kan aktiviti we ols... heheh.. di samping dpt cari extra income, dpt belajar nak jadi cantik,  boleh belajar macam2 dalam MK nie.. apabila anda seorang Beauty Consultant Mary Kay =)

Ingin mengetahui tentang kerjaya kami, ingin menjadi seperti kami, jom hubungi Intan Alias ya... =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Thursday, November 14, 2013

Diamond Hostess Program - Kongsi Kecantikan Bersama Rakan Anda

Alhamdulillah... yeay..

Dengan ini, saya ingin mengumumkan satu berita baik utk para pembaca blog saya yg saya hormati... =)

Saya ingin menghadiahkan anda semua dgn satu program kecantikan Elit saya, iaitu..


DIAMOND HOSTESS PROGRAM

Diamond Hostess Program, program khas untuk anda yang minat akan kecantikan dan suka berkongsi tentang aktiviti kecantikan bersama rakan2. 

Anda dijemput untuk menjadi Hostess dalam kumpulan Elit Diamond Hostess saya ini.

Apa Yang Menarik ttg menjadi Diamond Hostess ?

Di samping itu, jika anda menjadi Diamond Hostess saya, anda akan mendapat pelbagai ganjaran dan hadiah istimewa setiap kali menjemput saya untuk mengendalikan kelas2 kecantikan kegemaran anda bersama rakan2 anda.

Apa yang perlu dilakukan?

Anda hanya perlu menjemput rakan2 anda untuk menghadiri kelas kecantikan pilihan anda, setiap sesi terhad kepada 6 hingga 10 orang rakan sahaja.

Dan saya sendiri akan mengendalikan kelas pilihan anda bersama rakan2 anda itu.

Kelas kecantikan yang boleh dianjurkan (boleh pilih lebih dari 1) :-

1. Kelas Penjagaan Kulit Wajah (2 - 3jam per sesi)
2. Kelas Asas Solekan (2 - 3jam per sesi)
3. Kelas Penjagaan Bibir dan Body Care (1 - 2jam per sesi)

Sesi kelas ini boleh diadakan di rumah atau di pejabat, atau di Mary Kay Beauty Centre, Petaling Jaya (jika anda dari sekitar Lembah Kelang). Atau di mana2 pusat persatuan dan sebagainya yang sesuai. Jika anda dan rakan2 anda berada di luar Lembah Kelang juga, boleh menyertai program elit ini dan akan dibuat di tempat anda.

Segala bahan dan peralatan akan disediakan oleh saya, dan yang paling best...

Semuanya **PERCUMA.. =)

Apabila anda menganjurkan kelas bersama saya, anda akan menerima hadiah seperti ini...



Menarik kan? Di samping mempelajari tips kecantikan, kita noleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, kan. Mesti seronok.. =)

Jika anda berminat, boleh terus hubungi saya untuk **keterangan lanjut =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com



Friday, November 8, 2013

Lip Spa dengan Mary Kay Satin Lips Treatment

Hai, saya baru sempat ber-Lip Spa, dan snap a few pictures hehe. Finally.

Rutin yg hanya mengambil masa less than 10minit, 2 ke 3 kali seminggu, 
boleh mendapatkan bibir yg lebih sihat, licin dan mulus.

Presenting... my total Lip Care routine at home =)


Bahan dan alatan yg diperlukan ialah:-

1. Facial cotton
2. Facial cloth
3. Satin Lip Mask
4. Satin Lip Balm @ Suncare Lip Balm with SPF 15
5. MK Oil Free Eye Make up Remover
6. Creme Lipstick / Nourishine Lip Gloss / any lipcolor



Hanya ada beberapa langkah yg teramat mudah, saya dapat bibir yg sihat, licin 
dan mungil heheh =)

Step 1
Bersihkan bibir dari kesan lipstick atau lipgloss, dengan menggunakan Mary Kay Oil Free Make up Remover. OFMR ini ada sedikit silikon, so ia membantu menegangkan dan mengeluarkan sisa2 kesan lipstick pada bibir. Dan ianya tidak berminyak. 
Titikkan ke atas facial cotton dan wipe bibir sehingga bersih.

Step 2
Senyum lebar2, dan sapukan MK Satin Lip Mask ke serata bibir atas dan bawah (lihat gambar di atas). Biarkan selamat 3 minit. Mask tu akan masuk ke celah2 garisan bibir juga. Sbb tu kene senyum lebar2 hehe  =)

Step 3
Lps 3 minit, lembapkan bibir yg ber-mask dgn air, dan scrub perlahan2 
dgn menggunakan jari tengah dgn gerakan membulat. Ini utk menanggalkan sel kulit mati
kan kekotoran yg melekat pada bibir yg telah lama 'bertapa' huhu

Step 4
Dgn menggunakan facial cloth lembap, wipe bibir yg telah di-scrub tadi sehingga bersih dan keringkan.

Step 5
Sapukan Mary Kay Satin Lip Balm atau Suncare Lip Balm with SPF15.

Step 6
Sapukan *lipcolor kegemaran anda.

* Saya suka MK Creme Lipstick dgn Nourishine Lipgloss. Dalam gambar, saya telah memakai MK Limited Edition Glossy Lip Stain (warna Enchanted Mauve)

Mary Kay Limited Edition Glossy Lip Stain

Eventho dia warna pink2 terang gitu, tapi bila saya apply pada bibir saya, lapisan nipis je, dia jadi mcm pinkish yg natural. For me la. I suka.. =)

Wanna try? Contact me la ya..  Kita buat Lip Spa Party nak.. JOM! hihihi =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Monday, November 4, 2013

Kelebihan Peluang Karier Perunding Kecantikan Bersama Mary Kay

Anda pernah terfikir untuk menceburi karier dan perniagaan dalam bidang Kecantikan?

Anda inginkan pendapatan tambahan untuk membantu keluarga?

Anda inginkan budaya kehidupan yang seronok yang membantu anda dalam personal self development dalam persekitaran yang positif?

Anda suka melancong dgn 1st Class di dalam dan di luar negara, yg ditaja sepenuhnya?

Anda ingin menjadi Boss kepada kerjaya sendiri?

Anda sukakan Recognition dan penghargaan dgn memenangi pelbagai hadiah?


Jika jawapan anda "YA" pada mana2 antaranya, 
maka saya sangat mengalu-alukan anda untuk mempertimbangkan peluang karier bersama Mary Kay, sebagai Perunding Kecantikan bersama pasukan kami. 

Ini kerana semua yg tersebut di atas, anda boleh perolehi
jika anda seorang Beauty Consultant Mary Kay =)


Wanita Mary Kay, dulu dan kini =)

Sejak penubuhan syarikat ini oleh pengasasnya, Mary Kay Ash pada 1963 sehingga kini, Perunding Kecantikan yg berdaftar dgn Mary Kay telah mencecah jutaan orang di seluruh dunia di lebih 40 buah negara. 

Dengan produk yang hebat - powerhouse utk skincare, body care, cosmetic dan wangian - budaya kerja yg ceria dan produktif, dilengkapi nilai serta falsafah yang diterapkan di dalam syarikat membuatkan ramai wanita yg menyertainya berjaya dalam perniagaan mereka, malah telah berjaya menaiktarafkan kehidupan mereka dan keluarga.

Melalui perniagaan kecantikan MK, anda  boleh memulakan perniagaan kecantikan anda dengan modal yg rendah, anda boleh bekerja mengikut masa yg anda sendiri tentukan (flesksibel), menjana pendapatan dengan berkongsi informasi dan produk kecantikan yg digemari oleh wanita, serta menikmati profit/keuntungan daripada jualan yg 100% milik anda.

Tidak perlukan premis perniagaan, tidak perlukan staff kedai, tidak perlu membayar bil elektrik or air kedai perniagaan. Boleh dijalankan di rumah, secara mobile dan menerusi internet (online) secara sepenuh masa atau separuh masa. Pilihan anda =)

Bagaimana Mary Kay berbeza daripada produk kecantikan di luar sana? Kerana MK adalah jenama yg ekslusif, tiada dijual di kaunter dan kedai2. Ianya hanya boleh diperolehi daripada Beauty Consultant yg terlatih dan bertauliah. Para pelanggan MK juga akan diberi customized service dan rundingan peribadi yg mengikut keselesaan  dan keperluan mereka. Perhubungan consultant dengan pelanggan dan ahli pasukan, bukan setakat hanya perniagaan dan product/service, tetapi lebih menjurus kepada perhubungan jangka panjang.

Menarik kan?


Benefit yang bakal anda perolehi sebagai Beauty Consultant MK :-

(1) Untung Runcit atau Retail Profit utk semua produk sebanyak 30% hingga 40%

(2) Kenaikan pangkat dan Leadership Bonus menuruti career level di MK

(3) Kelas dan Seminar Latihan Intensif domestik dan luar negara

(4) Peluang memiliki insentif khas dan kereta syarikat melalui Program Pink Career Car

(5) Peluang melancong 1st Class bersama pasangan melalui oversea honeymoon trip - 100% ditaja MK

(6) Peluang memiliki Cincin Berlian ekslusif

(7) Budaya dan Sisterhood MK yg erat dan ceria

(8) Pelbagai hadiah menarik dalam pelbagai jenis program anjuran syarikat MK

(9) Pengiktirafan dan penganugerahan khas yang ekslusif untuk pencapaian cemerlang setiap Consultant di semua peringkat tangga kerjaya

(10) "Be Your Own Boss" kepada sebuah perniagaan yg boleh berkembang pesat dan berjangka masa panjang

Anda akan dibimbing oleh ramai mentor dan tenaga pengajar yg telah berjaya dalam karier ini. Unit saya dibimbing oleh Mentor2 yang sangat berpengalaman dan komited dalam membimbing consultant dalam unitnya.

Kehidupan kami sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay amat seronok. Berikut ialah sedikit gambaran tentang kami, tugas kami dan apa yang seorang Consultant seperti kami berpeluang untuk memperoleh dalam Mary Kay :-

Barisan Sales Directors dan Mentors yg hebat dan berpengalaman
dalam Area saya

Kelas Kecantikan yang kami anjurkan untuk educate wanita
tentang kecantikan dan tatarias

Sesi perkongsian, education dan motivasi oleh Mentor dalam
Unit Meeting kami setiap minggu

Barisan Sales Directors dalam area kami, sisterhood yg erat

Sebahagian Consultant dari area kami (Pam-Fortenberry-Slate Area)
ketika Seminar 2013

Sebahagian dari Consultant dan Offsprings dari Unit kami - 
Beaute' Butterfly. Kami sangat2 rapat =)

Graduan Red Jacket University - sistem pendidikan yang memantapkan
skill sebagai Beauty Consultant yg berjaya

Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR) - Education utk Red Jacket
di Hangzhou, China

Sebahagian Delegasi dari Malaysia di APRJR Hangzhou, China

Betapa gamat dan ramainya Red Jacket MK semasa APRJR di China


Achiever Consultants melawat kilang MK untuk Asia Region 
di Hangzhou, China. Gembiranya dapat berjalan-jalan di 
luar negeri yang 100% ditaja Mary Kay =)

Delegasi Top Directors semasa percutian honeymoon 1st Class
yang 100% ditaja Mary Kay - bersama suami sekali uolss =)

Recognition dan cincin berlian dari Mary Kay utk pencapaian 
cemerlang =)

Para Consultant dan Sales Director yang berkhidmat cemerlang 
menerima reward dan recognition di atas pentas Seminar Mary Kay

Consultant dinobatkan sebagai Queen untuk pencapaian cemerlang
dalam kategori Sales, Sharing dan Unit Production. Best kan..

Snr Sales Director saya yang memenangi Pink Car (Toyota Altis)

Menarik dan teruja kan?

Pada saya, MK ialah landasan untuk mengecapi impian saya dan untuk saya mencapai kehidupan yg lebih baik di masa hadapan. Saya telah mengambil peluang karier ini sebagai langkah kecil saya untuk perubahan yg lebih baik, insyaAllah.

Saya yakin ada ramai wanita di luar sana yg sedang mencari atau perlukan sesuatu untuk membantu mereka mendapat kehidupan yg lebih baik.

Seperti saya, mungkinkah ini peluang anda juga? Mungkinkah Mary Kay dapat membawa anda untuk mengecapi impian anda?

Mari kita sama-sama memanfaatkannya dan berilah peluang kepada diri sendiri untuk berubah kepada yg lebih baik.

Jika anda terdetik untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh sahaja menghubungi saya dan saya akan membantu anda tentang bagaimana menjadi Beauty Consultant bersama Mary Kay dapat menolong anda mencapai cita-cita anda.

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com