My Transformation


Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Friday, September 27, 2013

50th Anniversary Mary Kay Seminar 2013 [Part 2]

Sekali lagi, saya menghadiri Seminar MK 2013, event terbesar dalam MK pada 13 dan 14 September yg lepas. Bertempat di Berjaya Timesquare Convention Centre di Kuala Lumpur, MK bersama consultant nya meraikan ulangtahun ke 50 sejak penubuhannya pada 1963.

Ini merupakan kali ke 2 saya menyertai event ini, saya dapati event kali ini lebih GEMPAK daripada tahun lepas. Mungkin kerana tahun ini merupakan tahun Jubli Emas Mary Kay, jadi mestilah kita sambut dgn gilang gemilang kan. Warna tema Seminar tahun ini ialah Merah dan Emas. Wahhh, sgt2 gah gitu =)

Event ini berlangsung selama 2 hari, kami berkampung di sini bersama2 consultants dari Malaysia dan Singapura yg melebihi 10k org consultant. Tapi yg hadir takde la sampai 10k orang, mau roboh dewan Timesquare ni huhu..
Saya bersama sebahagian members dari Beaute Butterfly Unit, Mary Kay Malaysia
di Seminar 2013 @ Berjaya Timesquare

Seminar adalah bertujuan utk meraikan kejayaan para consultants dari Malaysia dan Singapura yg telah berkhidmat dgn cemerlang di peringkat Malaysia dan Singapura. Di samping itu, ada beberapa org mentor yg berkaliber dari Taiwan, China, USA dan Malaysia berucap dan menyampaikan training dan kelas khas untuk consultants, Sales Directors dan para suami consultant juga! Dahsat kan.. ini adalah kerana, pasangan dan keluarga merupakan tulang belakang dan faktor sokongan yg penting dlam kejayaan seorang wanita. Justeru itu, ini menunjukkan MK ialah people company yg menitik beratkan kehidupan wanita dan keluarganya.


ESSD Nafisah dan SSD Rokie bersama hubby masing2

Hari pertama kita ada slot penyampaian anugerah kepada para leaders di MK, serta pertabalan (cewah) New Sales Director Debut. Salah seorang SD yg dinobatkan pada masa itu ialah offspring kepada SSD saya iaitu SD Zeb. Kami semua dari unit Beaute Butterfly amat gembira dan bangga kerana seorang lagi SD telah lahir dari unit kami, yg kini telah menubuhkan unitnya sendiri. Ini menjadikan SSD Rokie mempunyai 4 offsprings sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang ini. Hebat kan?

SSD Rokie bersama anak-anak didiknya : SD Nadia, SD Jumie, SD Niza dan SD Zeb
SD Zeb bersama SD baru yg lain yg ditabalkan (debut) di pentas Seminar 2013

SD Zeb yg memakai robe utk Red Jacket University Graduation,
bersama Red Jacket @ Team Builder Sha dan Senior Consultant Min.
We ols sgt2 mesra.. hihi =)

Pada malamnya pula, ada Royal Reception utk leaders dan penerima awards kecemerlangan bersama pasangan masing2. Disusuli oleh majlis penyampaian anugerah kpd semua consultant n sales directors yg cemerlang pd 2012. Masa ni lah kita boleh lihat semua org melaram glamour dgn pakaian yg cantik2 belaka. Especially yg naik pentas utk menerima awards masing2. Semua queens of courts pelbagai kategori akan menaiki pentas dn menerima awards masing2. Salah seorangnya ialah SSD saya iaitu Rokie Arifin. 

SSD Rokie dinobatkan sebagai 2nd Runner Up, dan SD Hasni sbg Queen utk 
kategori Court or Sharing 2013.
Kedua-dua mereka adalah dari Pam-Fortenberry Slate Area di Malaysia
Barisan Queens dalam pelbagai Courts di MK
Setelah selesai majlis anugerah tu, kami semua bergambar2 sakan, penat juga. Hehe.

Keesokannya ada satu hari lagi utk agenda dalam Seminar 2013. Ada motivational talk, product sharing talk dll. Salah satu acara yg ditunggu2 consultants dan SD ialah Moving Up Recognition di mana semua consultant yg menaiki tangga kerjaya mereka di MK (bermula dari Senior Consultant hingga DIQ) akan menaiki pentas utk diraikan.

Actually ada banyak lagi segmen yg menarik semasa Seminar 2013 ini berlangsung. Semuanya tentang inspirasi, penghargaan, motivasi dan perkongsian dari para consultant yg berkhidmat dgn cemerlang pada tahun 2012.

Seminar 2013 banyak memberi peringatan, semangat baru dan inspirasi untuk saya terus melangkah maju dalam kerjaya ini. Semoga saya dapat teruskan misi kami di MK, iaitu Enriching Women's Lives di serata Malaysia ini, insyaAllah.



INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

No comments:

Post a Comment