My Transformation


Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Monday, December 1, 2014

Saya - Dahulu dan Kini - Bersama Mary Kay



Saya teringat dialog saya dengan seorang wanita yg tak dikenali (bertahun2 dulu). Scene di bus stop :-

Kakak Stranger : Adik ni keje cikgu ke? Mengajar di sekolah mana?

Saya : Oh tidaklah. Saya kerja bahagian IT. Kerja taip taip depan komputer je kak. Kenapa akak cakap saya kerja cikgu?

Kakak Stranger : Oyeke, ingatkan cikgu. Tapi adik ada rupa cikgu la. (*beliau tengok saya bawa beg bimbit kot masa tu)

Saya : Hehehe.. tapi saya takde bakat jadi cikgu la kak. Saya tak pandai mengajar ... Bla bla bla.. (saya tak ingat dah saya borak apa lagi dgnnya)

Memang, saya tak pandai untuk mengajar orang. Tak terfikir langsung untuk menceburi bidang perguruan. Dengan pemalunya, dengan rendah dirinya, dengan tak confident-nya. Dulu saya rasa saya ada 'temper' sikit kalau dalam bab mengajar orang, nak nak kalau kene ajar yg jenis payah or lambat nak catch up. Ish, sangat tidak bagus. Even nak further study ambil master pun saya tak nak, sebab masa tu fikir asal amek master je mesti jadi lecturer/tutor. Tak 'in' langsung dgn diri saya pada waktu itu. huhu..

Mari saya kongsikan sedikit keadaan saya beberapa tahun sebelum mengenali MK..

Ini adalah saya pada 2007. Yes yes, I was much slimmer
than I am now. OK, I've said it..  *huhuh* 
Atas ini ialah gambar saya dalam tahun 2007. Hehe innocent kan masa tu. Dressing pun biasa2 sahaja, pakai jam pun ala2 kelonggaran gitu. tangan halus je kan masa tu. hehe.

Alhamdulillah sihat sejahtera (sekarang laagi 'sehat' bagaikan johan, haha). Ada rupa 'cikgu' tak masa ni? Hmmmm... macam budak praktikal ada lah, maybe ciput je kot. haha =)

Transformasi saya semasa 2007 vs 2014. mana lagi cun? eheheh =P


Dalam tahun 2007 tu, saya berumur dalam 26tahun ya. Masa tu dah bermasalah elergi lipstick. Keliling mulut saya kemerahan dan gatal yg amat, akibat pemakaian lipstick yang tidak sesuai yg saya beli di farmasi. Memang takut untuk pakai lipstick lagi, sehingga daku ketemu Mary Kay 5 tahun kemudian (cewah..). Lama kann nk jumpa tu, uhuhu.



Yang ini pula, zaman 2009, 2 tahun kemudian (zaman berchenta dgn tunangku, yg kini menjadi suamiku Alhamdulillah)



Ini pula, awal tahun 2012 (selepas kene chicken pox). Wajah yg agak depress di situ. Sedih kan. 

Dulu2 saya juga tak pandai bergaya. Pakai tudung sarung yg ber-awning tu saja. Kalau rajin sikit, pakai scarf square bawal tu. Mekap setakat bedak kompak biasa n lipgloss. That's it ladies. Macam biasa dengar (dan/atau buat) kan? Saya juga biasa2 saja zaman dolu2.

Kini, setelah bersama MK sejak Mei 2012, Alhamdulillah, saya merasakan perubahan yg baik, insha Allah, akan bertambah baik selepas ini. Doakan ya  =)

OK, back to my 'cikgu' story, shall we.. =)

Walau bagaimanapun, sejak pertengahan 2012 sehingga kini, saya telah menjadi 'cikgu' juga akhirnya. Saya dilatih dan di-groomed untuk membantu wanita2 menyelesaikan masalah dengan kulit wajah dan penampilan. Saya bantu wanita yang inginkan perubahan dalam hidup mereka.

Sekarang setelah menceburi bidang kecantikan ini, tiba2 secara automatis penampilan saya berubah juga. Selain untuk memenuhi 'tuntutan' grooming sebagai seorang Beauty Consultant, saya juga belajar sikit2 tips utk berpenampilan dgn lebih presentable daripada seniors saya. Surroundings dan pengaruh 'rakan sebaya' juga memainkan peranan. Saya banyak berjumpa dan berkawan dgn para wanita yg bergaya and yet tetap bersederhana. Itu yg saya suka  =)


Inilah antara teman2 dan kawan2 saya di MK. Cantik kan mereka2 ini.. =)


Adalah menjadi tugas saya sebagai Perunding Kecantikan, untuk berkongsi ilmu dan info tentang kecantikan dan penampilan. 

Dengan hanya BERKONGSI ilmu yang saya tahu, sedikit sebanyak dapat membantu wanita yg memerlukan pandangan kecantikan secara profesional. Dengan berkongsi juga, saya dapat meningkatkan keyakinan diri, menjadi lebih berani dari dulu dan lebih percaya pada potensi diri sendiri. That is what has made me today. Berbeza dengan tahun2 yg lalu. 

Nevertheless, saya masih belajar dan belajar.

Saya ketika conduct segmen Skincare semasa Beauty Workshop bersama
para tetamu bengkel

Bersama wanita2 ceria di Bengkel Kecantikan

Sekarang, saya rasa selagi orang tu tak faham, selagi itu saya akan terus ajar sampai dia faham. Selagi mereka memerlukan. Menuntut kesabaran yg tinggi juga kan. Namun begitu, saya sendiri masih cetek ilmu dan perlu byk juga belajar. 

Alhamdulillah saya ada ramai Mentor yang hebat bersama saya. Terima kasih kerana sudi dan tidak jemu2 berkongsi ilmu dgn diri ini. *hugs*

Which is, saya rasa mesti ada 'guts' dan hati untuk lihat dan bantu orang lain juga. Di MK, saya pelajari semua itu. Tidak boleh pentingkan diri, hidup mesti 'memberi' so that kita akan dapat kembali apa yang kita 'beri'.

Alhamdulillah, in life, saya juga dikelilingi oleh ramai yg sedemikian, yg hebat dan positif. Yang ada bersama saya ketika masa susah atau senang.Terima kasih Allah kerana menjadikan mereka sebahagian dari hidup saya. *hugs*

Saya menjemput semua wanita untuk melihat sendiri 'dunia' kami di Mary Kay. Jom jom.. you ladies are going to loveeee us !

Jika anda juga mahukan transformasi diri seperti saya, jangan malu jangan segan, sila hubungi saya ya. Saya sgt happy untuk berkongsi dengan anda. Borak2 minum kopi pun boleh aje =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507

Email
intanjuffflisa@gmail.com

No comments:

Post a Comment