header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Thursday, August 29, 2013

Bengkel Jom Cantik Bersama Mary Kay - Ogos 2013

Syukur saya telah sempat berkongsi sedikit pengetahuan dan informasi bersama warga kerja Klinik Kesihatan Peramu Jaya, Pekan, Pahang baru2 ini.

Seramai 15 orang termasuk doktor, pengarah kesihatan dan staf-staf klinik telah meluangkan masa bersama kami. Amat teruja dan seronok apabila melihat wajah2 mereka di-transform oleh kami. Kami telah berkongsi tips penjagaan kulit dan solekan yg sesuai utk mereka. Di samping itu, mereka juga amat2 seronok bila dapat free gifts dan hadiah cabutan bertuah. "Kelasss ko jah!"



Menurut mereka, mereka memerlukan transformation dari segi penampilan kerana seharian mereka berhadapan dengan pesakit dan pelawat di klinik. Oleh itu, mereka perlu mula menjaga kesihatan kulit dan mengubah penampilan untuk memastikan mereka sentiasa ceria dan lebih berkeyakinan. Pesakit2 yg datang jumpa doktor, bila tgk doktor berwajah ceria, cantik dan manis, lagi lah mereka seronok n cepat sembuh kan. heheh. Bila di kaunter untuk registration dan nak ambil ubat, pesakit pun sejuk mata memandang bila staf2 di kaunter ceria2 sokmo kan. "kata-nyerrhhhh..!" haha.

Begitulah kita sebagai wanita, hatta kerja di pantry atau duduk dalam bilik air-con sekalipun, perlu menjaga kecantikan dan penampilan. Bukan untuk dilihat cantik dari pandangan orang luar, malah yg lagi penting adalah untuk suami dan keluarga. Yang penting juga untuk diri sendiri dan niat untuk mendapat redha-Nya. Agama kita juga menuntut kita untuk menjaga kecantikan, sentiasa kemas dan bersederhana, kan. Bukan untuk bermegah-megah di pandangan orang lain. Moga2 usaha dan perkongsian kita sedikit sebanyak dapat membantu.

Kami sedia untuk berkongsi dan menemui para wanita di luar sana yg ingin mendapatkan perkhidmatan kami, bersama Mary Kay.

Jangan malu2, silalah berhubung dengan saya jika berminat untuk mengadakan workshop atau makeover session seperti ini.

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

No comments:

Post a Comment