header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

Tuesday, December 30, 2014

Peluang Perniagaan Kecantikan bersama MARY KAY


Zaman kini serba mencabar. Tahap survival untuk yang di bandar2 semakin meningkat. Semua kos sara hidup meningkat naik tahun demi tahun. Dijangkakan tahun 2015 onwards akan lebih mencabar untuk negara kita Malaysia.




[Image of Kuala Lumpur from Google]

Nak nak kalau yg tinggal di bandar besar. Sekarang kalau hidup setakat nak harap gaji bulanan sahaja adakalanya tidak mencukupi kan.

Untuk yg masih single, bekerja dan muda, maybe masih boleh enjoy life. Boleh melancong, ada masa shopping, boleh beraktiviti di sana sini. Seronok. Sebab belum mempunyai komitmen yg besar, so lebih fokus kepada diri sendiri dan kawan2. Saya pernah merasainya juga suatu ketika dulu.

Best giler shopping ! - Image dari Google
Seronoknya beraktiviti bersama teman2 - Image dari Google

Untuk yg masih ada ibubapa di kampung yg mungkin tidak bekerja, adik2 yg masih kecil dan bersekolah, sedikit sebanyak perlu kita bantu dan beri perhatian kan. Kepada siapa ibubapa nak harapkan selain anak2 yg dah dewasa dan mempunyai pendapatan untuk membantu mereka. Sakit pening, urusan keluarga etc perlu kita ambil tahu dan bantu yang patut kan.

Ibu bapa yg semakin berumur perlukan perhatian anak2
- Image dari Google

Jika sudah berkeluarga sendiri, perlu juga saling membantu husband n wife untuk membina keluarga bahagia. Zaman sekarang perasaan cinta sahaja tak cukup, segalanya kini perlukan usaha tambahan semata2 untuk melaksanakan tanggungjawab masing2 dgn lebih sempurna. Banyak perbelanjaan perlu difikirkan. Keperluan keluarga harus dirancang sebaiknya. Taska anak, persekolahan anak, perbelanjaan ibubapa yg sudah tua dll. Kebanyakan orang sekarang kedua2 suami isteri bekerja  kerana single income tidak mencukupi. 

Keluarga bahagia perlukan cinta, komitmen dan usaha yg berterusan
- Image dari Google

Untuk keluarga yg berupaya survive dgn single income (dari husband), yg isteri menjadi surirumah sepenuh masa, anda amat bertuah. Dapat lebih fokus untuk menjaga keluarga dan anak2. Alhamdulillah. Tapi saya percaya tidak seramai yg terpaksa bergantung kepada 2 sumber income kan. 

Suami bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya
- Image dari Google

Menambah tabungan untuk masa depan - Image dari Google

Sesekali dapat memiliki designer handbags pun seronok juga, pakai duit sendiri =)
- Image from Google
Ada juga surirumah yang ingin meringankan beban suami tercinta yg menjalankan perniagaan kecilan di rumah. Dengan harapan daripada hasil income jualannya, beliau dapat memiliki barangan sendiri tanpa mengharapkan wang suami. Even ada yg perlukan extra income untuk menambah tabungan/simpanan untuk keluarga di masa depan, ada juga yg begitu kan. 

Ibu bekerja dari rumah dapat bersama anak2 - Image dari Google

Untuk single mom juga, lebih mencabar di mana mereka terpaksa berperanan sebagai bapa yg mencari nafkah untuk keluarga, dan juga berperanan sebagai seorang ibu utk nurture dan membela anak2 sesempurna mungkin. Mereka mesti berasa ingin menjadi 'hero' dan role model yg hebat untuk anak2.

Shopaholic ? - Image from Google
Banyaknya bil kene settle.. - Image dari Google

Ini  belum dikira warga kota lepasan Uni or kolej yang belum mendapat pekerjaan. Jika ada pun, terpaksa menerima tawaran kerja yang mostly tidak berkaitan dgn apa yg mereka pelajari di IPT. It's okay, mula2 ni mencari pengalaman dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa. Pendapatan pun cukup2 makan. Tapi sampai bila? 

Of course banyak lagi dilemma yg dihadapi mereka. Gaji rendah tak setimpal dgn kudrat, pilih kasih sesama rakan sepejabat dan bos, stress di tempat kerja dan sebagainya. Hidup tak gembira.

Ada juga pekerja yg dh lama berkhidmat tetapi terpaksa diberhentikan kerja oleh sebab syarikat majikan gulung tikar, down sizing etc. Semestinya sumber pendapatan terganggu. 

Kemudian, akan timbul kesan2 negatif yang lain seperti murung, stress, gangguan kesihatan, masalah dgn pihak bank/kredit, kucar kacir rumahtangga dll (dah serius sgt nie) 

Keratan akhbar tentang masalah pengangguran di
kalangan graduan muda


For whatever reason, dengan cost of living yg semakin tinggi, especially di bandar2 besar, dengan komitmen yg harus kita penuhi, kita terpaksa mencari sumber alternative untuk support kita menjalani kehidupan seharian, dan untuk mencapai apa juga goals kita. Kerajaan kita juga menggalakkan rakyat untuk mencari sumber pendapatan tambahan memandangkan segalanya semakin meningkat zaman sekarang.


So adalah tidak salah untuk mempertimbangkan peluang perniagaan, yang mensasarkan pengguna wanita, dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yg diperlukan dan digemari wanita, industri yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, yg evergreen :-

 "KECANTIKAN"


Saya tahu, dan sedia maklum, terdapat banyakkkk peluang perniagaan di luar sana yg fokus kepada bidang kecantikan. Apa yang membezakan Mary Kay dengan yg lain ialah nilai, falsafah, budaya dan culture nya. Macam mana tu ya? =)

Mary Kay Ash - Pengasas Mary Kay Cosmetics - Usahawan Wanita yg banyak memenangi Anugerah
Keusahawanan di USA, menjadi kebanggaan sejarah negaranya

MARY KAY diilhamkan oleh seorang wanita berwawasan tinggi, menawarkan peluang tanpa batasan dari wanita, untuk wanita. Kerana Mary Kay dicipta untuk wanita. Bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi dari segi kerohanian dan pembangunan diri. Lagipun, hanya wanita yg lebih arif/memahami tentang keperluan dan hati nurani seorang wanita, betul?

Apa yang unik ialah falsafah Priority nya yang meletakkan Tuhan yg pertama, Keluarga yg kedua dan Karier yg ketiga. Selain itu, MK juga menerapkan nilai untuk "Make Others Feel Important" yg juga merupakan fitrah seorang manusia. Nilai2 ini juga menepati pegangan kita sebagai seorang Muslim kan =)

Dengan nilai2 dan falsafah yg diterapkan di dalam perniagaan kecantikan Mary Kay ini, ia bertahan sehingga lebih dari 50 tahun di pasaran dunia yg menjadi kegemaran wanita. Selain itu, ia adalah kerana produk2 nya yg berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa. 

Jika anda menjadi consultant kecantikan MK, anda akan sentiasa diingati kerana bukan sahaja produk berkualiti tinggi yg anda bawa, malah kerana perkhidmatan istimewa dan etika profesional yang diajarkan dan diamalkan dengan baik sejak turun temurun telah menjadikan Perunding Kecantikan Mary Kay sentiasa di hati pelanggan.

**Untuk penerangan lebih lanjut, boleh ke entri saya sebelum ini, klik sini ya =)

atau saya lebih suka berkongsi info dengan anda secara personal tentang bagaimana Mary Kay boleh membantu anda. jangan malu2 call saya untuk set temujanji ya =)

Apa yang ingin anda capai untuk diri sendiri, keluarga dll? - Image dari Google

Jika anda mempunyai suatu target atau sasaran untuk dipenuhi, seperti untuk memperoleh pendapatan tambahan, even ingin menjadikan pendapatan yg utama dari sumber perniagaan, untuk apa jua goal or impian yang ingin anda realisasikan, saya mencadangkan anda untuk mempertimbangkan peluang perniagaan bersama MARY KAY. 

Misinya pun "Memperkayakan Kehidupan Wanita" kan.

Hanya Mary Kay, dari Wanita untuk Wanita
- Image dari www.marykay.com

Saya ingin berkongsi peluang bersama Mary Kay ini dengan sesiapa sahaja yg memerlukan sesuatu yg ekstra, untuk yg terbuka hati untuk mengetahui dgn lebih lanjut. 

Semoga dapat memberi manfaat, Insya Allah.

Mana tahu, mungkin MARY KAY adalah untuk anda juga, yang dicari2 selama ini =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Tuesday, December 23, 2014

Jemputan Ke JOM CANTIK Beauty Workshop - Januari 2015


Sempena Tahun 2015, kami membuka tirai tahun baru 2015 dengan menganjurkan Bengkel Kecantikan JOM CANTIK, edisi BUTTERFLY =)



JOM CANTIK 
Beauty Workshop

BUTTERFLY Edition

Tarikh
11 Januari 2015 (Ahad)

Masa
10 pagi ke 3 petang

Tempat
Mary Kay Beauty Centre
Aras 8, Blok 6, Bangunan VSQ @ PJ City Centre
Jalan Utara, Petaling Jaya

Pakaian
Kasual, ada motif RAMA-RAMA =)

Aturcara
Skin Analysis | Hands Spa & Pampering | Skincare / Facial Session | Makeover | Career Opportunity | Lucky Draw & Quizzes | Individual Consultation


Anda dijemput beramai-ramai datang ke Bengkel Kecantikan kami, anda akan berasa seronok. Anda akan mengetahui jenis & keadaan kulit anda dan akan pelajari tips bagaimana menjaga kulit yang mudah dan boleh diamalkan di rumah. Di samping itu anda juga boleh mengenali MARY KAY dengan lebih dekat. 

Dan yang pasti, anda akan pulang dengan penampilan yang lebih berseri dan cantik, dan mungkin memenangi hadiah2 istimewa dari kami. Best kan =))

Anda Pasti TERUJA !







Berminat untuk turut serta? Jom cepat2 hubungi saya untuk saya reserve tempat duduk anda ya =)

LIMITED SEATINGS, better HURRY dearies!


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Monday, December 1, 2014

Saya - Dahulu dan Kini - Bersama Mary Kay



Saya teringat dialog saya dengan seorang wanita yg tak dikenali (bertahun2 dulu). Scene di bus stop :-

Kakak Stranger : Adik ni keje cikgu ke? Mengajar di sekolah mana?

Saya : Oh tidaklah. Saya kerja bahagian IT. Kerja taip taip depan komputer je kak. Kenapa akak cakap saya kerja cikgu?

Kakak Stranger : Oyeke, ingatkan cikgu. Tapi adik ada rupa cikgu la. (*beliau tengok saya bawa beg bimbit kot masa tu)

Saya : Hehehe.. tapi saya takde bakat jadi cikgu la kak. Saya tak pandai mengajar ... Bla bla bla.. (saya tak ingat dah saya borak apa lagi dgnnya)

Memang, saya tak pandai untuk mengajar orang. Tak terfikir langsung untuk menceburi bidang perguruan. Dengan pemalunya, dengan rendah dirinya, dengan tak confident-nya. Dulu saya rasa saya ada 'temper' sikit kalau dalam bab mengajar orang, nak nak kalau kene ajar yg jenis payah or lambat nak catch up. Ish, sangat tidak bagus. Even nak further study ambil master pun saya tak nak, sebab masa tu fikir asal amek master je mesti jadi lecturer/tutor. Tak 'in' langsung dgn diri saya pada waktu itu. huhu..

Mari saya kongsikan sedikit keadaan saya beberapa tahun sebelum mengenali MK..

Ini adalah saya pada 2007. Yes yes, I was much slimmer
than I am now. OK, I've said it..  *huhuh* 
Atas ini ialah gambar saya dalam tahun 2007. Hehe innocent kan masa tu. Dressing pun biasa2 sahaja, pakai jam pun ala2 kelonggaran gitu. tangan halus je kan masa tu. hehe.

Alhamdulillah sihat sejahtera (sekarang laagi 'sehat' bagaikan johan, haha). Ada rupa 'cikgu' tak masa ni? Hmmmm... macam budak praktikal ada lah, maybe ciput je kot. haha =)

Transformasi saya semasa 2007 vs 2014. mana lagi cun? eheheh =P


Dalam tahun 2007 tu, saya berumur dalam 26tahun ya. Masa tu dah bermasalah elergi lipstick. Keliling mulut saya kemerahan dan gatal yg amat, akibat pemakaian lipstick yang tidak sesuai yg saya beli di farmasi. Memang takut untuk pakai lipstick lagi, sehingga daku ketemu Mary Kay 5 tahun kemudian (cewah..). Lama kann nk jumpa tu, uhuhu.



Yang ini pula, zaman 2009, 2 tahun kemudian (zaman berchenta dgn tunangku, yg kini menjadi suamiku Alhamdulillah)



Ini pula, awal tahun 2012 (selepas kene chicken pox). Wajah yg agak depress di situ. Sedih kan. 

Dulu2 saya juga tak pandai bergaya. Pakai tudung sarung yg ber-awning tu saja. Kalau rajin sikit, pakai scarf square bawal tu. Mekap setakat bedak kompak biasa n lipgloss. That's it ladies. Macam biasa dengar (dan/atau buat) kan? Saya juga biasa2 saja zaman dolu2.

Kini, setelah bersama MK sejak Mei 2012, Alhamdulillah, saya merasakan perubahan yg baik, insha Allah, akan bertambah baik selepas ini. Doakan ya  =)

OK, back to my 'cikgu' story, shall we.. =)

Walau bagaimanapun, sejak pertengahan 2012 sehingga kini, saya telah menjadi 'cikgu' juga akhirnya. Saya dilatih dan di-groomed untuk membantu wanita2 menyelesaikan masalah dengan kulit wajah dan penampilan. Saya bantu wanita yang inginkan perubahan dalam hidup mereka.

Sekarang setelah menceburi bidang kecantikan ini, tiba2 secara automatis penampilan saya berubah juga. Selain untuk memenuhi 'tuntutan' grooming sebagai seorang Beauty Consultant, saya juga belajar sikit2 tips utk berpenampilan dgn lebih presentable daripada seniors saya. Surroundings dan pengaruh 'rakan sebaya' juga memainkan peranan. Saya banyak berjumpa dan berkawan dgn para wanita yg bergaya and yet tetap bersederhana. Itu yg saya suka  =)


Inilah antara teman2 dan kawan2 saya di MK. Cantik kan mereka2 ini.. =)


Adalah menjadi tugas saya sebagai Perunding Kecantikan, untuk berkongsi ilmu dan info tentang kecantikan dan penampilan. 

Dengan hanya BERKONGSI ilmu yang saya tahu, sedikit sebanyak dapat membantu wanita yg memerlukan pandangan kecantikan secara profesional. Dengan berkongsi juga, saya dapat meningkatkan keyakinan diri, menjadi lebih berani dari dulu dan lebih percaya pada potensi diri sendiri. That is what has made me today. Berbeza dengan tahun2 yg lalu. 

Nevertheless, saya masih belajar dan belajar.

Saya ketika conduct segmen Skincare semasa Beauty Workshop bersama
para tetamu bengkel

Bersama wanita2 ceria di Bengkel Kecantikan

Sekarang, saya rasa selagi orang tu tak faham, selagi itu saya akan terus ajar sampai dia faham. Selagi mereka memerlukan. Menuntut kesabaran yg tinggi juga kan. Namun begitu, saya sendiri masih cetek ilmu dan perlu byk juga belajar. 

Alhamdulillah saya ada ramai Mentor yang hebat bersama saya. Terima kasih kerana sudi dan tidak jemu2 berkongsi ilmu dgn diri ini. *hugs*

Which is, saya rasa mesti ada 'guts' dan hati untuk lihat dan bantu orang lain juga. Di MK, saya pelajari semua itu. Tidak boleh pentingkan diri, hidup mesti 'memberi' so that kita akan dapat kembali apa yang kita 'beri'.

Alhamdulillah, in life, saya juga dikelilingi oleh ramai yg sedemikian, yg hebat dan positif. Yang ada bersama saya ketika masa susah atau senang.Terima kasih Allah kerana menjadikan mereka sebahagian dari hidup saya. *hugs*

Saya menjemput semua wanita untuk melihat sendiri 'dunia' kami di Mary Kay. Jom jom.. you ladies are going to loveeee us !

Jika anda juga mahukan transformasi diri seperti saya, jangan malu jangan segan, sila hubungi saya ya. Saya sgt happy untuk berkongsi dengan anda. Borak2 minum kopi pun boleh aje =)

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507

Email
intanjuffflisa@gmail.com

Thursday, November 6, 2014

Jemputan ke Jom Cantik! Beauty Workshop November 2014 : RAINBOW

YEAY ! Beauty Workshop JOM CANTIK kembali lagi untuk November 2014. Untuk yang terlepas nak register or yg tak sempat nak attend previous woekshops, jom rebut peluang ini untuk memanjakan diri dan berseronok beronok-ronok di hujung minggu ya =))

Detail dan info adalah seperti berikut :-

Bengkel Kecantikan JOM CANTIK !

Tarikh : 23 November 2014 (Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 3 petang
Tempat : Mary Kay Beauty Centre, Aras 8, Blok 6, Bangunan VSQ @ PJ City Centre, Jalan Utara, Seksyen 14 Petaling Jaya.
Tema : R.A.I.N.B.O.W


Aturcara & Aktiviti Menarik menanti anda =)

Satin Hands SpaSkincare Step by stepMakeup SessionLucky Draw

Jika anda membawa 2 orang teman bersama anda, anda akan menerima HADIAH ISTIMEWA dari penganjur. Kita ada jamuan ringan dan semua alatan dan bahan akan kami sediakan. 

Anda cuma datang dan enjoy saja ya =)
Kami pasti anda akan gembira dgn makeover dan transformation anda, serta merasai pengalaman baru selepas menghadiri bengkel kami.

Berminat? Jom daftar cepat2 dan book seat anda. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya INTAN ALIAS 019 236 8847.

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia


Call/SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507


Email
intanjufflisa@gmail.com


Thursday, August 28, 2014

Testimonial Terkini Saya - as of August 2014

Lama juga tak update blog ni. setelah berehat hampir 2 bulan huhu. oh saya masih di sini, tidak ke mana2 pun hehe =)

baru2 ini saya saja je nk buat comparison setelah 2 tahun saya bersama produk MK ni. saya cari balik gambar masa saya mula2 start guna MK sehingga sekarang. saya suka dgn apa yg saya lihat (hehe), testimonial saya sendiri setelah 2 tahun lebih menggunakan rangkaian skincare dan kosmetik MK. Bermula dari May 2012 hingga hari ini, alhamdulillah saya berpuas hati =)

My Testimonial 2012 - 2014 with Mary Kay

Saya telah bermula dengan set Botanical Effects selama lebih kurang 8 bulan. Kemudian saya upgrade ke Timewise iaitu set anti-ageing or anti penuaan sehingga kini. boleh lihat entri2 saya sebelum ini tentang rutin skincare saya.

Maybe ada yg akan berkata, "Lps 2 tahun baru nak nampak kesan? lama noo nk menunggu??"

Actually kulit kita perlukan masa untuk ia betul2 sihat. nak2 lagi jika sebelumnya kita "kerjakan" kulit kita ni dgn macam2 produk yg kita tak tahu asal usulnya, takde orang nk advise kita kan. bila dah bertahun2 dgn mcm2 jenis produk carca marba, lama2 kulit akan rosak. inilah yg terjadi kepada saya. tanpa mengetahui produk yg saya pernah 'setia' itu mengandungi ada bahan2 peeling, ditambah pula tidak mengetahui langkah2 penjagaan kulit wajah yg betul. lagilah haru biru kan. sebab tu, untuk pulihkan semula, mungkin mengambil masa berbulan, ada juga yg bertahun (seperti saya). it depends on your skin condition. ada yg cepat, ada yg lambat. kerana MK bertindak secara lembut dan semulajadi. tiada kesan yg terlampau drastik. Steady je kan. tapi dgn syarat : SABAR dan KONSISTEN! InsyaAllah mudah2an anda akan dapat result yg anda harapkan. dan sentiasa berhubung dgn consultant anda ya  =) 

Okay.. moving on =)

Terkini, saya telah upgrade skincare saya, dengan menggunakan alat Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush yg sgt2 best, menggantikan kaedah lama yg menggunakan facial cloth. saya start sejak awal bulan Ogos 2014. 

Kenapa cleansing brush ni best? Sebab2 nya :-

1. Pori2 beransur mengecil

2. kulit rasa lebih bersih dan licin, cerah sikit pun ada (hehe)

3. alat ni senang digunakan untuk  mencuci mekap, sekali dgn cleanser of course. tak perlu sental2 kuat sgt. rasa macam facial di spa pun ya juga =)

4. whiteheads sukar nak terbentuk di hidung n dagu saya. mana taknye, hari2 cuci dgn brush ni, ia melembutkan dan menarik keluar sisa2 minyak dari permukaan kulit. so area hidung saya sekarang lebih licin n foundation pun senang disapu.

5. bila kulit dah bersih (dan lembap), mekap pun senang nk apply dan finishing-nya lebih cantik n natural. tak perlu banyak sangat lagi bila apply foundation. jimat kan.. hihi..

Untuk product info yang lengkap tentang Cleansing Brush ini, boleh baca di website rasmi Mary Kay Malaysia [click di sini].

Saya amat menggalakkan untuk semua pengguna MK products, mana yg belum try lagi Skinvigorate Brush nie, cubalah tambahkan dalam rutin skincare harian anda. sangat berbaloi memilikinya. dan untuk yg rasa2 nak cuba, boleh hubungi saya untuk consultation percuma =)

Jom experience sendiri rangkaian MK products yg sesuai dgn anda, jgn malu2 contact saya ya =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia.

Call/SMS/Whatsapp
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Monday, June 2, 2014

Aktiviti Hujung Minggu - Makeover & Makeup Class

Alhamdulillah.. yeayy misi makeover dan makeup lesson kami telah berjaya di Batang Kali Selangor pertengahan Mei lepas. Peserta berpuas hati dgn tips dan info ttg solekan yg dikongsi bersama oleh MUA Sukma Suherman. Lepas nie boleh berlatih mekap sendiri la ya.. =)

Terima kasih kerana sudi join kelas kecil kami ini.


Dan berikut ialah antara makeover terbaik yg saya sempat capture. 
Cantik kan mereka2 ni..?



Pada masa yg sama juga, di MK Centre di Petaling Jaya turut meriah dengan lebih ramai peserta makeover. Semua join sbb nak participate Dream Beautiful Makeover Contest 2014. Tahniah n terima kasih diucapkan atas sambutan yg diberikan =)

*gambar sekitar workshop akan saya upload kemudian untuk tatapan semua readers ya =)

Facial, Makeup Class dan Sesi Makeover sentiasa dibuka untuk semua wanita di luar sana yg berminat nk belajar ttg tips kecantikan. 

Personal and individual classes juga amat dialukan - di sekitar Lembah Kelang shj buat masa ini, harap maklum ya. 

Untuk di luar Lembah Kelang, boleh saya suggest untuk organize satu mini workshop utk sama ada facial and/or solekan. Anda boleh berhubung dengan saya untuk info lanjut tentang bagaimana saya boleh bantu anda untuk mini beauty workshop/classes anda =)

Silalah berhubung dengan saya Intan Alias atau beauty consultant anda ya =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com


Tuesday, May 6, 2014

Mary Kay Dream Beautiful Makeover 2014





Mary Kay telah melancarkan satu program makeover, kali ini dgn tagline "Dream Beautiful". Berbeza dgn tahun lepas, temanya ialah One Woman Can


Q : Apa Dream Beautiful Makeover Contest nie?

Mengikut pandangan saya..

Ianya adalah satu inisiatif yg diilhamkan oleh MK untuk membuka mata dan minda masyarakat, khusunya wanita untuk tampil lebih berkeyakinan, lebih cantik bertepatan dgn naluri wanita sendiri iaitu ingin sentiasa kelihatan cantik. Apabila wanita berasa dirinya lebih yakin, lantas beliau akan lebih produktif dalam menyumbang kepada keluarga dan komunitinya. Sebagai contoh,walau hanya seorang surirumah, beliau akan lebih gembira dalam menguruskan rumahtangga dan keluarganya. Untuk wanita yg bekerjaya, beliau akan berasa yakin dan pantas dalam urusan di tempat kerja dan penuh dgn nilai2 positif. Itu kan yg sering kita inginkan?

Dream Beautiful juga menggalakkan wanita untuk berimpian yg indah2 tentang apa yg ingin dicapainya untuk diri sendiri, keluarga dan yg tersayang. Melaluinya, wanita akan realize yg sebenarnya mereka boleh kelihatan lebih cantik dari apa yg mereka sangkakan. semuanya dgn bantuan dari produk dan culture dari MK. I've been there.. =)

Secara asasnya, contest ini bukannya contest mencari ratu cantik atau beauty pageant. Untuk kelihatan cantik tidak perlukan tubuh yg tinggi dan langsing persis model, kulit putih gebu n melepak macam artis2. Tidak perlu menjadi terkenal atau menjadi supermodel. Hanya dengan menjadi diri sendiri tak kira apa jua bentuk badan, ketinggian, warna kulit etc seseorang wanita memiliki pesona dan kecantikan yg tersendiri. dengan sedikit bantuan dari kami, anda boleh menyerlahkan keanggunan anda tanpa dibuat2. Bukankah itu yg diidami wanita? Just be ourselves, keep dream beautiful and you'll fly.. =)

Q : Siapa yg boleh join contest ini?

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menyertai DB Makeover Contest 2014 ini. Bagi anda yg suka membuat makeover, suka selfie (erkk ada kaitan ke.. hehe), yg suka cantik2, anda pasti suka event yg mcm nie. =)

Q : Macam mana nk join DB Makeover ini?

Just contact Beauty Consultant anda untuk book sesi makeover ini. Kami hanya perlukan anda untuk membuat makeover (dgn bantuan kami semestinya), kami akan buatkan photoshoot before and after makeover. Transformasi anda akan diadili dan dipilih oleh panel juri yg dilantik khas =)

Q : Contest DB ada hadiah tak?

SEMESTINYA ADA!

Para pemenang kali ini (TOP 50) akan menerima hadiah skincare MK dan layak ke peringkat seterusnya untuk memenangi percutian dan profesional Make Up, Modelling Training & Photoshoot di HONG KONG selama 6D5N ditaja penuh oleh Mary Kay! Selain itu ada product hampers etc.

Saranan saya..

Saya amat menyarankan untuk para Makeup Artist dan Mak Andam semua, untuk grab peluang keemasan ini dengan menyertai kami sebagai Certified Beauty Consultant sekaligus menyertai contest ini. Caranya, anda hanya membantu membuat makeover kepada seberapa ramai wanita & customers anda dan mengikut prosedur peraduan. Mana tahu bakat anda akan diiktiraf dan anda akan diterbangkan ke HK bersama customer/model anda untuk menjalani latihan dan sesi photoshoot di sana. Inilah masanya bakat anda ditunjukkan di peringkat antarabangsa, model anda akan di-feature sbg cover girl Mary Kay Asia, fully sponsored uolsss... dan untuk BC, hadiahnya laaagii ekstra. kalau nak tahu boleh hubungi saya ekk =)

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya Intan Alias atau perunding kecantikan MK anda ya =)  

INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
019-236 8847 @ 013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com

Sunday, April 27, 2014

Jemputan Ke Kelas Solekan Bersama MUA Sukma Suherman - 18 Mei 2014 - BB Batang Kali



Sekali lagi, kelas mekap bersama MUA Sukma Suherman bakal diadakan dalam bulan Mei 2014 ini.

Details seperti dalam flyers berikut ya:-


Tarikh & Masa
18 Mei 2014 (Ahad)
10 pagi - 2 petang

Tempat
Tadika Didik Literasi, Bandar Baru Batang Kali, Selangor

Antara Aktiviti Menarik
Facial Awet Muda Step by Step Di Rumah [tips utk hasil mekap lebih cantik]
Bagaimana mendapatkan Hasil Foundation yg Segar dan Flawless
Teknik Solekan 'Transformasi'
Cabutan Bertuah
Pencarian 'The Makeover of the Day' - ada hadiah Istimewa dari kami!

*sijil penyertaan, refreshment/jamuan, bahan dan peralatan disediakan utk peserta.
*dialu-alukan untuk membawa set berus solekan anda, jika ada

Penyertaan terhad kepada
HANYA 10 SEATS SAHAJA


Peserta2 juga berpeluang menyertai *Pencarian Model Mary Kay Asia 2014 dalam Peraduan Mary Kay Dream Beautiful 2014. Ianya berkaitan transformasi & makeover anda dgn menggunakan kosmetik Mary Kay. Tidak perlu berbadan cantik, tinggi dan langsing persis model, tidak semestinya terlibat dlm modelling utk menyertainya. Ia terbuka kepada semua wanita berumur 18 tahun ke atas. Sila klik sini untuk keterangan lanjut atau boleh hubungi saya jika berminat ya =)

*entry tentang contest ini akan menyusul hehe..

Mary Kay Dream Beautiful Contest 2014 [www.marykaydb.com.my]

Sila hubungi saya untuk reserve / booking tempat anda =)


INTAN ALIAS
Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp/Telegram
013-2500 507

Email
intanjufflisa@gmail.com