header_me_v2

photo_2016_02_13_18_56_04

intro_blog

Blog2_3


opening_beauty_consultant_2


Photo_Grid_1500554409519



12805817_492409940959372_1568978781024526388_n

16387414_635652393301792_2004664022940225249_n


15781804_607279562801548_7291189607169900326_n_1

Copyright & Disclaimer

Semua Tulisan, Artikel dan Imej di dalam Blog ini adalah HAK, KEGUNAAN DAN PERKONGSIAN PERIBADI PENULIS SAHAJA, TIADA KAITAN DGN SYARIKAT ATAU MANA2 INDIVIDU. Harap pembaca semua enjoy dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. =)

[ Product Promise @ Jaminan Produk ]

Jaminan Produk

Produk yang boleh anda yakini.

Sebuah syarikat yang boleh anda percayai.

Pada tahun 1963, Mary Kay Ash mengasaskan Syarikat beliau berasaskan nilai-nilai peribadi yang membimbing kehidupannya – integriti, kejujuran dan kepercayaan kepada Pedoman Penting dan kuasa menyentuh kehidupan lain. Hari ini, nilai-nilai ini masih kekal dalam hati kita, termasuk keghairahan untuk membangunkan produk-produk yang boleh menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman seseorang wanita. 

Falsafah kami mudah – kami akan melaksanakan jaminan produk yang diberikan. Sebab kami bangga menyokong disebalik kualiti produk-produk dan faedah yang diberikan, dan jutaan wanita yang boleh menyatakan, “Saya sayang Mary Kay saya!”

Kami mendengar kehendak wanita.
Perhubungan dengan wanita-wanita serata dunia membantu kami memahami keperluan mereka dan membolehkan kami melaksanakan produk yang memuaskan dan menggembirakan secara konsisten. 

Setiap tahun, beribu-ribu wanita sedunia menggunakan dan menilaikan produk-produk Mary Kay® dengan nasihat pakar sains kulit, agar kami boleh menyukat keberkesanan setiap formula produk serta memastikan ianya memberikan faedah indah yang diinginkan oleh wanita. 

Hasil laporan tersebut membantu kami memenuhi keperluan wanita pada masa kini, tetapi juga membangunkan produk yang mereka akan inginkan pada masa depan.

Keselamatan produk adalah keutamaan kami.
Mary Kay Inc. melaburkan jutaan dolar dalam penyelidikan dan menjalankan lebih daripada 1.5 juta kajian setiap tahun untuk memastikan setiap ramuan dan produk terhasil memenuhi
piawaian tertinggi dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi.

Kami tahu bahawa terdapat pendapat berlainan tentang keselamatan ramuan dan sesetengah pendapat ini adalah hasil daripada tafsiran yang tidak lengkap dan tidak tepat.

Kami ingin memberitahu pelanggan bahawa di Mary Kay, setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik dan bukan pendapat. Kami bergantung pada penyelidikan saintifik dan bekerjasama dengan pakar perubatan yang tidak berat sebelah diluar Syarikat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk kami, dan kami sentiasa memberi lebih daripada yang dikehendaki dari segi undang-undang oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan industri sedunia.

Pakar perubatan bebas memainkan peranan penting dalam pembangunan produk.
Mary Kay Inc. menjalinkan hubungan dengan ahli dermatologi terkemuka, oftalmologi, jururawat dan ahli perubatan professional dari institut akademik dan klinik swasta. Melalui kerjasama pakar-pakar ini dan penerokaan berterusan serta penilaian kemajuan dalam teknologi, saintis di Pusat Penyelidikan Mary Kay mampu menghasilkan produk bertaraf dunia.

Kami ingin pelanggan 100 peratus berpuas hati.
Kami percaya kepuasan pelanggan bukan acara satu-kali sahaja; ianya komitmen sepanjang hayat. Mary Kay Inc. berjuang untuk menyediakan maklumat yang jelas, tepat dan dipercayai mengenai keselamatan dan prestasi produk agar pelanggan yakin dengan
keputusan yang dibuat. 

Itulah sebab Syarikat berdiri kukuh di sebalik produk yang dijual oleh Perunding Kecantikan Bebas dengan jaminan kepuasan produk 100 peratus.

Mary Kay Inc. tidak menyokong ujian terhadap haiwan.
Mary Kay Inc. tetap komited terhadap penghapusan ujian terhadap haiwan dan merupakan penyokong kuat terhadap kaedah alternatif kepada bukti keselamatan bahan dan produk kami. Kami tidak menjalankan ujian haiwan menggunakan produk atau bahan kami, ataupun meminta pihak lain untuk berbuat demikian, kecuali dimestikan oleh undang-undang. 

Lebih daripada 2 dekad, kami adalah pemimpin global dalam membantu pembangunan kaedah ujian alternatif untuk keselamatan produk. Komitmen ini masih berterusan sehingga hari ini, melalui kerjasama dengan agensi kawalan dan penyeliaan yang menguruskan keselamatan kosmetik, bersama dengan kumpulan penyokong haiwan serta penyelidik ujian alternatif terkemuka.

Mary Kay Inc. komited untuk kelestarian alam sekitar.
Dengan menggalakkan dan melaksanakan operasi yang mampan, kami bukan sahaja memberi kesan kepada kualiti hidup, tetapi juga untuk generasi akan datang. Kami telah komited demi legasi positif kemampanan alam sekitar melalui pencegahan pencemaran, pemuliharaan sumber, pematuhan kawalselia dan peningkatan berterusan prestasi alam sekitar kita.

No comments:

Post a Comment